ads ads
Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Bajet 2012 | Isi & Kandungannya


Pembentangan Bajet 2012 telah berlangsung semalam, 7 Oktober 2011 di bangunan Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Antara isi-isi kandungan Bajet 2012 adalah:-

1) Tangani Inflasi
    - Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3000
    - Penerusan subsidi bil elektrik RM20
    - Penerusan subsidi,insentif dan bantuan berjumlah RM 33.3 billion

2) Kakitangan awam
    - Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
    - Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
    - Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
    - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

3) Pesara Kerajaan
    - Bayaran khas RM3000 kepada bekas anggota,duda dan balu polis khas dan polis   tambahan
    - Kenaikan pencen 2 peratus setahun
    - Bayaran bantuan RM500

4) Peneroka FELDA
    - FELDA Global Ventures Holding disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
    - Peneroka akan dapat durian runtuh

5) Perumahan Rakyat
    - Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
    - 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
    - Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat

6) Sektor Swasta
    - Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5000 dinaikkan kepada 13 peratus
    - Pelepasan cukai sehingga RM3000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
    - Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

7) Warga Emas
    - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia
    - Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

8) Pelajar
    - Yuran sekolah percuma
    - Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
    - Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan IPTS
 

Read more


Siaran Langsung Bajet 2012 | 7 Oktober 2011, 3.00 Petang


Salam,sebentar lagi akan berlangsung ucapan pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan di Parlimen jam 3.00 petang. Ucapan pembentangan ini akan disiarkan secara langsung di TV1,TV2,TV3 serta portal perbendaharaan Malaysia.

Bajet 2012 ini dijangka menjadi tontonan ramai terutama pekerja-pekerja sektor awam dan swasta untuk melihat apakah kelebihan yang bakal mereka perolehi. Tidak lupa juga golongan-golongan bawahan yang inginkan hak dan kebajikan mereka dipelihara.

Selamat Menonton.

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Popular Posts

My Blog List

Web hosting for webmasters