Saksikan Ngangkung Di Pawagam Sekarang!!

Salam..
Kepada semua warganegara Malaysia dan juga luar negara..marilah ramai-ramai kita pi menonton filem terbaru arahan Ismail Bob Hasim (Bob) dan diterbitkan oleh David Teo.
Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Eira Syazira, Farisya Fatin, Putri Mardiana, Lan Pet Pet dan Azlee Jaafar.
Pelakon utama filem Ngangkung
Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.
Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.

Jangan lupa ye saksikan filem ni..aku promote ni..hehehe..

Read more


Cimbclicks atau Maybank2U?

Salam kepada semua pengguna-pengguna di luar sana..
Pastinya sekarang ni ramai yang menjalankan urusan jual beli secara online. Selain jual beli, pembayaran bil, saman, pindah wang semuanya boleh dilakukan di hujung jari je..janji ade internet ada PC dan ade akaun bank sama ada CIMB atau Maybank.

Aku sekarang ni cuma ada akaun CIMB je..So,aku guna cimbclicks je la kalo nak bayar bil,transfer duit kat mak ayah aku, bayar PTPTN dan lain-lain urusan. dan sekarang CIMB ada buat promosi bid 2 barang dengan hanya harga 1 barang..So, ape tunggu lagi register di akaun cimbclicks skang ye..


Namun begitu, CIMB belum dapat menyaingi Maybank sebagai bank no 1 negara kerana banyak urusan jual beli barang daripada syarikat-syarikat pengeluar yang hanya menggunakan Maybank2u. Contohnya macam aku nak beli komponen dari company Farnell, hanya boleh bayar dengan Maybank2u je..cimb tak de ok..Akaun antarabangsa paypal pun hanya boleh menggunakan Maybank kalo tak silap..So, Maybank2U pun ade kelebihan dia tersendiri..lepas ni aku berniat nak bukak akaun Maybank plak..senang..biar dua-dua ade..okeh..




Read more


Cerita Panas Pengadil

Salam 1 Malaysia
Kepada sesiapa yang dah tengok game bola sepak China pasti semanya tidak puas hati dengan mutu pengadilan game semalam kan..ape tidaknya tiga kad merah dilayangkan kepada pemain Malaysia..Pada minit pertama pun Mahali Jasuli dah kena kad kuning yang sepatutnya menerima amaran terlebih dahulu akibat kekasaran pertama. Kemudian dia dilayangkan kad merah kerana menyepak bola di luar padang atas sebab lontaran ke dalam dihadiahkan kepada China bukan Malaysia. Kemudian, Safiq pula dilayangkan kad merah..yang ni tak tau pasai apa..memang gile reff tu..


Malaysia bermain dengan 9 orang..menentang 11 orang..Eh!! bukan 11 orang..12 orang sebenarnya termasuk reff gile tu..Rajagopal terpaksa memasukkan Gurusamy bagi menggantikan Faizal Abu Bakar bagi membantu pertahanan dan Amar Rohidan bermain di posisi bek kanan tempat yang ditinggalkan Mahali. Namun China masih tidak mampu menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Ben Williams,nama pengadil dari Australia tu sekali lagi membuat kesilapan dengan memberikan kad merah ketiga kepada Kunanlan sedangkan tiada kontek langsung..Selain itu 5 pemain Malaysia lain menerima kad kuning iaitu Idlan Thalaha, Amar Rohidan, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra sedangkan player China tak de terima kad langsung..Memang berat sebelah..Pengadil ni jugaklah yang menyebabkan kekalahan Malaysia kepada UAE pada kelayakan Piala Asia 2011.

Walaubagaimanapun Malaysia tetap layak ke pusingan 16 pasukan terakhir dan Rajagopal akan membuat rayuan untuk membolehkan Safiq Rahim bermain pada perlawanan menentang Iran jam 4 petang esok.




Read more


Penentuan Malaysia vs China


Salam 1 Malaysia
Biasala sebagai peminat sukan no 1 negara..tiap-tiap hari nak cerita pasal sukan je..bangun pagi pun tengok berita sukan..ESPN News..tengok paper pun bahagian sukan je..hehehe..tapi hari ni nak cerita skit pasal sukan Asia di Guangzhou, China..

Petang ni bakal berlangsung acara bola sepak peringkat kumpulan antara pasukan negara kita Malaysia menentang negara tuan rumah China.Perlawanan petang ni bakal menentukan sama ada Malaysia layak atau tidak ke pringkat kalah mati (16 Pasukan).Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk layak secara automatik.

Anak buah K.Rajagopal nampaknya ramai yang injured. Diharap Fakhri Shaarani dapat kembali bergandingan dengan Nor Shahrul Idlan Thalaha bagi menggantikan Izzaq yang tidak menyerlah ketika bertemu Jepun. Masalah kecederaan turut dialami oleh Chanturu dan Nor Hafiz Zamani Misbah. Diharap Safiq Rahim berjaya mengawal perlawanan dan Khairul Fahmi Che Mat berjaya mengekang asakan China.Semoga Sang Harimau dapat meruntuhkan tembok besar China petang ini.sama-sama kita saksikan LIVE on Astro jam 7.00 malam ni.


Read more


Aku Dapat Anak Sedare Baru

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Illahi kerana telah selamat mengurniakan seorang anak lelaki kepada abangku dan kakak iparku..Ini adalah anak sedare pertama dalam keluargaku..bermakna mak dan ayah aku dah jadi nenek dan atuk..


So, aku pun dah jadi bapa saudara la sekarang..naik satu lagi taraf..hehe..so skang x tau lagi baby tu nak panggil ape kat aku dan adik beradik aku nanti..hehe..Bayi tu telah selamat dilahirkan pada tengah hari semalam dan beratnya 2.9kg..

Abang aku pun x tau lagi nak letak nama ape kat anak dia kot..tapi syukur sangat..lepas ni harap2 aku la plak dapat anak..insyaallah kalo ade rezeki..Aminn..



Read more


Lamanya Tak Online Sebab Banjir..

Assalamualaikum semua..

Sudah lama aku tak online..semuanya sebab aku bersiap menghadapi bencana banjir..lepas banjir banyak kerja lagi nak kena buat..basuh sana basuh sini..repair sana repair sini..cari bantuan lagi..tapi bagus la masyarakat dan persatuan2 pun prihatin nak bagi bantuan..

Untuk pengetahuan korang..aku adalah salah sorang mangsa banjir yang teruk kat Perlis ni..air naik start hari Isnin..kira dalam rumah aku paras2 lutut la..nasib baik la aku sewa umah 2 tingkat..so barang2 semua angkut naik atas..then aku tido kat atas je,x payah pindah..tapi nak angkut semua barang macam mesin basuh,peti ais,tv semua memang penat r..




Tapi syukurlah sekarang keadaan dah kembali pulih..tapi mana bantuan dari kerajaan..kenapa banyak persatuan2 bangsa Cina je yg datang melawat..huh..apepun sekarang Alhamduliilah dah boleh kembali bekerja seperti biasa..tapi kesian gak tengok famili2 yg ramai anak dan harta benda yg rosak..apepun aku berdoa agar takde dah gelombang kedua lepas ni..Aminn..



tengok pak cik ni..sempat lg jual roti canai walaupun banjir..macam tepi pantai..sempoi!!..



Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters