ads ads
Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 | Kelantan vs ATM


Keputusan penuh Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012
20 Oktober 2012
Stadium Shah Alam
Kelantan vs ATM

Kelantan 3-2 ATM

Gol-Gol kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Thalaha dan Indra Putra Mahyuddin, manakala gol-gol ATM dijaringkan oleh Rizal Zamry Yahya dan Marlon Alex James

Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2012 sekaligus menjadi pasukan yang memenangi 3 Piala dalam satu musim (Treble) iaitu Piala Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia.

Norshahrul Idlan Thalaha pula dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012.



Read more


Livestreaming Kelantan vs ATM | Final Piala Malaysia 2012


LIVEstreaming Kelantan vs ATM
Final Piala Malaysia 2012
Stadium Shah Alam
8.45 pm


Read more


Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 | Hairuddin Omar Tekad Cipta Sejarah


Penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar bertekad untuk menjaringkan gol di Final Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung 20 Oktober 2012 di Stadium Shah Alam. Hairuddin yang merupakan satu-satunya pemain yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir selama 4 tahun berturut-turut.

Pada tahun 2009, Hairuddin telah berjaya memenangi Piala Malaysia bersama Negeri Sembilan dan beliau telah menjaringkan satu gol pada perlawanan itu, diikuti pada tahun 2010, Hairuddin juga telah menumbat satu gol bagi membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada tahun tersebut.

Dan pada tahun lepas, 2011, beliau sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan buat Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Dan pada tahun ini, beliau sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol di perlawanan akhir dan seterusnya membawa ATM menjadi juara. Adakah Hairuddin akan berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia buat tahun keempat berturut-turut? sama-sama kita nantikan.

Read more


Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 | Barisan Kemungkinan Kelantan vs ATM


Kelantan akan hadir ke Stadium Shah Alam bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tanpa dua tonggak utama iaitu Norfarhan Mohamad dan Mohamed Ghaddar. Namun jurulatih Bojan Hodak pasti ada pengganti bagi posisi yang ditinggalkan dua pemain itu. Berikut adalah barisan kemungkinan yang akan diturunkan oleh Kelantan

Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat
Pertahanan : Daudsu, Subramaniam, Obinna, Nik Shahrul
Tengah : Indra Putra, Shakir Shaari, Badri Radzi, Nurul Azwan Roya
Penyerang : Norshahrul Idlan Thalaha, Afiq Azmi

Bagi ATM pula, hanya seorang pemain utama yang tidak dapat diturunkan iaitu Irwan Fadli Idrus. Jurulatih B.Sathianathan pasti menurunkan barisan yang serupa ketika menewaskan Lions di peringkat separuh akhir. Berikut adalah barisan kemungkinan bagi skuad ATM esok

Penjaga Gol : Farizal Harun
Pertahanan : Rubben, Aidil Zafuan, Amirizwan Taj, Azmi Muslim
Tengah : Rizal Zamry Yahya, Bruno Marteloto, Zaqwan Adha, Christie Jaya Selan
Penyerang : Hairuddin Omar, Marlon Alex James

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters