Showing posts with label Astro Arena. Show all posts
Showing posts with label Astro Arena. Show all posts
Salam Satu Harimau Malaya..
Sebentar sahaja lagi pada jam 8.45 malam 28 Julai 2011 bakal berlangsung perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapore. Perlawanan ini adalah perlawanan timbal balik setelah Malaysia tewas 3-5 di Singapore Sabtu lalu.
Bagi mereka yang memiliki siaran Astro boleh menyaksikannya di Astro Arena (Channel 801) dan yang tidak memilik astro pun boleh menonton di siaran RTM TV1.
Dan bagi yang ingin meyaksikannya terus dari PC atau Laptop yang memiliki talian internet bolehlah menyaksikannya
atau, kalau tak boleh cuba
Selamat Menonton..Teruskan Menyokong terhadap Pasukan Negara Walau Apa pun yang Terjadi. Malaysia Boleh!! Goal!!Aummm!!
Thursday, July 28, 2011
//
Labels:
Astro Arena,
Harimau Malaya,
Ismail Faruqi,
Khairul Fahmi Che Mat,
livestreaming,
Malaysia,
Safee Sali,
Singapore
//
2
comments
//
Petang ini jam 7.00 malam waktu Malaysia akan berlangsung perlawanan bola sepak kelayakan piala dunia 2014 antara pasukan negara kita, Malaysia menentang Taiwan@Chinese Taipei. Malaysia membawa kelebihan tipis apabila menang 2-1 di Bukit Jalil Rabu lalu. Petang ini menjadi penentu sama ada Malaysia akan layak ke peringkat seterusnya ataupun tidak.
Persoalannya siapakah barisan 1st eleven yang akan diturunkan oleh K.Rajagopal?? Semuanya akan kita tahu petang ini..Namun di sini ingin saya kongsikan barisan kemungkinan pada pandangan saya..dengan ketiadaan Safee Sali yang pasti tidak dapat diturunkan di barisan serangan, saya pilih tempat penyerang utama digalas oleh Nor Shahrul Idlan Thalaha..beliau akan bergandingan dengan Badrol Bakhtiar yang bertindak sebagai back up striker.
Di posisi sayap kanan dan kiri pastinya digalas oleh S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal, manakala posisi tengah pasti diisi oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan yang nampak begitu serasi. Di bahagian pertahanan kiri saya kekalkan Asrarudin Putra tapi di bahagian kanan saya pilih Mahali Jasuli berbanding Helmi yang diturunkan Rabu lalu. Dan, pertahanan tengah ada 3 choice utama iaitu Fadhli Shas, Aidil Zafuan dan Muslim Ahmad. Saya lebih suka melihat gandingan Muslim dan Fadhli kerana mereka sudah biasa main bersama. Last, penjaga gol pastinya saya mahu lihat Khairul Fahmi Che Mat beraksi malam ini..
Ini pilihan saya sahaja..pilihan anda bagaimana??
Jangan lupa malam ni kick off jam 7pm
LIVE di Astro Arena dan RTM TV2
P/s: Bola tengok juga, Solat Maghrib jangan tinggal ye..lepas habis 1st half nanti boleh la pi solat dulu..
Sunday, July 3, 2011
//
Labels:
Astro Arena,
bola sepak,
K.Rajagopal,
Kelayakan,
Khairul Fahmi Che Mat,
Malaysia,
nor shahrul idlan thalaha,
piala dunia,
Shakir Shaari,
Taiwan
//
0
comments
//
Jika semalam pasukan kebangsaan telahpun beraksi dalam perlawanan persahabatan dan menang 2-0 menentang Myanmar, Malam ini tiba giliran skuad Olimpik Kebangsaan pula beraksi menentang Lebanon. Perlawanan malam ini adalah perlawanan Pra-Kelayakan Olimpik 2012 dan akan dilangsungkan di Sport City Stadium, Beirut, Lubnan jam 10 malam waktu Malaysia.
Skuad Olimpik negara dibimbing oleh Ong Kim Swee.Kebanyakan player adalah dari skuad Harimau Muda disertai oleh beberapa pemain muda lain seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Fakhri Shaarani.Jadi, rakyat-rakyat Malaysia, mari kita sama-sama saksikan LIVE di Astro Arena jam 10.00 malam..Sama-sama kita memberi sokongan kepada skuad Olimpik Negara!!.
Sunday, June 19, 2011
//
Labels:
Astro Arena,
Kelayakan,
Khairul Fahmi Che Mat,
Lubnan,
Malaysia,
Olimpik,
Ong Kim Swee
//
3
comments
//
(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template
Powered by Blogger.



