ads ads

Khutbah Jumaat Hari Ini 6 Mei 2011


Alhamdulillah syukur kita masih diberi kurniaan untuk hidup lagi pada hari ini..Ya Allah, sungguh besar kurniaanMu itu Ya Allah..Jadi, pada hari Jumaat yang mulia ini ingin aku kongsikan sedikit dengan rakan-rakan isi khutbah Jumaat di tempat hamba tadi..

Hari ini, khatib menceritakan tentang AIB..sekiranya kita melakukan kesalahan, bersegeralah kita menginsafi kesalahan dan kejahatan kita..Janganlah kita berbangga-bangga dengan kejahatan yang kita lakukan, seperti contoh kita lakukan kejahatan hari ini, janganlah nak berbangga-bangga menceritakan kejahatan itu kepada orang pada besok hari..kerana pada malam kita tidur Tuhan telah menutup aib kita..dan bila bangun keesokannya bersegeralah kita sedar kesalahan kita..
Nauzubillahiminzaliq.

Read more


Download Nur Kasih The Movie

Salam..belum keluar panggung dah boleh download ke??ish3..ish..ish..memang tak lah der..sabarlah..kena la tengok kat pawagam ramai2 yek..sekarang ni mane ade link download lagi movie tu..Nur Kasih the movie dijangka akan mendapat keuntungan yang tinggi jika dikira daripada jumlah penonton siri drama..

Filem Nur Kasih The Movie ini akan berada di pawagam pada 19 Mei 2011..dah tak lama dah tu..Antara pelakon-pelakon utama yang membintangi filem ini adalah Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz..Takpelah x dapat donlod muvie lagi..kita donlod lagu tema dulu ye..layan kat bawah..


Read more


Man Utd Tempah Tiket Final UCL


Semua dah tahu kan MU layak ke final Uefa Champions League (UCL) season ni..dah tahu kan..huhu..Malam tadi MU telah membenam cabaran Schalke04 di peringkat separuh akhir. MU telah mencatatkan kemenagan 4-1 di laman sendiri sekaligus menang dengan agregat 6-1..

Gol-gol MU disumbangkan oleh Valencia, Gibson dan 2 gol daripada Anderson. Manakala satu gol saguhati Schalke dijaringkan oleh Jurado. Menanti MU di final adalah Barcelona. Pentas final akan berlangsung di Wembley hujung bulan ini.

Read more


Karnival Harum Manis Di Perlis

Tak perlu cakap banyak, untuk entri ni kita bagi tengok gambar je..hehe

Sekarang musim mangga kat Perlis, so depa buat karnival jualan besar-besaran
Ha..ni la dia orang panggil mangga harum manis, memang harum dan manis
Ramai betol orang beratur nak beli mangga ni
Aik! Nangka pun ada, besaq gile buah ni
Legend!
Akhir Kata, Makanlah Buah-Buahan Tempatan

Read more


Harga Minyak Petrol Ron97 Naik Lagi ke RM2.90 12 Malam Ni


Ape nak jadi..ape nak jadi..Memang tak lah pakai Ron97 dah lepas ni..Apeee pon tak boleyyyy....

Harga Petrol Ron97 akan dinaikkan sekali lagi dan dijual dengan harga RM2.90 seliter bermula 12 malam ini..Nasib baik lah Ron 95 kekal RM1.90 seliter.

Dulu aku duk pakai jugak Ron97, sekarang dah tak mampu dah sejak naik kepada RM2.70 hari tu pun dah bertukar kepada Ron95 dah..huhu..Difahamkan kenaikan harga ke RM2.90 ini adalah harga tertinggi dalam sejarah negara..Lepas ni kalau naik lagi, lakulah kedai-kedai jual basikal..orang dah xnak naik kenderaan gunakan minyak lagi dah..protes!!

credit to Malaysiakini

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters