ads ads

Passive Harmonic Filters

The simplest method of eliminating line current harmonics and improving the system power factor is to use passive LC filters. A passive filter has been a viable approach because of low cost and high efficiency.


Conventionally, passive LC filters and capacitors have been used to eliminate line current harmonics and to compensate reactive power by increasing the power factor.

Single tuned band pass filter was used to eliminate 11th and 13th harmonic order.


Read more


Fantasy Premier League Pep Rotation


Pep Rotation
Selepas melihat kesebelasan utama game Premierleague dan UCL bagi Man City, kita mungkin boleh mengkaji sedikit perubahan yang sering dilakukan oleh Pep.
Pemain yang bermain 90 minit berturut-turut dalam 2 game mungkin direhatkan kerana Man City masih ada game EFL pada midweek minggu hadapan.
Saya jangkakan Sterling tidak akan start bagi game EPL vs Aston Villa hujung minggu ini, dan Pep akan menggunakan Bernardo dan juga Mahrez di bahagian wide.
Ageuro dijangka berada dalam kesebelasan utama Sabtu ini dan Jesus akan disimpan untuk menghadapi EFL Cup.
Bahagian tengah Rodri mengalami kecederaan dan tempatnya akan diganti oleh Fernandinho sebagai DM, manakala David Silva yang tidak bermain langsung semalam akan mengambil tempatnya semula sebagai AM bersama dengan KDB. KDB merupakan watak penting dalam Man City dan perlu ada dalam setiap perlawanan.
Pertahanan pula akan menyaksikan kembalinya Stones dan Otamendi dalam kesebelasan utama di bahagian tengah, manakala kanan mungkin Joao Cancelo akan start berbanding Walker dan kiri semestinya Mendy.
Manakala Keeper sudah pasti Ederson.
Predicted Line-Up Man City vs Aston Villa, Taktikal 4-3-3
Ederson, Cancelo, Stones, Otamendi, Mendy, Fernandinho, KDB, David Silva, Bernardo, Mahrez, Aguero.
Hanya pandangan peribadi. Jangan percaya Pep.

Read more


Transfer News : Bernardo Silva ( Monaco to Manchester City )




Nama Pemain : Bernardo Silva

Posisi : Pemain Tengah
Kelab lama : AS Monaco
Kelab baru : Manchester City FC
Yuran perpindahan : £43million

Read more


KEPUTUSAN UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN TM PIALA MALAYSIA 2017



Setelah Kedah berjaya menjuarai Piala FA menentang Pahang 3-2 baru-baru ini, kita tiba giliran kehangatan Piala Malaysia 2017 pula. Kehangatan ini dimulakan dengan undian peringkat kumpulan yang menemukan pasukan-pasukan seperti berikut :

KUMPULAN A
Pahang
T-Team
Negeri Sembilan
PKNP FC

KUMPULAN B

Perak
Felda United
PKNS FC
Kuala Lumpur

KUMPULAN C
Kedah
Kelantan
Melaka
UITM FC

KUMPULAN D
JDT
Selangor
Sarawak
Terengganu

Pahang sekali lagi akan bertemu Negeri Sembilan yang juga semi finalist Piala FA sebelum ini. Kedah memiliki peluang seimbang bersama Kelantan dan Melaka. Manakala kumpulan D dilihat sebagai kumpulan maut apabila menemukan empat pasukan negeri iaitu Johor Darul Takzim, Selangor, Terengganu dan Sarawak.

Perlawanan peringkat kumpulan TM Piala Malaysia 2017 dijangka bermula pada 4 Julai 2017.

Dapatkan jersi-jersi kelab kegemaran anda dengan wasap kepada +6012-9676707 atau folo IG @aurorajersey16

Read more


Keputusan Penuh PRU13


Mungkin sudah ramai yang tidak sabar menantikan tanggal 5 Mei 2013 iaitu hari mengundi bagi seluruh rakyat Malaysia. Pastinya hari ini sudah ramai yang berpusu-pusus pulang kekawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab untuk menentukan siapakah yang bakal memimpin negara kelak

Dan semestinya ramai yang tidak tidur malam 5 Mei itu bagi menantikan keputusan penuh pilihan raya ke-13 (PRU13) diumumkan. Keputusan juga akan diupdate dari masa ke semasa selepas pengiraan undi di laman blog ini.

Kepada mereka yang akan mengundi, saya ucapkan selamat mengundi, hati-hati di jalan raya ketika pulang ke kampung dan selamat kembali ke tempat bekerja kelak. Undilah dengan hati-hati supaya undi anda tidak rosak, dan undi dan pilihkan seikhlas hati, jujur jangan ikut orang..hehe

Nantikan Keputusan penuh Pilihan Raya ke-13 (PRU13) di blog ini nanti ya

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters