Showing posts with label Sepah. Show all posts
Showing posts with label Sepah. Show all posts
Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.
Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.
“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.
“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.
Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.
“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.
“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.
Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.
“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.
“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.
Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya.
Beralih kepada album, Sepahtu akan tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan di bawah MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia.
Penerbitnya Sheikh Qalam berkata album genre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi itu akan dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.
Album ini juga dijangka akan menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama-sama Mila dan Mawi.
“Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.
“Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.
“Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single “Cinta Itu Nyawa” yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah,” kata Sheikh Qalam.
Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.
“Semua aktiviti seni Sepahtu seperti lakonan, persembahan, album dan iklan akan diuruskan oleh MW Entertainment,” ujarnya lagi.
Credit to Belalang
Credit to Belalang
Di entri kali ini pucheh ingin kongsikan dengan pembaca sekalian semua video persembahan Juara Maharaja Lawak pertama iaitu kumpulan Sepah dari minggu yang pertama hinggalah ke Final.. Mari kita layan tengok persembahan mereka yang tak kering gusi..
Minggu 3
Minggu 4
Minggu 5
Minggu 6
Minggu 7
Minggu 8
Minggu 9
Minggu 10
Minggu 11 Tugasan 1
Minggu 11 Tugasan 2
Minggu 12 Tugasan 1
Minggu 12 Tugasan 2
Final Tugasan 1
Final Tugasan 2
OK selesai semua persembahan Sepah..lepas ini kita nantikan pula rancangan mereka di kaca televisyen..hehehe..sekalung tahniah buat Jepp, Syuib dan Mamat SEPAH..Peace yow..
Minggu 4
Minggu 5
Minggu 6
Minggu 7
Minggu 8
Minggu 9
Minggu 10
Minggu 11 Tugasan 1
Minggu 11 Tugasan 2
Minggu 12 Tugasan 1
Minggu 12 Tugasan 2
Final Tugasan 1
Final Tugasan 2
OK selesai semua persembahan Sepah..lepas ini kita nantikan pula rancangan mereka di kaca televisyen..hehehe..sekalung tahniah buat Jepp, Syuib dan Mamat SEPAH..Peace yow..
Saturday, June 25, 2011
//
Labels:
Download,
Juara,
Koleksi,
Maharaja Lawak,
Sepah,
Video
//
2
comments
//
Maharaja Lawak melabuhkan tirainya hari ini..Gelanggang akhir berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam..4 peserta berentap di peringkat akhir ini iaitu Nabil, Jambu Sepah dan juga Jozan..Kesemua peserta dikehendaki membuat 2 tugasan ataupun 2 persembahan..Mari kita sama-sama saksikan kesemua persembahan mereka di bawah ini.klik saja pada nama-nama peserta yang anda ingin saksikan..
Tugasan 1
Tugasan 2
Dan Mari Kita Saksikan Pengumuman Siapakah Juara Maharaja Lawak Pertama Di Malaysia..
JUARA
SEPAHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!
SEPAH JUARA
Syabas dan Tahniah buat Sepah sebagai Juara diikuti Jozan tempat kedua, Nabil ke-3 dan Jambu ke-4..
Sekian.
Final Maharaja Lawak..sekiranya tugasan muzikal komedi dipertaruhkan untuk gelanggang Final Maharaja Lawak malam ini, Sepah pasti menjadi feberet untuk tugasan itu..Aku dapat rasakan sesuatu yang akan pecah perut semua penonton malam ini..Itupun sekiranya muzikal komedi menjadi satu tugasan pada malam final ini..Pasti aku ternanti-nanti alunan suara Jepp Sepah ala-ala Ramli Sarip gitu..macam yang depa buat time Raja Lawak musim 3 dulu..
Ni Sepah time Raja Lawak minggu muzikal komedi..
Ni plak time akhir Raja Lawak 3, muzikal komedi jugak..
Bagi aku, saingan siapa bakal juara malam ini pastinya tertumpu pada Jozan dan Sepah..kedua-dua menunjukkan prestasi dan konsistensi yang baik semenjak minggu pertama Maharaja Lawak..dan kedua-duanya memiliki peminat serta penyokong yang ramai..ape2 pun, sama-sama lah kita saksikan siapa yang akan dinobatkan Maharaja Lawak buat kali pertama di Malaysia.
Friday, June 24, 2011
//
Labels:
Buat Duit Dengan Blog,
Final,
Jozan,
Maharaja Lawak,
Malaysia,
Sepah
//
2
comments
//
Pada minggu ini (minggu ke-12) Maharaja Lawak bersiaran dari Johor Bharu..Hanya tinggal 5 peserta yang berentap iaitu Jozan, Sepah, Jambu, R2 dan Nabil. Setiap peserta dikehendaki melakukan 2 tugasan. Tugasan pertama adalah persembahan sendiri manakala persembahan kedua bersama seorang artis lain. Minggu ini adalah minggu terakhir mereka bersiaran di luar dan kita akan ketahui siapa yang layak ke FINAl Maharaja Lawak di akhir rancagan. Jom tengok aksi-aksi persembahan mereka yang memang melucukan di bawah.
Klik saja pada mana-mana peserta yang kamu ingin saksikan:
Minggu ni ternyata Sepah mendapat sokongan tinggi kerana mereka berasal dari Johor..Nabil juga tidak kurang hebatnya mendapat sokongan yang padu..Apepun mari kita saksikan siapa yang tersingkir dan siapa yang layak ke Final minggu depan di sini..
Sekian..Harap Korang semua enjoy dengan Maharaja Lawak Minggu ke-12
Saturday, June 18, 2011
//
Labels:
Download,
Jambu,
Jozan,
Maharaja Lawak,
minggu ke-12,
Nabil,
R2,
Sepah,
Video
//
3
comments
//
(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template
Powered by Blogger.





