ads ads

Video Datuk T Lafaz Sumpah Laknat


TRIO Datuk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim hadir di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi upacara melafaz sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks yang didakwa membabitkan individu mirip Ketua Pembangkang dengan seorang wanita dipercayai warga asing. Upacara bermula jam 4.15 petang tadi dan tamat jam 4.25 petang.

Read more


Video Maharaja Lawak Minggu 5


Minggu ni minggu kelima aku rasa macam Maharaja Lawak ni sedikit suram dengan persembahan2 yang kurang menjadi..Man dan Balas mengekalkan lawak lama..Nabil juga dilihat kurang menjadi minggu ini..Namun, ada pengubatnya..persembahan Sepah, Jambu dan Jozan dilihat mantap dan berjaya membuatkan penonton gelak sakan..

Macam biaselah, seperti minggu2 sebelum ini aku akan tinggalkan link persembahan diorang kat bawah ni..So, sape2 yang tak tengok lagi, boleh la layan kat sini ye..


3 peserta yang mempunyai undian terendah minggu ini adalah Jihan, Amir dan Man..Dan Jihan telah disingkirkan minggu ini menjadikan tiada lagi peserta wanita dalam Maharaja Lawak..Video Jihan tak jumpa lagi, nanti kalau ada aku update..

Sudah puas menyaksikan Maharaja Lawak??
Menang Hadiah 

Read more


Real Madrid 0-2 Barcelona


Santiago Bernabaeu, Real Madrid kembali ditewaskan oleh seteru utamanya Barcelona 2-0 dalam saingan separauh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah.. Kedua-dua gol Barcelona disumbangkan oleh penyerang Argentina, Lionel Messi pada babak kedua perlawanan.

Perlawanan ini juga menyaksikan 2 kad merah dilayangkan iaitu kepada Pepe yang mengasari Daniel Alves dan juga satu lagi kad diterima oleh jurulatih Real sendiri, Jose Mourinho yang diarahkan keluar dari tempat duduk simpanan dan menyaksikan perlawanan di tempat penonton. Kini, Barcelona dan Man Utd menjadi feberet untuk bertemu di peringkat akhir di Wembley nanti.

Read more


Man Utd Sebelah Kaki ke Final, Tewaskan Shalke04 2-0


Manchester United membawa bekalan selesa untuk 2nd leg semi-final Champions League apabila berjaya menewaskan Schalke04 di tempat lawan awal pagi tadi..Man Utd mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan kelab dari Jerman itu hasil jaringan Ryan Giggs (minit-67) dan Wayne Rooney (minit-69).

Kini, manchester United menjadi pilihan utama untuk layak ke Final yang akan berlangsung di Wembley nanti. Satu lagi pasukan adalah antara Barcelona dan Real Madrid. Separuh akhir pertama antara kedua-dua pasukan itu akan berlangsung malam ini..jangan lupa saksikannya OK..

Read more


Keputusan Penuh Liga Super 26 April 2011


Tak perlu cakap banyak..tengok je kat atas..yang penting Kelantan menang, Pahang pun menang..dan Tahniah jugak kepada Perak yang membelasah KL 5-3..huhu

Read more


Kedudukan Terkini Maharaja Lawak Setakat 25 April 2011

1. Jozan : 32%
2. Nabil : 22%
3. Sepah : 20%
4. Jambu : 17%
5. Balas : 3%
6. Jihan : 2%
7. Man : 2%
8. Amir : 1%


Read more


Arsenal Malang Lagi, Tewas Kepada Bolton 2-1


Tiada lagi piala untuk Arsenal season ni selepas tewas kepada Bolton 2-1 baru je sebentar tadi..memang malang selepas 2 kali seri kepada Liverpool dan Tottenham, kali ni tewas pula..memang selalu malang menjelang penghujung musim ni..Sekarang Arsenal menghuni tangga ke-3 liga 3 mata di belakang Chelsea dan 9 mata di belakang Man Utd dengan baki 4 perlawanan..Memang Tak de chance la nak menang EPL..bye3 je la..

Separuh masa pertama Arsenal ketinggalan 0-1 hasil jaringan Sturridge..Arsenal kalau tidak kerana nasib memang lagi teruk selepas Bolton dihadiahkan sepakan penalti pada awal separuh masa kedua, namun sepakan Kevin Davies berjaya diselamatkan penjaga gol, Sczesny..selang 2 minit kemudian, Arsenal menyamakan kedudukan melalui rembatan lerek Robin Van  Persie. Namun di akhir2 perlawanan Bolton berjaya menambah gol hasil tandukan Cohen..Kedudukan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan.

Read more


Buku Pun Ada Twitter


Salam, malas nak pikir panjang..tunjuk gambar cukup..bukan orang je leh pakai twitter skang ni oii..nak tweet sana..tweet sini..buku pun ada twitter dia sendiri habaq hang..tak caye hang tengok lah gambaq kat atas tu..keh3..

Percaya?? Ha tu la lain kali jangan nak duk sangkal lagi kesahihan nye..uhuhuhu..OK lah bagi sape2 yang tak follow lagi pucheh kat Twitter, bolehlah follow dengan mengelik kat SINI ye..tata.

Read more


Torres Pecah Tembelang

Fernando Torres akhirnya berjaya menjaringkan gol pertamanya buat Chelsea sekaligus membantu Chelsea menewaskan West Ham 3-0 di Stamford Bridge. Torres yang sebelum ini dikritik kerana tidak pernah menjaringkan gol sejak berpindah ke Chelsea pada Januari 2011 memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pada minit ke-84..


Sebelum itu, Chelsea telah mendahului pada separuh masa pertama hasil jaringan Frank Lampard pada minit ke-44..Pada separuh masa kedua, Torres masuk menggantikan Didier Drogba dan menjaringkan 1 gol dan assist gol ketiga untuk Malouda..hehehe..Dengan kemenangan ini, Chelsea berada di tangga kedua liga, 6 mata di belakang Man Utd.

Read more


Liverpool Gah Tumbangkan Birmingham 5-0 Di Anfield


Liverpool berjaya melakar kemenangan besar pada hari ini apabila mudah menundukkan Birmingham City 5-0 di gelanggang sendiri..Liverpool yang bermula baik pada babak pertama berjaya mendahului 2-0 hasil jaringan Maxi Rodriquez seawal minit ke-7 dan Dirk Kuyt minit ke-24..Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa..

Separuh masa kedua, Maxi berjaya menambah lagi 2 gol pada minit ke-66 dan 74 menjadikan beliau pencipta hatrik pada malam ni..dan pada minit ke-86, pemain gantian Joe Cole menambah derita Birmingham dengan melengkapkan kemenagan besar Liverpool 5-0. Liverpool sekarang menghuni tangga ke-6 liga..Lain-lain keputusan seperti dibawah.


P/s: Ada 1 game lagi melibatkan Chelsea vs West Ham sedang berlangsung..nanti update..hehe

Read more


Keputusan Penuh Liga Super 23 April 2011

Salam Selepas Kelantan menewaskan Perlis 4-0 dan Kuala Lumpur seri 0-0 dengan Felda United semalam..ada beberapa lagi perlawanan yang berlangsung hari ini..dan keputusannya adalah seperti berikut


Dengan keputusan ini Selangor kekal sebagai pendahulu diikuti rapat oleh Terengganu yang menewaskan Perak tadi dan Kelantan yang menewaskan Perlis semalam..

Read more


Man Utd Benam Everton 1-0


Man Utd mengukuhkan cengkaman berada di takhta Liga Perdana Inggeris apabila berjaya menewaskan Everton di gelanggang sendiri dengan jaringan 1-0. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0..Bermula separuh masa kedua Sir Alex Ferguson mula memasukkan Evra, Owen dan Giggs bagi membantu serangan dan mencari gol..

Akhirnya, Man Utd berjaya juga memecah kebuntuan apabila Javier Hernandez aka Chicharito berjaya menanduk masuk bola hantaran Antonio Valencia..kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan..Kemenagan MU malam ni membawa MU mendahului liga 9 mata di hadapan Chelsea dan Arsenal.

Read more


Maharaja Lawak Minggu 4 : Sepah dan Jambu bikin aku pecah perut..

Salam, Tadi baru berakhir je Siri Maharaja Lawak bagi minggu ke-4..Tema bebas sekali lagi untuk minggu ni..Rata-rata persembahan memang memberansangkan dan Amir menunjukkan peningkatan dalam persembahan..walaupun ramai yg tak suka dia..ehehe..Macam biasa Jozan berada di tangga pertama di awal gelanggang diikuti Nabil dan Sepah..

Tapi minggu ni persembahan paling mantap bagi aku adalah Jambu dan Sepah..Jambu memang Legend..dan Sepah sekali lagi memuaskan..pecah perut aku tengok persembahan diorang..Manakala Nabil sekali lagi membuat persembahan yang amat kreatif dan imaginasinya amat tinggi..Jozan pula menggunakan konsep pengcahayaan dalam persembahan..Yang lain-lain boleh dikatakan biasa..Okeh sape yang tak layan lagi boleh tengok kat sini..klik je mane2 peserta yang korang nak tengok..huhu..


Dan peserta yang tersingkir pada minggu ni adalah Alex..
Manakala selepas tamat episod minggu 4, kedudukan Maharaja Lawak pun telah berubah kepada
Jambu = 57%
Nabil = 16%
Jozan = 11%

P/s : video Jehan tak jumpa lagi, kalo ada nanti sy kasi link

Read more


Baru Menang Piala Dah Hancur


Real Madrid yang baru saja menjuarai Piala Copa De Rey selepas menewaskan Barcelona dengan jaringan tunggal Cristiano Ronaldo di final baru-baru ini telah kehilangan kembali piala itu..puncanya adalah disebabkan oleh kecuaian pemain pertahanan mereka iaitu Sergio Ramos yang terlepas piala dari atas bas ketika berarak meraikan kejayaaan mereka..

Cerita ini adalah benar dan bukan rekaan semata-mata..apa lah punya cuai Ramos ni..habis piala digilis bas..huhuhu..Apepun mereka tetap berbangga kerana berjaya menewaskan musuh seteru mereka Barcelona..Piala ini adalah kejuaraan pertama Jose Mourinho bersama Real Madrid..Namun kenape jadi macam gitu??Aku pun tak tahu..tak berkat kot guna strategi parking bas depan gol..last2 piala digilis bas..hehe..

Read more


Ranking Alexa..Ini Serius

Salam..memalam camni layan tengah asyik layan citer Lu Fikirlah Sendiri di astro prima skang..sempat lagi taip entri time iklan nih..hehehe..tak de pe nak citer..cuma nak wish congrats kat diri sendiri..sebab buat pertama kalinya blog aku dah cecah rank 200,000 ke bawah..huhuhu..kire ok la tu..susah nak dapat tu..harap2 lepas ni leh naik lagi..hehehehe..jom tengok buktinya..kui3..


Dalam dunia 194,986 dan dalam Malaysia dah 775..Huhuhu..Okehlah..nak sambung layan cerita balik..hehe..tata

Read more


Jawab Survei Dapat Duit dan Hasilnya Selepas Sebulan

Hari ni 20 April..Eh dah 21..genap sebulan aku beripanelonline ni..hehehe..So ape yang aku dapat sebenarnye??Taklah banyak..sebab baru sebulan..tapi apepun jom tengok hasilnya..huhu


Bagi sape2 yang nak join boleh sertai dengan klik gambar di atas..dan dari segi point yang aku dah dapat..boleh tengok gambar di bawah..Kalo x nampak boleh klik gambar..


Untuk mata penebusan (dalam bulatan hijau) bermakna mata yang aku dah tebus ke wang tunai..ada 1540 bersamaan RM15.00..buktinya leh tengok kat gambar akaun paypal aku bawah tu, ada RM15.00


dan total point (dalam bulatan ungu), mata yang belum ditebus ada 4911..tggu 5000 point leh tebus RM50.00 hehe..So Total lebih kurang RM65.00 la semua..Takla banyak mane, tapi lepas lah nak bayar brokben sebulan..huhu..syukur..Alhamdulillah..Ok..bagi sape2 yang nak join boleh

Read more


Keputusan Penuh Liga Super 19 April 2011


Nampak ke tak??harap2 nampak la ye..hehe..Kelantan menang besar di Kangar 5-1..Lain-lain keputusan boleh tengok kat atas..Hehe..Adios..

Read more


Good Luck and Selamat Berjuang Mama


Esok.. Isteriku ada interview untuk sah jawatan sebagai cikgu di Alor Setar
Dan dengan itu aku nak ucapkan Selamat Berjuang dan Good Luck mama
Abang kat sini sentiasa mendoakan sayang berjaya..
Buat yang terbaik ye..
All The Best..
Kawan2..Doakan Isteriku ye..
Aminn..

Read more


Dunia Tanpa Internet..Apa Jadi??


Memang tak dinafikan internet merupakan suatu benda penting dalam dunia masa kini..Namun, cuba anda semua bayangkan sekiranya dunia kita sekarang tanpa internet?? Pergh..mesti posmen-posmen lagi sibuk menghantar surat kerana kita tidak boleh lagi menghantar maklumat melalui email, dan pasti cara perhubungan dan penyampaian maklumat melaui telefon menjadi pilihan utama..

Tiada internet, maka tiadalah facebook, google, yahoo mahupun twitter..maka makin susahlah kita nak mencari rakan2 lama mahupun kenalan2 baru..malah nak search maklumat atau ape2 bahan rujukan haruslah ke library..Perniagaan pula seratus peratus di kedai-kedai dan shopping mall..tiada lagi business online..


So, ape yang nak ditegaskan kat sini..Bersyukurlah anda sekarang berada di zaman serba canggih ini..intenet pun laju..kalo broadband slow skit tu janganlah merungut..dulu lagi susah jika nak dibandingkan dengan sekarang..

Read more


Siapa Peserta Maharaja Lawak Paling Kreatif??

Dengan penyingkiran 2 peserta di awal episod minggu ketiga iaitu Wai dan XN3 ditambah pula 1 lagi di akhir episod iaitu R2, Maharaja Lawak kini tinggal 9 peserta je lagi..Persaingan memang sengit dengan prestasi beberapa peserta seperti Alex, Balas dan Man yang naik jika dibandingkan minggu-minggu sebelum..Feberet memang tetap diletakkan pada Jozan, Nabil dan juga Sepah. Namun yang aku nak bincang kat sini siapa peserta paling kreatif??hehehe


Bagi aku mamat dalam gambar di atas aka Nabil, Juara Raja Lawak 2..memang paling kreatif..sebab ape??1st sebab dia seorang..takde geng macam Sepah, Jambu or Jozan..Then idea2 dia memang membuatkan orang tertarik nak tengok..walaupun dia gunakan probe..Susah nak buat stand up comedy secara solo ni..semua benda kene pikir sendiri..walaupun dia banyak dikaitkan dengan kontroversi, tapi aku still respect dengan cara dia menghiburkan orang..memang ada cara dia tersendiri..hehehe..


OKlah, pada pendapat korang siapa pulak??mestilah pelawak kegemaran korang kan..Aku tak kata dia paling lawak, tapi dia paling kreatif je..hehe..Alex pun minggu ni nampak kreatif jugak..Bagi sape2 yang tak tengok lagi persembahan minggu muzikal komedi diorang..kat bawah ni aku tinggalkan link youtube untuk korang bagi setiap peserta..okeh..Layan..




Read more


Blackberry and Iphone FREE..Sape Tak Nak Weh??

Salam..semalam cakap pasal terbang..hari ni gadjet pulak..sape2 yang gila gadjet mesti mari punya!!huhu..Sebenarnya nak tanya kalaulah diberi peluang dapat phone free..ape jenis dan model yang korang nak??agak2 ada tak model blackberry atau iphone dalam kepala korang??mestilah ada kan..

Aku dengar Blackberry ni digunakan oleh tentera..sebab melalui Blackberry segala maklumat yang dihantar tidak dapat dikesan oleh pihak musuh..betul ke??hehe..Kalau iphone plak sesuai bagi yang gile applications..macam2 applications leh muat turun letak tepek dalam iphone tu buat peneman..kalo boring lagi hidup tak tau lah..

Zaman dah berubah, dunia dah maju..dulu mane ade henpon cangih2 macam gini..sekarang, online facebook, twitter dengan henphone je..boleh tau maklumat dengan cepat dan senang btoll..kalo dulu kene tarik antenna telefon baru ade coverage..apepun..secanggih mane pun sekarang, asal usul kita jangan sesekali dilupakan..

Read more


Kalaulah Diberi Peluang Terbang, Korang Nak Terbang Ke Mana??

Japan??Phuket??London??..Seriuly kalaulah aku dapat terbang aku nak ke Jepun..sebab aku suka tengok cerita Jepun..bandar2 dia pun bersih je..lagi satu boleh tengok kesan-kesan tsunami kat sana..tapi sebenarnya aku nak ke Mekkah la..boleh dekatkan diri dengan Nya di sana..


Sebenarnya, aku tak pernah naik kapal terbang aka flight pun..kalau ada peluang nak jugak merasa.. Air Asia pun ada buat promosi mrah-murah je sekarang ni..hehe..tapi tak pe, InsyaALLAH suatu hari nanti aku akan naik jugak flight tu..tapi tak tahu lagi la ke mane..mungkin Australia, Bali, Paris atau ke Kuala Lumpur je..haha..Kalau anda plak..agak-agak nak ke mana?? hehe..

OKlah, bagi sape2 yang nak booking ticket tu, yang dah plan nak holiday mana-mana boleh dapatkan info dan booking di SINI..OK..Settle..selamat bercuti..enjoy ur holiday..tata..

Read more


Perodua vs Proton, Siape Lagi Bagus??

Memang tak dinafikan lagi dua syarikat automotif tempatan ini selalu bersaing dalam pemasaran kenderaan terutamanya kereta di Malaysia ini..Namun persoalannya, siapa yang lebih bagus ek??huhu..

Bagi Perodua, mereka lebih menumpukan dalam pengeluaran compaq car..yang berkonsepkan kereta mini..dengan CC yang tak berapa tinggi..contoh keluaran mereka adalah Kancil, Kelisa, Kenari Myvi dan terbaru Viva..Bagi aku, kereta-kereta macam ni sesuai bagi golongan-golongan muda, pelajar dan yang baru bekerja..Kalau nak travel jauh2 tak berape sesuai la..huhu..Tapi Myvi merupakan model yang paling laris dijual 2-3 tahun ni..Tahniah Myvi..hehe..Masalah utama kereta mini ni adalah muatan tidak boleh banyak lah..so kalau nak buat balik kampung bagi yang dah berfamili tak sesuai la sangat..

Bagi Proton lak, mereka mengeluarkan banyak kereta berkonsepkan sedan seperti Saga, Wira, Waja, Perdana, Gen-2 dan Persona..bagi remaja yang gile kereta dan sporty lebih sesuai mengambil Satria atau Putra..hehe..Tapi aku selalu perasan kereta proton mesti mengalami masalah lampu brek belakang yang menyala sebelah..huhu..Kereta proton selalu digunakan keluarga yang berkemampuan dan ia sesuai bagi perjalanan jauh berbanding perodua.

Bagi keluarga besar yang memerlukan MPV car, Perodua memiliki Alza..namun CC nya tak berape tinggi dan tak sesuai dengan muatan..kalo naik bukit kompem pancit lah..dan Proton ada 1 model yang agak sesuai jugaklah..iaitu Exora..boleh tahan jugaklah Exora ni..kalau nak tahu lebih lanjut klik sini..so agak-agak siapa yang lebih bagus??hehe..sekian, terima kasih.

Read more


Orang berTwitter, aku pun nak Twitt jugak..

Kalau korang boleh twitt, aku pun nak twitt jugak..boleh??hehe..baru nak bergita aktif dalam bidang twitt men twitt nih..hehe..syok jugak..boleh promote blog, boleh promote link churp2 kat sini..ahahaha..bagi yang dah ada akaun twitter tu boleh la folo pucheh ye..boleh la kita menambahkan kenalan..dan berkongsi info..hehehe..bagi yg takde lagi, create la account twitter..pastu leh follow pucheh ye..hehehe..

Ok..Dahla..malas nak banyak bunyi..nak pegi twitt ni..twitt sana..twitt sini..hehe..

Read more


Blog Paling Cool Abad Ini

Salam sejahtera..ape khabar semua??bertemu lagi dalam entri baru untuk hari ini..setelah sekian lama mencari blog yang cool gila abad ni..baru-baru ni baru pucheh terjumpa..selepas penat lelah berjalan-jalan akhirnya jumpa juga CoolBlog ni..memang cool beb..serius wa cakap lu..

Mesti tertanya-tanya kan blog sape lah yang cool sangat tu..saja nak buat suspen..hahaha..ataupun blog pucheh sendiri yang paling cool beb??takkan lah kan..hehe..OK lah malas nak citer panjang jom tengok gambar blog paling cool abad ini kat bawah ni..huhu..jom tengok..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Amacam COOL kan?? tengah2 panas, haus2 pi beli ayaq kat sini kompem COOL punye beb..hehe..Tata

Read more


Selamat Hari Lahir Mama

Lame btol doh koi rase tak mengupdate blog..sejak TM buat hal ni..maleh rasenya nak update2..lembab sgt intenetnye..ni baru sampai rumah ni..harap2 dah takde problem le lepas ni..hehe..


