Showing posts with label Aidil Zafuan. Show all posts
Showing posts with label Aidil Zafuan. Show all posts
Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak menarik balik permohonan cerai ke atas isterinya iaitu
pelakon terkenal, Rita Rudaini kelmarin.
" Saya masih sayangkannya dan mahu kembali bersama Rita serta anak-anak " kata Aidil.
Walaubagaimanapun Rita Rudaini menyifatkan tindakan Aidil itu 'kelakar' dan keliru dengan tindakannya. Dia juga merasa Aidil tidak serius kerana sekejap nak cerai, sekejap tarik balik katanya.
Menangi hadiah-hadiah lumayan DI SINI
Malaysia telah berjaya melayakkan ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 apabila menang gol tempat lawan menentang Taiwan malam tadi. Walaupun tewas 2-3 di Taiwan malam tadi, Namun ia sudah cukup buat Malaysia untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Malaysia mendahului baik dengan jaringan cantik daripada Aidil Zafuan yang merempat kemas daripada sepakan percuma yang diperolehi. Namun tidak berapa lama selepas itu vietnam berjaya menyamakan kedudukan 1-1.
Malaysia kembali di hadapan apabila sekali lagi sepakan percuma membuahkan gol.kali ini daripada Safiq Rahim pula. Namun Taiwan sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil tendangan penalti setelah Mahali Jasuli melakukan kekasaran. Tamat babak pertama 2-2.
Separuh masa kedua Taiwan sekali lagi mendapat sepakan penalti hasil kekasaran Fadhli Shas, Namun kali ini sepakan berjaya diselamatkan Sharbinee Alawee. Akan tetapi pengadil sekali lagi menghadiahkan penalti kepada Taiwan hasil kekasaran Sharbinee sendiri dan disudahkan dengan baik pemain Taiwan..Perlawanan tamat dengan Taiwan 3-2 Malaysia, Agregat 4-4 dan Malaysia menang dengan kiraan gol tempat lawan.
Selepas ini, Malaysia akan bertemu Singapura untuk pusingan seterusnya.
Selamat berjuang Harimau Malaya
Jom Layan Video-Video jaringan Aidil dan Safiq di bawah
Gol pertama : Aidil Zafuan
Gol kedua : Safiq Rahim
Sunday, July 3, 2011
//
Labels:
Aidil Zafuan,
Kelayakan,
Malaysia,
piala dunia,
Safiq Rahim,
Taiwan
//
2
comments
//
Salam Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya mencatatkan kemenangan menentang pasukan Taiwan di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Malaysia mencatatkan kemenangan 2-1 pada perlawanan kelayakan piala dunia 2014 pusingan pertama itu. Namun, bekalan Malaysia belum cukup selesa kerana Taiwan telah mempunyai satu gol tempat lawan.
Malaysia mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan ketua pasukan iaitu Safiq Rahim. Safiq mengawal di bahagian tengah dengan baik bersama Amar Rohidan. Badrol Bakhtiar juga beraksi baik namun gagal menyempurnakan beberapa peluang. Helmi Rameli telah dikeluarkan pada separuh masa pertama bagi memasukkan Hadi Yayaha membantu serangan. Manakala Safee Sali dikeluarkan pada awal separuh masa kedua digantikan dengan Fakhri Shaarani kerana kecederaan
Malaysia memperoleh gol kedua hasil tandukan Aidil Zafuan yang menerima bola dari sepakan sudut Safiq Rahim. Namun kelekaan pertahanan Malaysia telah menyebabkan Taiwan berjaya memperoleh satu gol di minit-minit akhir perlawanan. Shakir Shaari dimasukkan bagi menggantikan Safiq Rahim namun tetap tidak dapat mengubah keputusan. Keputusan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung 3 Julai ini di Taiwan.
Wednesday, June 29, 2011
//
Labels:
Aidil Zafuan,
bola sepak,
Malaysia,
Safee Sali,
Safiq Rahim,
Shakir Shaari,
Taiwan
//
2
comments
//
(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template
Powered by Blogger.




