ads ads
Showing posts with label Result. Show all posts
Showing posts with label Result. Show all posts

Result EPL 2011/2012 | Arsenal 2-1 Sunderland


Kapten pasukan Arsenal, Robin Van Persie berjaya menyelamatkan hari Arsenal dengan menjaringkan 2 gol bagi menghadiahkan kemenagan buat pasukannya. Arsenal menang ke atas Sunderland dengan jaringan 2-1 dan berjaya melonjak ke tangga ke-10 liga perdana Inggeris.

Gol pertama Van Persie hadir pada minit pertama perlawanan apabila dia bijak merembat lerek hasil hantaran Gervinho. Selepas itu ada beberapa peluang namun gagal disempurnakan Persie. Sunderland berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma cantik Larsson pada minit ke-31

Separuh masa kedua, Arsenal memasukkan Arshavin, Santos dan Benayoun bagi menguatkan serangan mencari gol. Beberapa sepakan percuma diperolehi Arsenal namun gagal disempurnakan Arteta, Santos dan juga Walcot. Sehinggalah sepakan percuma yang diperolehi pada minit ke-83 disempurnakan dengan baik oleh Van Persie, gol kemenangan buat Arsenal.
Arsenal menang 2-1


Man of The Match : Robin Van Persie

Read more


Result EPL 2011/2012 | Chelsea 3-1 Everton


Chelsea mengukuhkan cengkaman di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah menewaskan Everton 3-1 di laman sendiri malam tadi. Gol pertama Chelsea dijaringkan oleh Daniel Sturridge yang berjaya menanduk masuk hantaran Juan Mata pada minit ke-31.

Chelsea kemudian menggandakan kedudukan menjadi 2-0 pada minit ke-45 selepas John Terry berjaya menanduk masuk bola sepakan percuma Frank Lampard. Dan gol ketiga Chelsea hadir menerusi sentuhan Ramires yang menerima hantaran Juan Mata pada minit ke-61.


Gol saguhati Everton pula disumbangkan oleh penyerang mereka, Vellios pada minit ke-81.

Read more


Result EPL 2011/2012 | Liverpool 1-1 Manchester United


Pertembungan seteru di antara Liverpool dan Manchester United berkesudahan seri 1-1. Perlawanan EPL yang berlangsung di Stadium Anfield itu bermula agak hambar dengan kedua-dua pasukan banyak berlegar di kawasan tengah sahaja. Hanya ada satu peluang keemasan yang diperolehi oleh Luis Suarez pada separuh masa pertama namun gagal dimanfaatkan. Separuh masa pertama tamat 0-0.

Separuh masa kedua, Liverpool mendahului menerusi jaringan Steven Gerrard melalui sepakan percuma setelah Charlie Adam dijatuhkan Rio Ferdinand. Rooney yang berada di bangku simpanan dimasukkan bagi mencari gol penyamaan begiru juga dengan Nani dan Chicarito. Hasilnya Manchester United berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-81 hasil tandukan Chicarito.

Keputusan Penuh : Liverpool 1-1 Manchester United

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Venezuela vs Ecuador


Venezuela meneruskan cabaran kumpulan B apabila mencatatkan kemenangan tipis menentang Ecuador 1-0. Gol Venezuela dijarinkan oleh C.E.G. Amaiz pada minit ke-61. Kemenangan Venezuela mencerahkan peluang mereka melayakkan diri ke peringkat seterusnya sekiranya mereka mencatatkan keputusan positif apabila bertemu Paraguay selepas ini. Saksikan highlight perlawanan di bawah.


Venezuela 1-0 Ecuador

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Brazil vs Paraguay


Brazil sekali lagi mencatatkan keputusan seri apabila bertemu dengan Paraguay dalam perlawanan kedua kumpulan B. Kali ini mereka seri 2-2. Brazil mendahului pada minit ke-39 melalui rembatan Jadson. Pada minit ke-55 Paraguay berjaya menyamakan kedudukan menerusi Roque Santa Cruz. Dan pada minit ke-67 Paraguay berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan N.H.Valdez . Namun pemain gantian Brazil Fred berjaya menyelamatkan maruah Brazil apabila berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-89. Saksikan highlight perlawanan di bawah.


Brazil 2-2 Paraguay

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Bolivia vs Costa Rica


Costa Rica mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya apabila berjaya menewaskan Bolivia 2-0 dan kini menduduki tangga ke-2 dalam kumpulan A. Gol-gol Costa Rica dijaringkan oleh J.Martinez pada minit ke-60 dan juga J.Campbell pada minit ke-79. Dalam perlawanan ini 2 kad merah telah dilayangkan kepada pemain Bolivia yang melakukan kekasaran iaitu R.Rivero dan juga W.A. Flores. Mari sama-sama kita saksikan highlight di bawah


Bolivia 0-2 Costa Rica

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Argentina vs Colombia


Argentina menentang Colombia dalam perlawanan kedua kumpulan A. Satu lagi kekecewaan buat Argentina apabila mereka gagal mencatatkan kemenangan dengan hanya sekadar seri 0-0 dengan Colombia. Colombia dlihat banyak menyerang melalui gerakan Moreno serta Falcao. Namun ketangkasan penjaga gol Argentina harus dipuji dalam mengekang segala asakan Colombia.
Argentina dilihat hanya sekali sekala melakukan asakan melalui trio mereka iaitu Messi, Tevez dan Lavezzi..Namun gagal mencari gol. walaupun mereka memasukkan Gonzalo Higuain bagi menguatkan jentera serangan namun tetap buntu memburu gol. Kedudukan kekal 0-0.

Highlight


Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Uruguay vs Peru


Peru dan Uruguay memulakan perlawanan bagi Group C awal pagi tadi..perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Uruguay menyerang dari awal babak pertama menerusi gandingan berbisa mereka iaitu Diego Forlan dan Luis Suarez. Namun kelekaan benteng pertahanan Uruguay membolehkan Peru mendahului 1-0 pada minit ke-24 apabila Paolo Guerrero bijak melepasi perangkap off-side seterusnya menggelecek keeper dan dengan mudah menolak bola masuk.

Uruguay berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi Luis Suarez. Kedudukan kekal 1-1 hingga ke wisel penamat. Jom saksikan highlightnya di sini.

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Paraguay vs Equador


Satu lagi perlawanan kumpulan B menemukan Paraguay dengan Equador. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Ini membolehkan semua pasukan dalam kumpulan B masih seimbang disebabkan keputusan Brazil vs Venezuela juga 0-0.

Paraguay yang memiliki penyerang berbisa Roque Santa Cruz dilihat lebih mengawal perlawanan dan melancarkan serangan tetapi berjaya dipatahkan oleh penjaga gol Ecuador. Ecuador juga beberapa kali melancarkan serangan melalui pemain sayap Manchester United Luis antonio Valencia namun tetap gagal mendapatkan gol.Keputusan kekal 0-0 hingga tamat perlawanan.

Saksikan Highlight perlawanan ini.


Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Brazil vs Venezuela


Brazil memulakan kempen Copa America Group B menentang Venezuela namun hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 0-0. Brazil yang membariskan star-star mereka seperti Alexander Pato, Neymar dan Robinho melancarkan serangan yang bertubi arus namun gagal mendapatkan gol.

Venezuela berjaya mengawal kubu mereka dengan baik dan sekali sekala mengasak Brazil. Walaupun Brazil melakukan beberapa pertukaran namun tetap tidak berjaya memburu gol. Kedudukan kekal tanpa jaringan hingga tamat masa. Jom saksikan highlight ini.



Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Colombia vs Costa Rica


Perlawanan kedua kumpulan A telah berlangsung pagi tadi menemukan Colombia dengan pasukan jemputan Costa Rica. Keputusannya Colombia telah berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Costa Rica. Gol tunggal perlawanan dihasilkan oleh Gustava Andrian Ramos pada minit ke-45. Costa Rica juga terpaksa bermain 10 orang dalam perlawanan ini apabila salah seorang player mereka iaitu R.Brenes dilayangkan kad merah seawal minit ke-27.

Dengan keputusan ini, Colombia mendahului kumpulan A dengan 3 mata diikuti Argentina dan Bolivia dengan masing-masing satu mata dan Costa Rica di tangga terbawah kumpulan dengan 0 mata. Mari saksikan highlight Colombia vs Costa Rica di bawah.


Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Argentina vs Bolivia


Copa America bermula secara rasminya hari ini..dan perlawanan pembukaan menemukan tuan rumah Argentina bertemu dengan Bolivia. Keputusannya Argentina hanya mampu seri 1-1 dengan Bolivia. Bolivia mendahului 1-0 pada minit ke-48 hasil jaringan Edivaldo. Argentina berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian Sergio Aguero pada minit ke-76. Mari kita sama-sama saksikan highlight di bawah.

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters