ads ads

Cerita Panas Pengadil

Salam 1 Malaysia
Kepada sesiapa yang dah tengok game bola sepak China pasti semanya tidak puas hati dengan mutu pengadilan game semalam kan..ape tidaknya tiga kad merah dilayangkan kepada pemain Malaysia..Pada minit pertama pun Mahali Jasuli dah kena kad kuning yang sepatutnya menerima amaran terlebih dahulu akibat kekasaran pertama. Kemudian dia dilayangkan kad merah kerana menyepak bola di luar padang atas sebab lontaran ke dalam dihadiahkan kepada China bukan Malaysia. Kemudian, Safiq pula dilayangkan kad merah..yang ni tak tau pasai apa..memang gile reff tu..


Malaysia bermain dengan 9 orang..menentang 11 orang..Eh!! bukan 11 orang..12 orang sebenarnya termasuk reff gile tu..Rajagopal terpaksa memasukkan Gurusamy bagi menggantikan Faizal Abu Bakar bagi membantu pertahanan dan Amar Rohidan bermain di posisi bek kanan tempat yang ditinggalkan Mahali. Namun China masih tidak mampu menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Ben Williams,nama pengadil dari Australia tu sekali lagi membuat kesilapan dengan memberikan kad merah ketiga kepada Kunanlan sedangkan tiada kontek langsung..Selain itu 5 pemain Malaysia lain menerima kad kuning iaitu Idlan Thalaha, Amar Rohidan, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra sedangkan player China tak de terima kad langsung..Memang berat sebelah..Pengadil ni jugaklah yang menyebabkan kekalahan Malaysia kepada UAE pada kelayakan Piala Asia 2011.

Walaubagaimanapun Malaysia tetap layak ke pusingan 16 pasukan terakhir dan Rajagopal akan membuat rayuan untuk membolehkan Safiq Rahim bermain pada perlawanan menentang Iran jam 4 petang esok.




Read more


Penentuan Malaysia vs China


Salam 1 Malaysia
Biasala sebagai peminat sukan no 1 negara..tiap-tiap hari nak cerita pasal sukan je..bangun pagi pun tengok berita sukan..ESPN News..tengok paper pun bahagian sukan je..hehehe..tapi hari ni nak cerita skit pasal sukan Asia di Guangzhou, China..

Petang ni bakal berlangsung acara bola sepak peringkat kumpulan antara pasukan negara kita Malaysia menentang negara tuan rumah China.Perlawanan petang ni bakal menentukan sama ada Malaysia layak atau tidak ke pringkat kalah mati (16 Pasukan).Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk layak secara automatik.

Anak buah K.Rajagopal nampaknya ramai yang injured. Diharap Fakhri Shaarani dapat kembali bergandingan dengan Nor Shahrul Idlan Thalaha bagi menggantikan Izzaq yang tidak menyerlah ketika bertemu Jepun. Masalah kecederaan turut dialami oleh Chanturu dan Nor Hafiz Zamani Misbah. Diharap Safiq Rahim berjaya mengawal perlawanan dan Khairul Fahmi Che Mat berjaya mengekang asakan China.Semoga Sang Harimau dapat meruntuhkan tembok besar China petang ini.sama-sama kita saksikan LIVE on Astro jam 7.00 malam ni.


Read more


Aku Dapat Anak Sedare Baru

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Illahi kerana telah selamat mengurniakan seorang anak lelaki kepada abangku dan kakak iparku..Ini adalah anak sedare pertama dalam keluargaku..bermakna mak dan ayah aku dah jadi nenek dan atuk..


So, aku pun dah jadi bapa saudara la sekarang..naik satu lagi taraf..hehe..so skang x tau lagi baby tu nak panggil ape kat aku dan adik beradik aku nanti..hehe..Bayi tu telah selamat dilahirkan pada tengah hari semalam dan beratnya 2.9kg..

Abang aku pun x tau lagi nak letak nama ape kat anak dia kot..tapi syukur sangat..lepas ni harap2 aku la plak dapat anak..insyaallah kalo ade rezeki..Aminn..



Read more


Lamanya Tak Online Sebab Banjir..

Assalamualaikum semua..

Sudah lama aku tak online..semuanya sebab aku bersiap menghadapi bencana banjir..lepas banjir banyak kerja lagi nak kena buat..basuh sana basuh sini..repair sana repair sini..cari bantuan lagi..tapi bagus la masyarakat dan persatuan2 pun prihatin nak bagi bantuan..

Untuk pengetahuan korang..aku adalah salah sorang mangsa banjir yang teruk kat Perlis ni..air naik start hari Isnin..kira dalam rumah aku paras2 lutut la..nasib baik la aku sewa umah 2 tingkat..so barang2 semua angkut naik atas..then aku tido kat atas je,x payah pindah..tapi nak angkut semua barang macam mesin basuh,peti ais,tv semua memang penat r..




Tapi syukurlah sekarang keadaan dah kembali pulih..tapi mana bantuan dari kerajaan..kenapa banyak persatuan2 bangsa Cina je yg datang melawat..huh..apepun sekarang Alhamduliilah dah boleh kembali bekerja seperti biasa..tapi kesian gak tengok famili2 yg ramai anak dan harta benda yg rosak..apepun aku berdoa agar takde dah gelombang kedua lepas ni..Aminn..



tengok pak cik ni..sempat lg jual roti canai walaupun banjir..macam tepi pantai..sempoi!!..



Read more


Mood Malas Gile

Salam..2-3 hari ni rase malas sangat..nak buat ape2 pun malas..apesal la ek..mungkin sebab badan rase lemah je ni..bangun gosok gigi pun..tangan je gosok gigi..mata tutup lagi..pejam lg..hadui..

Aku masih tak ada mood lagi ni..nak buat kerja pun malas..sedangkan kerja banyak..keh3..nak bukak fesbuk pun maleh ni..aduhai..

Dahla..aku malas dah nak citer..baik aku gi photostat keje aku..hehe..bye2





Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters