Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Read more
Tuesday, September 11, 2012
//
Labels:
Friendly,
Harimau Malaya,
livestreaming,
Malaysia,
Match,
shah alam,
stadium,
vietnam
//
1 comments
//
Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno adalah :
Malaysia 1-1 Indonesia
Penalti : Malaysia 4-3 Indonesia
Indonesia mendahului hasil jaringan tandukan Gunawan seawal permainan sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi Asrarudin Putra Omar. Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga masa tambahan sebelum pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti. Malaysia menang 4-3 menerusi sepakan penalti dan berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA acara bola sepak.
Tahniah Harimau Malaya !!
Monday, November 21, 2011
//
Labels:
2011,
Akhir,
bola sepak,
Harimau Malaya,
Indonesia,
Keputusan,
Malaysia,
Penalti,
Perlawanan,
Sukan Sea
//
3
comments
//
Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan kelayakan piala dunia 2014 menentang Singapura sekaligus tewas dengan agregat 4-6. Malaysia mendahului 1-0 hasil rembatan Safee Sali yang menerima hantaran S.Kunanlan pada minit ke 57. Namun kelekaan pertahanan membolehkan Singapura menyamakan kedudukan pada minit ke-71.
Jika dikaji dan dilihat dari persembahan aksi keseluruhan pemain, Khairul Fahmi Che Mat memang layak dipilih pemain terbaik kerana banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia. Kelekaan pemain pertahanan tengah yang dikemudi Fadhli Shas dan Muslim Ahmad punca gol penyamaan Singapura setelah Aidil terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Mungkin bahagian pertahanan tengah perlu dirombak selepas ini dan pertahanan berpengalaman harus diserap.
Aspek kedua adalah ketiadaan perancang utama iaitu Safiq Rahim, bahagian tengah nampak pincang tanpa hantaran-hantaran pendek dan Ismail Faruqi juga dilihat gagal mengemudi tengah bersama Amar. Mungkin tidak serasi dan jarang digandingkan bersama. Namun semangat dan usaha dua pemain sayap iaitu Kunanlan dan Amirul Hadi harus dipuji.
Di bahagian serangan Hadi nampaknya kurang berjaya jika digandingkan dengan Safee Sali. Jelas ketiadaan Nor Shahrul Idlan Thalaha amat dirasai. Kemasukan Fakhri Shaarani menggantikan Hadi Yahya pada pendapat aku memang no function setelah dia pula dilayangkan kad merah. Sepatutnya Rajagopal memasukkan kai shooting seperti Ashaari Shamsudin mahupun Badrol Bakhtiar di saat Malaysia memerlukan gol.
Apepun Skuad Harimau Malaya ini harus dipuji dan kita harus berbangga kerana tiada pemain import seperti singapore dan mereka hanya bermain dalam mode melengah-lengahkan perlawanan.Mungkin rombakan harus dilakukan selepas ini. Apepun jangan risau, kita cuba lagi lepas ini..Skuad Olimpik pun ada lagi..ada chance lagi nak pergi Bukit Jalil.
Saksikan gol Malaysia dan gol Singapore dalam Video di bawah.
Gol Malaysia by Safee Sali
Thursday, July 28, 2011
//
Labels:
2011,
2014,
Amirul Hadi,
Harimau Malaya,
Highlight,
Khairul Fahmi Che Mat,
Malaysia,
piala dunia,
Safee Sali,
Safiq Rahim,
Singapore,
Video
//
17
comments
//
Salam Satu Harimau Malaya..
Sebentar sahaja lagi pada jam 8.45 malam 28 Julai 2011 bakal berlangsung perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapore. Perlawanan ini adalah perlawanan timbal balik setelah Malaysia tewas 3-5 di Singapore Sabtu lalu.
Bagi mereka yang memiliki siaran Astro boleh menyaksikannya di Astro Arena (Channel 801) dan yang tidak memilik astro pun boleh menonton di siaran RTM TV1.
Dan bagi yang ingin meyaksikannya terus dari PC atau Laptop yang memiliki talian internet bolehlah menyaksikannya
atau, kalau tak boleh cuba
Selamat Menonton..Teruskan Menyokong terhadap Pasukan Negara Walau Apa pun yang Terjadi. Malaysia Boleh!! Goal!!Aummm!!
//
Labels:
Astro Arena,
Harimau Malaya,
Ismail Faruqi,
Khairul Fahmi Che Mat,
livestreaming,
Malaysia,
Safee Sali,
Singapore
//
2
comments
//
Sebenarnya kesebelasan utama yang akan diturunkan malam ini masih belum pasti cuma ini adalah keseblasan pilihan saya. Untuk taktikal malam ini macam biasa saya memilih 4-4-2 berbanding taktikal 4-3-3 yang digunakan di Singapore yang tidak menjadi.
Bagi posisi penjaga gol, saya rasakan Khairul Fahmi Che Mat@Apek lebih layak berbanding Sharbinee kerana Apek mempunyai reputasi dan prestasi yang tinggi di AFF berbanding Sharbinee. Untuk pertahanan saya jangkakan Mahali, Aidil, Fadhli dan Asra akan diturunkan.
Untuk posisi midfield, ada tiga pemain yang patut diturunkan iaitu S.Kunanlan, Amar Rohidan dan Badrol Bakhtiar..persoalannya sekarang siapa bakal ganti tempat Safiq Rahim yang digantung kerana menerima kad merah. Ada tiga pilihan iaitu Amirul Hadi, Shakir Shaari dan Ismail Faruqi. Mungkin Amirul Hadi menjadi pilihan utama.
Manakala penggempur utama akan digalas oleh Safee Sali dibantu oleh Hadi Yahya. Nor Shahrul pula berada di bangku simpanan kerana keadaan beliau yang baru pulih dari kecederaan dan mungkin menjadi simpanan sahaja. Lilitan kapten pasukan pula akan menjadi milik samaada Safee ataupun Aidil. Kita tengok nanti.
Malaysia Boleh!! Go Go Harimau Malaya!!GOAL!!
//
Labels:
Amirul Hadi,
Harimau Malaya,
Khairul Fahmi Che Mat,
Malaysia,
Safee Sali,
Singapore
//
1 comments
//
Salam..hari ni bakal berlangsung perlawanan yang melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan dengan Liverpool sempena Asia Tour 2011. Persoalannya, Astro tak ambik siaran LIVE lagi ke?? Game yang melibatkan pasukan kebangsaan pun tak ambik ke??huhu..buat duit betul lah..Ape pun bagi semua peminat Liverpool dan Malaysia yang tak dapat ke stadium bolehlah saksikan di internet je..banyak web LIVEstreaming yang ada sekarang kan..salah satunya yang aku tahu adalah
Tu je la yang aku tahu..yang lain-lain boleh cari kat blog
mereka lebih mengetahui..huhu..
Okeh selamat berjuang ye Harimau Malaya..
Saturday, July 16, 2011
//
Labels:
Asia Tour 2011,
Harimau Malaya,
Liverpool,
livestreaming,
Malaysia
//
1 comments
//
Perlawanan Malaysia menentang Arsenal yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi menyaksikan Malaysia tumbang 0-4. Tapi walaupun tumpang ianya satu pengalaman yang berharga buat anak buah K.Rajagopal bagi menghadapi Singapore hujung bulan ini.
Arsenal menguasai perlawanan dengan corak hantaran pendek mereka. Hasilnya mereka memperoleh gol pertama hasil sepakan penalti Aaron Ramsey selepas Jack Wilshere dikasari Aidil Zafuan dalam kotak penalti. Malaysia banyak mengatur gerak melalui S.Kunanlan namun gagal mencari gol. Sepakan percuma Safiq Rahim hampir2 membuahkan hasil namun lambungannya ditempis keluar Szeczny. Gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott yang mudah lob bola menewaskan Nasriq Nordin hasil hantaran cantik Ramsey. Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat 1st half.
2nd half banyak pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kemasukan Carlos Vela menggantikan Marouane Chamakh banyak memberi impak dan berjaya menghasilkan gol cantik, satu chip yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Kemudian Persie, Nasri serta Arshavin dimasukkan dan menerima sorakan gemuruh ribuan penonton. Hasilnya mereka memperoleh gol ke-4 hasil tandukan Rosicky yang menerima hantaran Arshavin. Arsenal menang 4-0. Namun, persembahan Malaysia juga harus dipuji dan beberapa kelemahan harus diperbaiki.
Info : Astro tak tunjuk LIVE game ini padahal melibatkan negara Malaysia dan bermain juga di Malaysia.. Demm..
Denilson adalah player sub Arsenal yang masuk kemudian disubkan semula..hehe
Saksikan Highlight di bawah.
Thursday, July 14, 2011
//
Labels:
Arsenal,
Arshavin,
Harimau Malaya,
Highlight,
Khairul Fahmi Che Mat,
Malaysia,
Nasri,
Safiq Rahim,
Theo Walcott,
Van Persie
//
3
comments
//
(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template
Powered by Blogger.





