Showing posts with label Copa America. Show all posts
Showing posts with label Copa America. Show all posts
2 perlawanan suku akhir Copa America 2011 yang melibatkan tuan rumah Argentina menentang Uruguay dan satu lagi Colombia menentang Peru berlangsung pagi tadi.
Dalam perlawanan antara Colombia dan Peru, keputusan seri tanpa jaringan hingga tamat 90 minit perlawanan. Colombia gagal menggunakan peluang apabila Falcao gagal menyempurnakan sepakan penalti. Perlawanan terpaksa disambung ke masa tambahan dan pada minit ke-102, Peru berjaya mendapatkan gol melalui C.A.Lobaton. Selang 10 minit kemudian J.Vargas menambah derita Colombia apabila menambah jaringan untuk Peru menang 2-0 dan layak ke separuh akhir.
Sementara itu, satu lagi suku akhir antara Argentina bertemu Uruguay terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti setelah terikat 1-1 hingga ke masa tambahan. Gol pembukaan Uruguay dihasilkan oleh D.Perez pada minit ke-6 namun berjaya disamakan oleh G.Higuain pada minit ke-18. 2 kad merah dilayangkan dalam perlawanan ini iaitu satu kepada D.Perez (Uruguay) dan J.Macherano (Argentina). Dalam penentuan sepakan penalti Uruguay menang 5-4 apabila sepakan Tevez berjaya diselamatkan Fernando Muslera. yang lain-lain berjaya sempurnakan sepakan. Uruguay layak ke semi-final.
Sunday, July 17, 2011
//
Labels:
2011,
Argentina,
Colombia,
Copa America,
Falcao,
Masa Tambahan,
Penalti,
Peru,
Suku Akhir,
Tevez,
Uruguay
//
3
comments
//
Venezuela meneruskan cabaran kumpulan B apabila mencatatkan kemenangan tipis menentang Ecuador 1-0. Gol Venezuela dijarinkan oleh C.E.G. Amaiz pada minit ke-61. Kemenangan Venezuela mencerahkan peluang mereka melayakkan diri ke peringkat seterusnya sekiranya mereka mencatatkan keputusan positif apabila bertemu Paraguay selepas ini. Saksikan highlight perlawanan di bawah.
Venezuela 1-0 Ecuador
Monday, July 11, 2011
//
Labels:
2011,
Copa America,
Ecuador,
Highlight,
Keputusan,
Result,
Venezuela
//
0
comments
//
Brazil sekali lagi mencatatkan keputusan seri apabila bertemu dengan Paraguay dalam perlawanan kedua kumpulan B. Kali ini mereka seri 2-2. Brazil mendahului pada minit ke-39 melalui rembatan Jadson. Pada minit ke-55 Paraguay berjaya menyamakan kedudukan menerusi Roque Santa Cruz. Dan pada minit ke-67 Paraguay berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan N.H.Valdez . Namun pemain gantian Brazil Fred berjaya menyelamatkan maruah Brazil apabila berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-89. Saksikan highlight perlawanan di bawah.
Brazil 2-2 Paraguay
//
Labels:
2011,
Brazil,
Copa America,
Group B,
Highlight,
Keputusan,
Paraguay,
Result
//
0
comments
//
Costa Rica mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya apabila berjaya menewaskan Bolivia 2-0 dan kini menduduki tangga ke-2 dalam kumpulan A. Gol-gol Costa Rica dijaringkan oleh J.Martinez pada minit ke-60 dan juga J.Campbell pada minit ke-79. Dalam perlawanan ini 2 kad merah telah dilayangkan kepada pemain Bolivia yang melakukan kekasaran iaitu R.Rivero dan juga W.A. Flores. Mari sama-sama kita saksikan highlight di bawah
Bolivia 0-2 Costa Rica
Sunday, July 10, 2011
//
Labels:
2011,
bola sepak,
Bolivia,
Copa America,
Costa Rica,
Highlight,
Keputusan,
Result
//
0
comments
//
Argentina menentang Colombia dalam perlawanan kedua kumpulan A. Satu lagi kekecewaan buat Argentina apabila mereka gagal mencatatkan kemenangan dengan hanya sekadar seri 0-0 dengan Colombia. Colombia dlihat banyak menyerang melalui gerakan Moreno serta Falcao. Namun ketangkasan penjaga gol Argentina harus dipuji dalam mengekang segala asakan Colombia.
Argentina dilihat hanya sekali sekala melakukan asakan melalui trio mereka iaitu Messi, Tevez dan Lavezzi..Namun gagal mencari gol. walaupun mereka memasukkan Gonzalo Higuain bagi menguatkan jentera serangan namun tetap buntu memburu gol. Kedudukan kekal 0-0.
Highlight
Friday, July 8, 2011
//
Labels:
2011,
Argentina,
Colombia,
Copa America,
Highlight,
Keputusan,
Messi,
Result,
seri,
Tevez
//
0
comments
//
Chile memeulakan kempen Copa america dengan langkah bergaya apabila berjaya mencatatkan kemenangan menentang Mexico semalam. Walaupun ketinggalan 1-0 di babak pertama namun Chile bangkit dengan 2 gol di babak kedua. Gol Mexico dihasilkan oleh N.Araujo pada minit ke-41 melalui tandukan melepasi jangkauan penjaga gol. Manakala gol-gol Chile dijaringkan oleh E.Parades minit ke-67 dan A.Vidal minit ke-73. Saksikan gol-gol dan highlight perlawanan di bawah.
Peru dan Uruguay memulakan perlawanan bagi Group C awal pagi tadi..perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Uruguay menyerang dari awal babak pertama menerusi gandingan berbisa mereka iaitu Diego Forlan dan Luis Suarez. Namun kelekaan benteng pertahanan Uruguay membolehkan Peru mendahului 1-0 pada minit ke-24 apabila Paolo Guerrero bijak melepasi perangkap off-side seterusnya menggelecek keeper dan dengan mudah menolak bola masuk.
Uruguay berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi Luis Suarez. Kedudukan kekal 1-1 hingga ke wisel penamat. Jom saksikan highlightnya di sini.
Tuesday, July 5, 2011
//
Labels:
2011,
Copa America,
Diego Forlan,
Highlight,
Keputusan,
Luiz Suarez,
Paolo Guerrero,
Peru,
Result,
Uruguay
//
0
comments
//
Satu lagi perlawanan kumpulan B menemukan Paraguay dengan Equador. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Ini membolehkan semua pasukan dalam kumpulan B masih seimbang disebabkan keputusan Brazil vs Venezuela juga 0-0.
Paraguay yang memiliki penyerang berbisa Roque Santa Cruz dilihat lebih mengawal perlawanan dan melancarkan serangan tetapi berjaya dipatahkan oleh penjaga gol Ecuador. Ecuador juga beberapa kali melancarkan serangan melalui pemain sayap Manchester United Luis antonio Valencia namun tetap gagal mendapatkan gol.Keputusan kekal 0-0 hingga tamat perlawanan.
Saksikan Highlight perlawanan ini.
Monday, July 4, 2011
//
Labels:
2011,
Antonio Valencia,
Copa America,
Ecuador,
Highlight,
Keputusan,
Paraguay,
Result,
Roque Santa Cruz
//
0
comments
//
Brazil memulakan kempen Copa America Group B menentang Venezuela namun hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 0-0. Brazil yang membariskan star-star mereka seperti Alexander Pato, Neymar dan Robinho melancarkan serangan yang bertubi arus namun gagal mendapatkan gol.
Venezuela berjaya mengawal kubu mereka dengan baik dan sekali sekala mengasak Brazil. Walaupun Brazil melakukan beberapa pertukaran namun tetap tidak berjaya memburu gol. Kedudukan kekal tanpa jaringan hingga tamat masa. Jom saksikan highlight ini.
//
Labels:
2011,
Brazil,
Copa America,
Highlight,
Neymar,
Pato,
Result,
Robinho,
Venezuela
//
1 comments
//
Perlawanan kedua kumpulan A telah berlangsung pagi tadi menemukan Colombia dengan pasukan jemputan Costa Rica. Keputusannya Colombia telah berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Costa Rica. Gol tunggal perlawanan dihasilkan oleh Gustava Andrian Ramos pada minit ke-45. Costa Rica juga terpaksa bermain 10 orang dalam perlawanan ini apabila salah seorang player mereka iaitu R.Brenes dilayangkan kad merah seawal minit ke-27.
Dengan keputusan ini, Colombia mendahului kumpulan A dengan 3 mata diikuti Argentina dan Bolivia dengan masing-masing satu mata dan Costa Rica di tangga terbawah kumpulan dengan 0 mata. Mari saksikan highlight Colombia vs Costa Rica di bawah.
Sunday, July 3, 2011
//
Labels:
Colombia,
Copa America,
Costa Rica,
Gustava Andrian Ramos,
Highlight,
Keputusan,
Result
//
0
comments
//
Read more
Saturday, July 2, 2011
//
Labels:
2011,
Argentina,
Astro,
Brazil,
Copa America,
Jadual,
Perlawanan
//
1 comments
//
Copa America bermula secara rasminya hari ini..dan perlawanan pembukaan menemukan tuan rumah Argentina bertemu dengan Bolivia. Keputusannya Argentina hanya mampu seri 1-1 dengan Bolivia. Bolivia mendahului 1-0 pada minit ke-48 hasil jaringan Edivaldo. Argentina berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian Sergio Aguero pada minit ke-76. Mari kita sama-sama saksikan highlight di bawah.
(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template
Powered by Blogger.









