ads ads

Aku Dapat Award??

Credit to Myna yang telah menghadiahkan aku award ni..hehe


Friendly ke aku ni??hehehe..yela tu kot..kalo tak tak de la dapat award kan..hehehe..
So skang nak tag la pulak kat blogger2 yang terpilih..
tapi sebelum tu kena bagitau 7 makanan kegemaran masa berbuka atau bersahur kan..
This is the list
1- Kurma
2- Kuih Seri Muka
3- Bubur Lambuk
4- Cendol
5- Murtabak
6- Nasi Ayam KFC
7- Ayam Percik

Skang barula boleh kongsi dengan 5 orang blogger yang terpilih..mereka adalah

Okeh sila tuntut award kamu yer..Thanks sekali lagi to Myna..
Adios.


Read more


Salam Merdeka


Malam ni adalah malam 31 Ogos..jadi aku ingin mengucapkan salam kemerdekaan yang ke-53 buat seluruh rakyat Malaysia..baik yang tua atau pun muda..Sama-samalah kita mengenang kembali perjuangan nenek moyang kita dalam mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita..

Kesenangan yang kita miliki sekarang, semuanya bermula daripada usaha dan pengorbanan mereka membebaskan kita daripada tangan penjajah..So, sempena merdeka ni mari kita sama-sama ucap terima kasih kat diorang..

Jom layan lagu2 patriotik..bahtera merdeka..jalur gemilang..Malaysia berjaya..yeah..
PROUD TO BE MALAYSIAN..



Read more


Malaysia Tewas

Salam 1 Malaysia..semalam aku duk layan badminton final kejohanan dunia kat Paris..puas tunggu sampai game yang terakhir..sampai la jugak giliran Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beraksi menentang Fu Hai Feng- Ku Chai Yun..sori la kalo salah eja..

Set pertama dah syok dah menang..leading 1-0..Malaysia menang 21-18..masuk je set kedua Malaysia dah mula hilang rentak..main banyak bertahan jer..pastu mistake2 tak lepas net pun banyak..akhirnya Malaysia kalah set kedua 18-21..kedudukan 1-1..


Penentuan set ketiga bermula..Malaysia sekali lagi goyah dan kelihatan letih..Malaysia dipsiko oleh serangan-serangan dan tambahan mata oleh China walaupun Malaysia dibantu oleh majoriti penyokong dalam stadium..sekali lagi Malaysia melakukan mistake2 mudah seperti bulu tangkis tak lepas net, atau shuttle terlalu kuat hinggakan keluar gelanggang..

Akhirnya Malaysia tewas mudah set ketiga 21-14..Sekali lagi kejohanan dunia ni di konker oleh team tembok besar China..negara-negara semuanya susah nak jinakkan China..adios

Read more


Chong Wei Lagi

Chong Wei sekali lagi menjadi harapan negara untuk menjulang gelaran dunia di Paris apabila menewaskan rakan senegara, Mohd Hafiz Hashim semalam..

Turut mara adalah beregu emas negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong..Chong Wei menewaskan Hafiz 21-16, 21-16 untuk mara ke pusingan ketiga dalam masa hanya 26 minit..

Chong Wei akan bertemu pemain nombor 18 dunia Rajiv Ouseph dari England pada pusingan ketiga nanti..Rajiv telah menewaskan Jan Jorgensen dari Denmark pada pusingan kedua..21-12,25-23

Lee Chong Wei
Sementara itu beregu negara Kien Keat-Boon Heong mara ke pusingan ketiga setelah mengalahkan regu Republik Czech Ondrej Kopriva-Tomas Kopriva 21-15,21-13..Mereka akan menentang beregu China, Chai Biao-Zhan Nan pada pusingan ketiga nanti.

Yang kalah-kalah malas la nak cerita..sememangnya Malaysia memerlukan ramai lagi pelapis seperti Lee Chong Wei..Chong Wei pun dah semakin tua..kalau tak ada pelapis yang sehebat dia alamtnya nanti terkubur la badminton negara Malaysia..




Read more


Lempar Najis Pada Bendera Malaysia

Salam satu Malaysia..Rakyat Indonesia sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan dengan membaling najis ke kedutaan Malaysia yang pergi ke sana..selain itu mereka juga melempar najis ke atas bendera Malaysia yang dipijak di atas jalan..


Mereka membawa 5 bungkusan najis yang diisi dalam polesterin dan plastik untuk dicampakkan kepada Kedutaan Besar Malaysia..Tunjuk perasaan ini menunjukkan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang didakwa merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan, 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Kita sebagai rakyat Malaysia sangat sedih apabila melihat bendera kebanggaan kita, jalur gemilang dipijak-pijak begitu..lebih-lebih lagi pada bulan kemerdekaan ini..Semoga pihak-pihak atasan bertindak bagi mengelak hal-hal ini berlaku lagi..Salam kemerdekaan dari saya untuk semua..Adios..



Read more


Budak Perempuan Hina Malaysia, Islam dan Masjid di Facebook

Salam 1 Malaysia..pagi tadi bangun, bukak facebook..terus ada isu panas..ada sorang budak cina bernama Sing Yee Chin telah post kat wall dia bertulis " Malaysia...nothing but MOSQUE =.=!! "..ape lagi..muslim2 dan muslimat2 kat Malaysia ni pun panas la kan..penuh dah komen kat facebook dia..ada ke dia cakap masjid ni hanya membisingkan jer..dia pun adalah budak Singapore..saja je nak buat propaganda..nak wujudkan peperangan ni..tengok la gambar print screen kat bawah ni..



Skang ni kalo nak bukak Fb dia dah tak boleh..pagi tadi boleh lagi..dah delete akaun la tu..tapi dengar2 dia dah aktif balik..cuma dia buat private dah skang..tadi senang2 je boleh masuk..takut la tu..

Read more


Internet Oh Internet!!

Salam satu Malaysia..dah lama rasanya aku tak pos entri..hujung minggu memang sibuk bagiku melayan bola..lebih-lebih lagi EPL yang baru start gameweek yang kedua ni..ni pun tengah tengok game Man U lawan Fulham ni..biasa la aku..gila bola..semua team..semua league nak tengok..kepala pun nak rehat lepas penat bekerja..tengok bola je la boleh hilangkan stress..tapi kalo team yang kita sokong kalah..stress jugak ek..


Sebenarnya..aku lama tak pos entri bukan sebab sibuk sangat..tapi sebab internet aku yang slow ni..macam siput pun ada kadang2..tersekat2..mungkin sebab aku pakai broadband..dan gelombang dia kadang2 ada..kadang2 tak ada..1 dua bar je ada..kalo ujan ke..susah la nak online..aku memang memerlukan internet yang laju..barula senang nak buat kerja..nak research maklumat ape2 pun cepat..semua benda nak pantas sekarang ni kan..sampaikan solat terawih pun nak cepat..hei..ape nak jadi ni..

Tapi aku bersyukur..sekurang-kurangnya aku dapat lagi coret-coret kat sini..ok la tu..boleh jugak lagi melawat blog kengkawan walaupun dalam keadaan merangkak..Alhamdulillah..Insyaallah kalau ada rezeki nanti aku memasang impian nak  upgrade internet ni..dengan tahap kelajuan yang lebih tinggi..tak pun bila dapat duit dari nuffnang nanti..sekarang ni tak ada modal lagi..aku pun baru nak bina keluarga..nak raya lagi kan..

So skang aku nak sambung tengo bola la dulu..game dah 1-1..macam makin best je..selamat malam semua..


Read more


Hadith Hari Ini (10 Ramadhan)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda: Tiga doa dikabulkan dan tidak syak akan mustajabnya; doa seorang bapa (terhadap anak-anaknya) doa seorang musafir dan doa seorang yang dizalimi. (HR Abu Daud)

Sumber: Muntakhab Hadith pp.437 KBC

Read more


Copy & Paste Aje Dapat Hadiah

Senang je..Copy paste je boleh dapat hadiah..Contest anjuran gambarhehe..hehe..contest ni aku nampak dari blog black masa aku blogwalking tadi..ada masa ni..aku copy paste je..mana tau kan rezeki raya aku..tarih tutup 25 Ogos 2010..Jomla JOIN..

Memory: 1GB
Accessories: Earphone, CD, Manual, USB Cable & Battery Charger
Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan olehMediaHehe..
Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com




Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..
Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh ushawww.gambarhehe.com


Read more


Duit Tak Cukup..Macamana Nak Buat?

Duit tak ada! Duit tak ada! Duit tak ada! Selalu kita dengar orang sering ungkap perkataan tu aje..sedangkan banyak lagi barang nak kena beli..dah macam mana ni..duit selalu tak cukup jer..nak kahwin..nak raya..nak bayar itula inila..macam2..masalah betullah..



Sebenarnya duit sentiasa tak cukup..tapi ada cara kita nak bagi cukup..perancangan dalam perbelanjaan kenalah rapi..dan bersesuaian dengan kemampuan kita..jangan terlalu boros..1st step kalo nak merancang ni kita kena tulis ape kita punya KEPERLUAN dan KEHENDAK kita..senaraikan..apa yang perlu kita bayar bulan2..cukup tak dengan gaji kita..contoh macam ni

KEPERLUAN

1 - Air
2 - Elektrik
3 - Rumah Sewa
4 - Makanan
5 - Pakaian
6 - Kenderaan
7 - Astro
8 - Streamix

KEHENDAK 

1 - Makan KFC
2 - Henset canggih2 macam Blackberry
3 - Make up kereta
4 - Karaoke
5 - Bowling
6 - Tengok Wayang
7 - Holiday di mana-mana pulau

Then, lepas dah buat semua list tu..korang kena tengok pulak pendapatan/gaji korang bulan2 brape..1st sekali kena settle dulu semua bil-bil yang wajib seperti bil elektrik, air, sewa rumah, bayar loan kereta,...

Pastu..saving nak kena ada bulan2..takut2 kes emergency berlaku..contohnya..korang jatuh sakit..nak kena pi klinik atau hospital..nak kena beli ubat..pakai duit semua tu..ataupun bulan ni tiba2 kena balik kampung..duit minyak kereta dengan tol kena ada..tak kan nak tuang air plak dalam tangki minyak kereta kan..kan..

Ha..Last sekali kalo ada lebih..barulah korang boleh beli apa yang korang nak..iaitu kehendak2 korang tu...tapi kalo tak ada lebih yang banyak..potonglah kehendak2 yang tinggi2 tu..tukar sport rim kereta..hehehe..kehendak yang kecil2 tu bolehla dilaksanakan..


Jangan terlalu ikut nafsu dalam berbelanja..nak-nak kalu pergi bazar ramadhan..semua jenis makanan kalau boleh nak sebat ye..jangan terlalu boros..menabung la dari sekarang..susah susah sekarang senang senang kemudian yer..kita tak tau bila kita perlukan duit tu di masa akan datang..


Read more


Follower Aku Ke-100

Alhamdulillah follower aku dah mencapai angka 100 orang..dalam diam, tub-tub je dah sampai 100 orang..Syukur la..bertambah ramai la rakan ku dalam blog ini..

Tapi siapakah folower bertuah aku yang keseratus tu?..Beliau adalah..cik Ruhil Rosley..Cik la kot kan..tengok kat blog dia baru 19 tahun..kecil molek je org nye..pemegang blog The Real Ruhil-the world is bigger than i thought..

Follower ke -100
Tahniah kepada Ruhil kerana berjaya menjadi follower ke 100 blog saya..dengan ini menaikkan lagi semangat saya untuk mencari tambahan 100 lagi follower..huhu..Sila lah jemput melawat blog Ruhil ye..




Read more


Siapa Follower Aku Yang Ke-100

Malam dah makin larut..
aku pun dah mengantuk menunggu follower aku yang ke-100 ni..
Tak kunjung-kunjung2 tiba..
Tak apalah..
aku nak lena dah ni..
Esoklah pulak tengok..
Cepatlah follow blog aku..
Siapa yang jadi follower ke-100 aku..
Aku akan promotekan link dia kat sini..yuhuu..
Cepat2..Jangan Terlepas peluang ni..Dah 99 dah..
OK..Selamat Malam..Adios..

Read more


Hadith Hari Ini (6 Ramadhan)

Dari Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : 2 serigala kelaparan yang dilepaskan pada stu kumpulan kambing tidak mampu memudaratkan lebih dari kemudharatan pada Agama yang dilakukan oleh sifat tamakkan harta dan keinginan untuk menjadi orang yang berpengaruh. (HR Tirmizi)

Sumber: Muntakhab Hadith pp-653 KBC

Read more


Aku Dan Nuffnang

Hari ni hari Isnin...memang malas nak pergi kerja..tapi hari ni adalah hari gembira buat nuffnanger2 di luar sana..sebab hari ni adalah hari nuffnang sedunia..semua pemegang akaun nuffnang boleh cek kemasukan $$ ke poket mereka..hehehe..

Jerit memanggil orang
Macam biasa aku bangun2 bukak pc aku..pastu terus bukak blog aku..dan seterusnya bukak la nuffnang..aku ni stail target sama je dengan pendapatan minggu lepas..tapi, alangkah tekejutnya aku bila tengok akaun aku dah naik 2 kali ganda lebih dari minggu lepas..Alhamdulillah rezeki..Allah nak bagi..

Bila dah tengok duit masuk..hati pun rase seronok..semangat pun makin berkobar-kobar la nak berblog ni..buat sesuatu yang dapat hasil..siapa tak nak..tapi tak adalah full time..part time je buat masa ni..banyak lagi benda yang nak kena belajar..Pasni target aku sama cam nilai minggu ni..tapi usaha kena lebih..Thanks aku ucapkan kepada pengunjung blog, follower2, dan geng nuff di luar sana..Ayuh berblogging!! I love Nuffnang.



Read more


Kenapa Perlu Blogwalking?

Aku rasa tak perlulah aku nak bagitau lagi ape itu blogwalking..kepada blogger2 aku rase istilah tu dah memang sebati dengan hidup diorang kot..termasuklah yang baru2 berblogging macam aku ni..

blogwalking
Aku mula-mula ada blog pun aku tak reti nak blogwalking ni..my wife yang mula2 ajar..kenapa kena blogwalking sayang??banyak faedah sebenarnya blogwalking ni..mula-mula sekali blogwalking ni kita nak promote blog kita..supaya orang melawat blog kita..di samping tu kita dapat mengeratkan silaturrahim dengan blogger2 yang lain di luar sana..

Bila dah ramai kenal..dah selalu jenguk blog kita..network kita pun meningkat..silap2 link atau url kita pun dipromosikan oleh blogger2 lain..atau pun follower2 kita..blogwalking juga salah satu cara nak up kan trafik unique kita..bila trafik dah naik..senang la nak dapat iklan dari penaja (nuffnang)..bila ramai datang kat blog kita..so kebarangkalian nak klik $$ tu tinggi la..murah rezeki..

Tapi malangnya ade jugak yang blogwalking sebab nak transfer virus bila kita klik kat link dia..ada jugak yang blogwalking sebab nak burukkan blog orang lain..dan salahguna link blog orang..ini memang tak patut..jahat..so blogwalking lah anda dengan cara yang sihat, barulah blog anda sihat..disenangi orang lain dan dimurahkan rezeki..Ikhlaslah berblogwalikng..

Read more


Hadith Hari Ini (5 Ramadhan)

Dari Samurah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Sesungguhnya bagi setiap nabi ada sebuah telaga. Dan setiap mereka berbangga antara satu sama lain ( yang telaga mereka lebih banyak didatangi ) untuk minum daripadanya. Dan aku berharap semoga akulah yang akan didatangi oleh ramai orang. (H.R. Tarmizi)

Sumber: Muntakhab Hadith pp-120 KBC

Read more


Aku dan Fantasy Football

Malam tadi dah stat bola EPL season baru..ape lagi aku pun layan la game malam tadi..nak-nak game Chelsea yang 6-0 tu..layan beb..so sekarang aku pun sibuk la duk tengok2 point untuk fantasy premierleague aku..banyak jugak yang tak menjadi..Wigan yang aku sangkakan menang..kalah pulak dengan Blackpool 4-0..Charles N'Zogbia tak main la pulak..haram tol..keeper Kirkland bolos 4 bijik..habis point aku..
team aku
Nasib baik la Drogba skor hatrik malam tadi..xdela ralat sgt team aku malam tadi..ada la dalam ranking tengah2 liga..hehehehe..malam ni tggu game Arsenal lawan Liverpool pulak sebab ada player aku yang x main lagi iaitu Nasri..

Besok tunggu Man Utd lawan Newcastle pulak sebab kapten aku Rooney tak main lagi..harap2 Rooney hatrik jugak..Oshea dengan Nani pun x main lagi ni..boleh mengharapkan point di situ..pastu mula la nak pikir nak transfer player..macam ni je lah hiburan aku di hujung minggu..sambil2 merehatkan minda..syok..



Read more


Hadith Hari Ini (4 Ramadhan)

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Orang yang mencaci maki orang Islam adalah hampir kepada kehancuran dan membinasakan (dirinya). (HR Tabrani dan Jami' Saghir)

Sumber: Muntakhab Hadith pp-587 KBC

Read more


Hadith Hari Ini (3 Ramadhan)

Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda kepadaku: Wahai anak kesayanganku! Apabila kamu masuk ke dalam rumahmu hendaklah kamu memberi salam kepada ahli keluargamu kerana ini akan menjadi berkat kepadamu dan kepada ahli keluargamu. (HR Tirmizi)

sumber: Muntakhab Hadith pp-551 KBC

Read more


Lagenda Budak Setan Bersiri



Drama bersiri Lagenda Budak Setan dah start malam kelmarin..Tayangan drama ini bermula jam 10.30 hingga 11.30 malam di channel Astro prima..dan akan bersambung setiap minggu hari selasa ek..Episod pertama ni menceritakan bagaimana kenakalan seorang murid sekolah menengah bernama Kasyah ( lakonan Farid Kamil )..Kasyah adalah ketua kepada kumpulan nakal di sekolahnya yang sering membuli, mengenakan pelajar lain serta gurunya sendiri..Mereka sering dikenakan disiplin dan menggelarkan kumpulan mereka kumpulan anti perempuan..Part 1

barisan pelakon
Sikap Kasyah mula berubah apabila terpandang kemunculan pelajar baru di sekolah itu iaitu Ayu ( Lakonan Maslina Nasir )..Ayu ditugaskan untuk mengutip derma di kelas Kasyah namun telah dimalukan oleh Kasyah di dalam kelas..Tetapi sebenarnya Kasyah memang betul2 tidak berniat untuk memalukan ayu..saksikan macamana Kasyah ingin meminta maaf dengan Ayu..Part 2

Kasyah mula berkenalan dengan Ayu..dan mula angaukan Ayu..sehinggakan kawan2nya mula perasan akan perubahan sikapnya..Akan tetapi, Kasyah sekali lagi buat hal di library apabila memukul pelajar yang bersama dengan Ayu..Part 3

Saksikan sambungannya selepas terawih selasa minggu depan yer..hehe..salam..

Read more


Hadith Hari Ini (2 Ramadhan)

Dari Sa'di menceritakan bahawa satu ketika kami duduk bersama-sama nabi S.A.W. Nabi S.A.W bersabda: Adakah salah seorang daripada kamu sanggup melakukan kebaikan seribu kali setiap hari? Salah seorang daripada kami yang duduk di majlis itu bertanya: Bagaimana seseorang boleh memperolehi seribu kebaikan setiap hari? Nabi S.A.W bersabda : Bertasbih (subhanallah) seratus kali akan dituliskan ganjaran untuknya seribu kebaikan. Dan seribu dosa akan dimaafkan. (HR Muslim)

sumber: Muntakhab Hadith pp385 KBC.

Read more


Suzuki Alto Baru

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) bakal launched model baru mereka iaitu Suzuki Alto yang Completed Build Unit (CBU) nya diimport dari Maruti Suzuki di India.. Model ini bakal menyaingi model kereta kecil kegemaran rakyat Malaysia iaitu Perodua Viva dan Hyundai i10.

pandangan dari depan
Alto berkuasa 996cc, enjin 3 silinder, berat 880kg untuk manual dan 915kg  untuk auto...67bhp dengan torque 90Nm.,Kalau nak banding dengan viva Ezi berat 810kg 60bhp/90Nm..tapi cc 989 jer..Alto ada 5-speed gear untuk manual dan 4-speed gear untuk auto..

Read more


Hadith Hari Ini (1 Ramadhan)

Dari Abu Hurairah meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Hak bagi seorang muslim ialah lima perkara : Menjawab salam, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah ke kubur, menerima jemputan, menjawab "Yarhamkallah" apabila seorang bersin. (HR Bukhari)


Sumber: Muntakhab Hadith pp-508.KBC

Read more


Terawikh Terakhir

Satu cerita yang aku telah baca pada tahun lepas sumbangan dari seorang rakan...namun Ramadahan tahun ni aku ingin kongsi kembali cerita ini dengan pengunjung-pengunjung yang lain..

Bab 1
Rasulullah Sallahu alaihi wasallam bersabda, ”Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya.” (HR. Muslim)
“Kau muntah-muntah teruk ni Nuar...berehat di rumah sajalah...”
“Jauh daripada nyawa lah Qush...lihat aku sekarang, masih boleh berdiri tegak bukan?”
“Habis tu, sampai merah pekat darah yang kau muntahkan tadi, masih kau cakap jauh daripada nyawa?”

Read more


Salam Ramadhan

Assalamualaikum..




Selesai sudah terawih malam pertama..Syukur ALLAH masih memberikan kesempatan untuk aku berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi..Akan aku gunakan Ramadhan ini sebaik mungkin..Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada kedua ibu bapaku..isteriku,ibu mertua,abang,kakak,abang ipar,kakak ipar,adikku yang berada di Australia,adik-adikku yang lain,kaum keluarga semua,kawan-kawan dan semua yang mengenali diri termasuk semua pengunjung blog ni..

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat kepada kita, insyaAllah kita sama-sama menunaikan ibadah puasa dengan penuh ikhlas..Terawikh jangan miss yer..Quran target khatam sebulan ni..tak sabar nak sahur dan berbuka bersama isteri buat kali pertamanya..kawan-kawan kat luar sana,nanti kalau ada kesempatan kita berbuka sama-sama yer..

SALAM RAMADHAN DARIPADA SAYA UNTUK SEMUA

Read more


Fadhilat Solat Terawikh

Diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a daripada Rasulullah S.A.W, sebagai jawapan daripada pertanyaan sahabat-sahabat tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadhan:


Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah..


Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman)


Malam 3: Berseru Malaikat di bawah Isquo dan Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah menghapuskan dosa engkau..


Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.


Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawuf di Baitul Marqsuor (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan terawih pada malam ini.


JOM TERAWIKH!!

akan diupdate pada setiap hari..

Read more


Kenapa Ubat Nyamuk Dipanggil Ubat Nyamuk?

Salam..Selalu kita dengar kan kawan-kawan kalau nak bunuh serangga atau apa-apa sahaja binatang kita akan bagi diorang racun..contohnya racun serangga, racun tikus, racun lipas dan sebagainya..Tapi kenapa ye selalu kita panggil ubat nyamuk..bukan racun nyamuk..

Yang sebenarnya, semua nyamuk kat atas dunia ni menghidap penyakit..sindrom yang melanda mereka membuatkan mereka mengalami sakit kekurangan darah..sebab itulah depa ni suka sangat menghisap darah..dan mereka juga selalu meminta tolong dengan menjerit "help!! help!!" tetapi disebabkan saiz mereka yang begitu kecil dan desibel bunyi yang dikeluarkan sangat rendah..kita tak dapat mendengar mereka..kalo dengar pun bunyinya tak jelas..bunyi macam "nyett...nyett.." aje..

Kenyangnya dia

Oleh yang sebab itulah, manusia harus memberi ubat nyamuk kepada para nyamuk ini..bukan untuk membunuh, tapi nak selamatkan diorang..selepas mereka mendapat ubat dan menyedut asap2 ubat nyamuk itu..mereka tidak akan menghisap darah lagi sebab diorang dah sihat malah terus terlena dibuai mimpi-mimpi indah..

Tapi kalo telebih bagi ubat, diorang jadi dengki pulak..bile dah dengki diorang pun nak buat manusia dengki..maka diorang hantar virus dengki (dalam bahasa nyamuk=denggi) kepada manusia..maka berhati-hatilah wahai manusia sekalian..

Read more


Selamat Hari Lahir Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Hari lahirlah sebuah lagi blog yang aku ingin namakan blog "Angin Malam"..Nama macam seram jer..hehe..Blog ini aku tujukan buat isteri aku..dan anak-anak aku..dan keluarga aku..boleh ke ek..

Blog ni jugak aku create sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak..sambil-sambil aku menulis kat sini boleh la jugak aku berdakwah sikit..dan saling nasihat-menasihati sesama saudara seagama denganku..Semoga puasa tahun ni mendapat lebih keberkatan dari Allah..

Tujuan aku memncipta blog ini adalah ingin berkongsi pengalaman aku dengan para pengunjung sekalian..Selain itu banyak lagi benda-benda yang ingin aku ceritakan seperti peristiwa-peristiwa masa lalu,minat aku,lawak2 dan isu2 semasa yang aku rasa menarik..ni jugak kira macam diari la ni ek..hehe..

Lastly aku berharap blog ni juga akan menjadi sumber rezeki aku dan masa depan anak-anak aku nanti..walaupun sebenarnya aku belum ada anak lagi tapi aku nak menabung untuk diorang start dari sekarang lagi..So,nantikan entri-entri yang menarik nanti ye..

HAPPY BIRTHDAY BLOG....."Bila Azan berkumandang, marilah segera bersolat"

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters