ads ads
Showing posts with label nor shahrul idlan thalaha. Show all posts
Showing posts with label nor shahrul idlan thalaha. Show all posts

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 | Kelantan vs ATM


Keputusan penuh Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012
20 Oktober 2012
Stadium Shah Alam
Kelantan vs ATM

Kelantan 3-2 ATM

Gol-Gol kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Thalaha dan Indra Putra Mahyuddin, manakala gol-gol ATM dijaringkan oleh Rizal Zamry Yahya dan Marlon Alex James

Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2012 sekaligus menjadi pasukan yang memenangi 3 Piala dalam satu musim (Treble) iaitu Piala Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia.

Norshahrul Idlan Thalaha pula dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012.



Read more


Suku Akhir Piala Malaysia 2011 | Kelantan & Perak Di Situasi Sama


Perlawanan suku akhir kedua malam ini akan menetukan 4 pasukan yang akan layak ke peringkat semi final. Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia malam ini akan menemukan Kelantan dengan Terengganu di Stadium Sultan Muhamad IV di Kota Bharu, manakala 3 lagi perlawanan melibatkan Negeri Sembilan vs Felda United, T-Team vs Sabah, dan Perak vs Selangor.

Pastinya yang menjadi tumpuan malam ini adalah perlawanan yang melibatkan Kelantan vs Terengganu dan Perak vs Selangor. Kelantan ketinggalan dengan jaringan 1-3 setelah tewas di Terengganu Isnin lalu dengan perlawanan paling banyak kad merah (5 kad merah). 3 Pemain Kelantan yang terlepas aksi malam ini adalah Shakir Shaari, Daudsu dan juga Aziz Ismail. Namun mereka masih mempunyai Mat Yo dan Piya untuk menggempur serangan dan menang.


Situasi yang sama berlaku ke atas pasukan Perak yang turut ketinggalan 1-3 setelah tewas di Selangor Isnin lalu. Namun skuad Perak dijangka akan menurunkan semua pemian berpengalaman mereka seperti Akmal Rizal,Sharul Nizam Mustapha sambil mengharapkan sentuhan daripada Syafiq Jamal dan Failee.

Sama-sama kita saksikan perlawanan yang akan berlangsung jam 8.45 malam ini.

Read more


Senarai Pemain Malaysia yang akan Menentang Australia 7 Oktober 2011


Skuad Bola Sepak Malaysia akan menentang Australia dalam perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada 7 Oktober 2011 jam 6 petang di Stadium Canberra Australia, dan barisan yang akan beraksi adalah seperti berikut

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias

Pertahanan
Nor Hafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Farisham Ismail, Faizal Muhamad, Mahali Jasuli, Zubir Azmi, Asraruddin Putra Omar

Tengah
Joseph Kalang Tie, Amar Rohidan, K Gurusamy, K Reuben, Khyril Muhymeen Zambri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, S Kunanlan, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuong Yong

Penyerang
Safee Sali, Nor Shahrul Idlan Thalaha, Izzaq Faris Ramlan, Shahrizal Saad

Read more


Keputusan Penuh Liga Super 6 Julai 2011 | Kelantan Juara Liga Super 2011


Liga super melabuhkan tirainya malam ini. dan  gambar di atas menunjukkan keputusan bagi perlawanan terakhir yang baru tamat sebentar tadi. Kelantan menjadi juara bagi Liga super 2011 setelah berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 di Stadium Likas, Sabah. 2 Gol Kelantan dihasilkan oleh Nor Shahrul Idlan Thalaha.

Terengganu menghuni tangga ke-2 apabila menang dengan Felda United 6-2. Selangor pula jatuh ke tangga ke-3 apabila hanya sekadar seri dengan Perak 0-0.

Gelaran penjaring terbanyak Liga Super bagi musim ini pula dirangkul oleh Abdul Hadi Yahya dari Terengganu. Beliau menjaringkan 4 gol pada malam ini sekaligus menewaskan Nor Shahrul Idlan Thalaha dan merampas gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2011.

Read more


Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 | Taiwan vs Malaysia | Barisan Kesebelasan Utama


Petang ini jam 7.00 malam waktu Malaysia akan berlangsung perlawanan bola sepak kelayakan piala dunia 2014 antara pasukan negara kita, Malaysia menentang Taiwan@Chinese Taipei. Malaysia membawa kelebihan tipis apabila menang 2-1 di Bukit Jalil Rabu lalu. Petang ini menjadi penentu sama ada Malaysia akan layak ke peringkat seterusnya ataupun tidak.

Persoalannya siapakah barisan 1st eleven yang akan diturunkan oleh K.Rajagopal?? Semuanya akan kita tahu petang ini..Namun di sini ingin saya kongsikan barisan kemungkinan pada pandangan saya..dengan ketiadaan Safee Sali yang pasti tidak dapat diturunkan di barisan serangan, saya pilih tempat penyerang utama digalas oleh Nor Shahrul Idlan Thalaha..beliau akan bergandingan dengan Badrol Bakhtiar yang bertindak sebagai back up striker.

Di posisi sayap kanan dan kiri pastinya digalas oleh S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal, manakala posisi tengah pasti diisi oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan yang nampak begitu serasi. Di bahagian pertahanan kiri saya kekalkan Asrarudin Putra tapi di bahagian kanan saya pilih Mahali Jasuli berbanding Helmi yang diturunkan Rabu lalu. Dan, pertahanan tengah ada 3 choice utama iaitu Fadhli Shas, Aidil Zafuan dan Muslim Ahmad. Saya lebih suka melihat gandingan Muslim dan Fadhli kerana mereka sudah biasa main bersama. Last, penjaga gol pastinya saya mahu lihat Khairul Fahmi Che Mat beraksi malam ini..

Ini pilihan saya sahaja..pilihan anda bagaimana??
Jangan lupa malam ni kick off jam 7pm
LIVE di Astro Arena dan RTM TV2
P/s: Bola tengok juga, Solat Maghrib jangan tinggal ye..lepas habis 1st half nanti boleh la pi solat dulu..

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters