ads ads
Showing posts with label Safee Sali. Show all posts
Showing posts with label Safee Sali. Show all posts

Video Gol-Gol Safee Sali | Malaysia 2-3 India | Friendly Match


Malaysia telah tewas 2-3 di tangan India dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di India. 2 gol Malaysia diperolehi hasil jaringan penyerang sensasi negara, Safee Sali. Saksikan video-video jaringannya di link-link yang diberikan di bawah


Walaupun tewas, hatiku tetap menyokong Harimau Malaya..Go..Go..Malaysia !!

Read more


Keputusan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Malaysia vs India | 16 November 2011


Keputusan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Malaysia menentang India di India
Malaysia 2-3 India

Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali

Read more


Safee Sali Diumum Kapten Pelita Jaya FC 2011/2012


Penyerang Kebangsaan, Safee Sali baru sahaja diumumkan oleh kelabnya Pelita Jaya FC sebagai kapten baru buat kelab itu untuk Liga ISL musim 2011/2012. Keputusan kelab Pelta Jaya FC memilih Safee Sali bagi musim 2011/2012 itu menjadi satu kebanggaan buat Safee Sali. Apa tidaknya, setakat ini rasanya belum pernah ada anak Malaysia yang berjaya menjadi kapten pasukan luar.

Safee juga berkata dia berharap agar rakan-rakan sepasukan di Pelita Jaya FC berjuang dan berusaha bersamanya bagi menaikkan nama Pelita Jaya FC.

Tahniah buat Safee Sali, anda sentiasa menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Read more


Senarai Pemain Malaysia yang akan Menentang Australia 7 Oktober 2011


Skuad Bola Sepak Malaysia akan menentang Australia dalam perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada 7 Oktober 2011 jam 6 petang di Stadium Canberra Australia, dan barisan yang akan beraksi adalah seperti berikut

Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias

Pertahanan
Nor Hafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Farisham Ismail, Faizal Muhamad, Mahali Jasuli, Zubir Azmi, Asraruddin Putra Omar

Tengah
Joseph Kalang Tie, Amar Rohidan, K Gurusamy, K Reuben, Khyril Muhymeen Zambri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, S Kunanlan, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuong Yong

Penyerang
Safee Sali, Nor Shahrul Idlan Thalaha, Izzaq Faris Ramlan, Shahrizal Saad

Read more


Keputusan Malaysia vs Singapore | Highlight Perlawanan | Di Mana Silapnya??


Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan kelayakan piala dunia 2014 menentang Singapura sekaligus tewas dengan agregat 4-6. Malaysia mendahului 1-0 hasil rembatan Safee Sali yang menerima hantaran S.Kunanlan pada minit ke 57. Namun kelekaan pertahanan membolehkan Singapura menyamakan kedudukan pada minit ke-71.

Jika dikaji dan dilihat dari persembahan aksi keseluruhan pemain, Khairul Fahmi Che Mat memang layak dipilih pemain terbaik kerana banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia. Kelekaan pemain pertahanan tengah yang dikemudi Fadhli Shas dan Muslim Ahmad punca gol penyamaan Singapura setelah Aidil terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Mungkin bahagian pertahanan tengah perlu dirombak selepas ini dan pertahanan berpengalaman harus diserap.

Aspek kedua adalah ketiadaan perancang utama iaitu Safiq Rahim, bahagian tengah nampak pincang tanpa hantaran-hantaran pendek dan Ismail Faruqi juga dilihat gagal mengemudi tengah bersama Amar. Mungkin tidak serasi dan jarang digandingkan bersama. Namun semangat dan usaha dua pemain sayap iaitu Kunanlan dan Amirul Hadi harus dipuji.

Di bahagian serangan Hadi nampaknya kurang berjaya jika digandingkan dengan Safee Sali. Jelas ketiadaan Nor Shahrul Idlan Thalaha amat dirasai. Kemasukan Fakhri Shaarani menggantikan Hadi Yahya pada pendapat aku memang no function setelah dia pula dilayangkan kad merah. Sepatutnya Rajagopal memasukkan kai shooting seperti Ashaari Shamsudin mahupun Badrol Bakhtiar di saat Malaysia memerlukan gol.

Apepun Skuad Harimau Malaya ini harus dipuji dan kita harus berbangga kerana tiada pemain import seperti singapore dan mereka hanya bermain dalam mode melengah-lengahkan perlawanan.Mungkin rombakan harus dilakukan selepas ini. Apepun jangan risau, kita cuba lagi lepas ini..Skuad Olimpik pun ada lagi..ada chance lagi nak pergi Bukit Jalil.

Saksikan gol Malaysia dan gol Singapore dalam Video di bawah.

Gol Malaysia by Safee Sali

Gol Singapore

Maxis Playbook!!

Read more


Livestreaming Malaysia vs Singapore


Salam Satu Harimau Malaya..

Sebentar sahaja lagi pada jam 8.45 malam 28 Julai 2011 bakal berlangsung perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapore. Perlawanan ini adalah perlawanan timbal balik setelah Malaysia tewas 3-5 di Singapore Sabtu lalu.

Bagi mereka yang memiliki siaran Astro boleh menyaksikannya di Astro Arena (Channel 801) dan yang tidak memilik astro pun boleh menonton di siaran RTM TV1.

Dan bagi yang ingin meyaksikannya terus dari PC atau Laptop yang memiliki talian internet bolehlah menyaksikannya


atau, kalau tak boleh cuba


Selamat Menonton..Teruskan Menyokong terhadap Pasukan Negara Walau Apa pun yang Terjadi. Malaysia Boleh!! Goal!!Aummm!!


Read more


Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapore | Semangat Harimau Malaya


Sebenarnya kesebelasan utama yang akan diturunkan malam ini masih belum pasti cuma ini adalah keseblasan pilihan saya. Untuk taktikal malam ini macam biasa saya memilih 4-4-2 berbanding taktikal 4-3-3 yang digunakan di Singapore yang tidak menjadi.

Bagi posisi penjaga gol, saya rasakan Khairul Fahmi Che Mat@Apek lebih layak berbanding Sharbinee kerana Apek mempunyai reputasi dan prestasi yang tinggi di AFF berbanding Sharbinee. Untuk pertahanan saya jangkakan Mahali, Aidil, Fadhli dan Asra akan diturunkan.

Untuk posisi midfield, ada tiga pemain yang patut diturunkan iaitu S.Kunanlan, Amar Rohidan dan Badrol Bakhtiar..persoalannya sekarang siapa bakal ganti tempat Safiq Rahim yang digantung kerana menerima kad merah. Ada tiga pilihan iaitu Amirul Hadi, Shakir Shaari dan Ismail Faruqi. Mungkin Amirul Hadi menjadi pilihan utama.

Manakala penggempur utama akan digalas oleh Safee Sali dibantu oleh Hadi Yahya. Nor Shahrul pula berada di bangku simpanan kerana keadaan beliau yang baru pulih dari kecederaan dan mungkin menjadi simpanan sahaja. Lilitan kapten pasukan pula akan menjadi milik samaada Safee ataupun Aidil. Kita tengok nanti.

Malaysia Boleh!! Go Go Harimau Malaya!!GOAL!!

Read more


Kelayakan Piala Dunia 2014 | Malaysia 2-1 Taiwan


Salam Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya mencatatkan kemenangan menentang pasukan Taiwan di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Malaysia mencatatkan kemenangan 2-1 pada perlawanan kelayakan piala dunia 2014 pusingan pertama itu. Namun, bekalan Malaysia belum cukup selesa kerana Taiwan telah mempunyai satu gol tempat lawan.

Malaysia mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan ketua pasukan iaitu Safiq Rahim. Safiq mengawal di bahagian tengah dengan baik bersama Amar Rohidan. Badrol Bakhtiar juga beraksi baik namun gagal menyempurnakan beberapa peluang. Helmi Rameli telah dikeluarkan pada separuh masa pertama bagi memasukkan Hadi Yayaha membantu serangan. Manakala Safee Sali dikeluarkan pada awal separuh masa kedua digantikan dengan Fakhri Shaarani kerana kecederaan

Malaysia memperoleh gol kedua hasil tandukan Aidil Zafuan yang menerima bola dari sepakan sudut Safiq Rahim. Namun kelekaan pertahanan Malaysia telah menyebabkan Taiwan berjaya memperoleh satu gol di minit-minit akhir perlawanan. Shakir Shaari dimasukkan bagi menggantikan Safiq Rahim namun tetap tidak dapat mengubah keputusan. Keputusan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung 3 Julai ini di Taiwan.

Read more


Senarai Akhir 23 Pemain | Malaysia vs Taiwan



Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat , Sharbinee Alawee, Nasril

Pertahanan : Aidil Zafwan, Muslim Ahmad, Fadhli Shaas, Mahalli Jasuli, Helmi Rameli, Asraruddin Putra, Farisham Ismail.

Tengah : Kunanlan, Shakir Shaari, Safiq Rahim, Baddrol Bakhtiar, Ashaari Shamsudin, Amar Rohidan, Amirul Hadi Zainal, Gurusamy, S.Chanturu

Penyerang : Safee Sali, Nor Shahrul Idlan Thalaha, Fakhri Shaarani, Abdul Hadi



Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters