ads ads
Showing posts with label Theo Walcott. Show all posts
Showing posts with label Theo Walcott. Show all posts

Probable Line-Up Arsenal vs Aston Villa | EPL Match


Probable Line-up Arsenal vs Aston Villa
Emirates Stadium
English Premier League

Keeper : Szczesny
Defend : Sagna, Koscielny, Vermaelen, Gibbs
Midfield : Arteta, Song, Rosicky
Attacking : Walcott, Van Persie, Gervinho

Semoga Arsenal beroleh kemenangan pada malam ini
Klik SINI tanda sokongan anda terhadap Arsenal 

Read more


Result EPL 2011/2012 | Arsenal 2-1 Sunderland


Kapten pasukan Arsenal, Robin Van Persie berjaya menyelamatkan hari Arsenal dengan menjaringkan 2 gol bagi menghadiahkan kemenagan buat pasukannya. Arsenal menang ke atas Sunderland dengan jaringan 2-1 dan berjaya melonjak ke tangga ke-10 liga perdana Inggeris.

Gol pertama Van Persie hadir pada minit pertama perlawanan apabila dia bijak merembat lerek hasil hantaran Gervinho. Selepas itu ada beberapa peluang namun gagal disempurnakan Persie. Sunderland berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik Larsson pada minit ke-31

Separuh masa kedua, Arsenal memasukkan Arshavin, Santos dan Benayoun bagi menguatkan serangan mencari gol. Beberapa sepakan percuma diperolehi Arsenal namun gagal disempurnakan Arteta, Santos dan juga Walcot. Sehinggalah sepakan percuma yang diperolehi pada minit ke-83 disempurnakan dengan baik oleh Van Persie, gol kemenangan buat Arsenal.
Arsenal menang 2-1


Man of The Match : Robin Van Persie

Read more


Tottenham Hotspur 2-1 Arsenal


Arsenal sekali lagi terpaksa menelan kepahitan setelah tewas 1-2 di tangan Tottenham Hotspur. Arsenal menurunkan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding dengan skuad yang menang ketika menentang Olympiakos Rabu lalu. Arsenal membariskan Szczesny,Sagna,Per Mertesacker,Song,Gibbs,Coaquelin,Arteta, Ramsey,Gervinho,Walcott 
dan Persie pada malam ini.

Spurs mendahului pada babak pertama hasil jaringan Van Der Vaart. Ramsey nampaknya malam ini paling Off form,jelas ketiadaan Jack Wilshere akibat kecederaan amat dirasai. Namun Ramsey berjaya menebus kekecewaannya pada separuh masa pertama dengan menjaringkan gol penyamaan di separuh masa kedua. Namun,persembahannya kembali tenggelam selepas itu.

Malang bertambah buat Arsenal selepas pemain pertahanan Bacary Sagna pula dilanda kecederaan menyebabkan list pertahanan yang injured bertambah selepas Koscielny, Vermaelen dan Djourou turut tercedera memaksa Song didropkan ke position pertahanan tengah.

Nampaknya season ni macam susah buat Arsenal untuk bangkit namun peluang masih ada.Satu lagi kekalahan buat Arsenal dan satu lagi kekecewaan buat penyokong..terima sajalah dengan redha..

Read more


Arsenal 4-0 Malaysia | Ulasan dan Highlight


Perlawanan Malaysia menentang Arsenal yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi menyaksikan Malaysia tumbang 0-4. Tapi walaupun tumpang ianya satu pengalaman yang berharga buat anak buah K.Rajagopal bagi menghadapi Singapore hujung bulan ini.

Arsenal menguasai perlawanan dengan corak hantaran pendek mereka. Hasilnya mereka memperoleh gol pertama hasil sepakan penalti Aaron Ramsey selepas Jack Wilshere dikasari Aidil Zafuan dalam kotak penalti. Malaysia banyak mengatur gerak melalui S.Kunanlan namun gagal mencari gol. Sepakan percuma Safiq Rahim hampir2 membuahkan hasil namun lambungannya ditempis keluar Szeczny. Gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott yang mudah lob bola menewaskan Nasriq Nordin hasil hantaran cantik Ramsey. Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat 1st half.

2nd half banyak pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kemasukan Carlos Vela menggantikan Marouane Chamakh banyak memberi impak dan berjaya menghasilkan gol cantik, satu chip yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Kemudian Persie, Nasri serta Arshavin dimasukkan dan menerima sorakan gemuruh ribuan penonton. Hasilnya mereka memperoleh gol ke-4 hasil tandukan Rosicky yang menerima hantaran Arshavin. Arsenal menang 4-0. Namun, persembahan Malaysia juga harus dipuji dan beberapa kelemahan harus diperbaiki.

Info : Astro tak tunjuk LIVE game ini padahal melibatkan negara Malaysia dan bermain juga di Malaysia.. Demm..
Denilson adalah player sub Arsenal yang masuk kemudian disubkan semula..hehe

Saksikan Highlight di bawah.

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters