ads ads
Showing posts with label Peru. Show all posts
Showing posts with label Peru. Show all posts

Suku Akhir Copa America 2011 | Colombia dan Argentina Tersingkir


2 perlawanan suku akhir Copa America 2011 yang melibatkan tuan rumah Argentina menentang Uruguay dan satu lagi Colombia menentang Peru berlangsung pagi tadi.

Dalam perlawanan antara Colombia dan Peru, keputusan seri tanpa jaringan hingga tamat 90 minit perlawanan. Colombia gagal menggunakan peluang apabila Falcao gagal menyempurnakan sepakan penalti. Perlawanan terpaksa disambung ke masa tambahan dan pada minit ke-102, Peru berjaya mendapatkan gol melalui C.A.Lobaton. Selang 10 minit kemudian J.Vargas menambah derita Colombia apabila menambah jaringan untuk Peru menang 2-0 dan layak ke separuh akhir.

Sementara itu, satu lagi suku akhir antara Argentina bertemu Uruguay terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti setelah terikat 1-1 hingga ke masa tambahan. Gol pembukaan Uruguay dihasilkan oleh D.Perez pada minit ke-6 namun berjaya disamakan oleh G.Higuain pada minit ke-18. 2 kad merah dilayangkan dalam perlawanan ini iaitu satu kepada D.Perez (Uruguay) dan J.Macherano (Argentina). Dalam penentuan sepakan penalti Uruguay menang 5-4 apabila sepakan Tevez berjaya diselamatkan Fernando Muslera. yang lain-lain berjaya sempurnakan sepakan. Uruguay layak ke semi-final.

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Uruguay vs Peru


Peru dan Uruguay memulakan perlawanan bagi Group C awal pagi tadi..perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Uruguay menyerang dari awal babak pertama menerusi gandingan berbisa mereka iaitu Diego Forlan dan Luis Suarez. Namun kelekaan benteng pertahanan Uruguay membolehkan Peru mendahului 1-0 pada minit ke-24 apabila Paolo Guerrero bijak melepasi perangkap off-side seterusnya menggelecek keeper dan dengan mudah menolak bola masuk.

Uruguay berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi Luis Suarez. Kedudukan kekal 1-1 hingga ke wisel penamat. Jom saksikan highlightnya di sini.

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters