Showing posts with label Hadith. Show all posts
Showing posts with label Hadith. Show all posts
Dari Washsyi bin Harb meriwayatkan bahawa para sahabat bertanya kepada Rasulullah, : Ya Rasulullah, kami makan tetapi perut kami tidak merasa kenyang.
Nabi bertanya : Mungkin kamu makan secara berasing-asingan?
Mereka menjawab : Benar Ya Rasulullah !
Baginda bersabda : Makanlah kamu di satu tempat (makan berjemaah) dan sebutlah nama Allah ketika makan. Keberkatan akan datang dalam makanan kamu. (HR Abu Daud)
Sumber : Muntakhab Ahadith - Ilmu dan Zikir (ms-459)
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu',malaikat akan tidur di sisinya sehingga tersentuh kulitnya. Dan apabila dia bangun malaikat akan berkata : Wahai Allah, ampunilah orang ini kerana dia tidur dalam keadaan berwudhu'. (HR Ibn Hibban)
(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template
Powered by Blogger.