Di kesempatan ini sebenarnya saya nak ucapkan atau wish Happy Birthday kat wife saya yg ke-26 pada 9 April aka semalam..Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur ye..tak lama dah nak jadi mama dah ye..mama to be..hehe..InsyaAllah kita akan sentiasa harungi hidup di sama-sama sampai bila-bila..hadiah akan menyusul nanti ye..hehe..Selamat Hari Lahir mama..semoga happy2 selalu..Love U..huhu..

Read more


Inter Milan 2-5 Schalke04 , Real Madrid 4-0 Tottenham Hotspur..Dasyat!!

Awal pagi tadi berlangsung 2 perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah yang membabitkan pertemuan Inter Milan menentang Schalke04 di San Siro dan Real Madrid menentang Tottenham Hotspur di Santeago Bernebau..


Untuk Game Inter vs Schalke..Satu keputusan mengejut apabila Juara tahun lalu, Inter tewas 2-5 di laman sendiri..Gol-gol dijaringkan oleh:
D.Stankovic (Inter) minit 1
J.Matip (Schalke) minit 17
D.Milito (Inter) minit 34
Edu (Schalke) minit 40
Raul (Schalke) minit 53
Own Goal A.Ronocchia (Schalke) minit 57
Edu (Schalke) minit 75
1 kad merah dilayangkan kepada C.Chivu (Inter) pada minit ke-62


Satu lagi game antara Real Madrid vs Spurs berkeputusan Spurs dibelasah Real 4-0..Dalam game ini satu kad merah juga dilayangkan kepada pemain Spurs iaitu Peter Crouch pada minit ke-15 perlawanan.Manakala gol-gol Real Madrid dihasilkan oleh:
A.Adebayor (Real) minit 4
A.Adebayor (Real) minit 57
A.Di Maria (Real) minit 72
C.Ronaldo (Real) minit 87

Nampak Dah Team Mana Yang Akan Masuk Semi Nih!!
Malam ni Chelsea vs MU dan Barcelona vs Shahktar lak..

Read more


ABPBH 2010: Shahezy Sam Artis Paling Popular


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 baru saja berakhir dan Pelakon Utama Filem Adnan Sempit, Shahezy Sam telah ditabalkan sebagai Artis Paling Popular bagi tahun 2010. Sam juga memenangi award Pelakon Filem Lelaki Paling Popular.Tahniah buat Sam..memang ramai peminat dia ni..Bagi kategori Pelakon Filem Wanita Paling Popular pula jatuh kepada Lisa Surihani.

Faizal Tahir dan Yuna pula dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki dan Wanita Paling Popular..selepas Datuk Siti Nurhaliza menarik diri daripada dicalonkan buat tahun ini..2 Pengacara Hot fm iaitu Faizal Ismail dan Fara Fauzana mengungguli kategori Penyampai Radio Paling Popular, dan Fara sekali lagi menang bagi kategori Pengacara TV Paling Popular bersama Pak Nil.

Sementara itu, Bagi Kategori Artis Komedi Paling Popular dimenangi oleh Nurkhiriah dan Zizan Raja Lawak dan Artis Baru Paling Popular dibolot oleh Shahir AF dan Anna Raffali.Tahniah kepada semua yang menang..

Read more


BEAUTIFULGIRLSHOP GIVE AWAY

Mencuba GA daripada kedai BeautifulGirl ni plak..huhu..Nak join??Klik Gambar di atas ataupun klik SINI
Tarikh Tutup : 4 April 2011

Settle..
Tag 3 Orang

Beres

Read more


Contest Adik-Beradikku Yang Cute


Mencuba nasib dalam contest lak..Nak Join?? Klik Gambar di atas ataupun klik SINI
Tarik Tutp 10 April 2011
Gambar yang aku pertaruhkan..


Kenapa aku pilih gambar ini?? Sebab dia ni la adik aku yg bongsu dan yg paling cute sekali..haha..tak menang tak tahu la..hehe..kiut miut dah tu..

Settle..nak kena tag 3 orang

Harap-harap monang..

Read more


Hari Mencari Follower


Hari ni seriusly aku rase malas sangat nak BW..ditambah pula dengan tak de mood Arsenal SERI semalam..SERI langkat btollah..So, hari ni aku ingat nak cari follower je..malas nak pikir UV or trafik ke nuuffy ke..huhu..Stress..

Tapi kalau nak cari follower kena la BW jugak..huhu..Apepun sape2 yang singgah blog ni, bolehlah follow..Button follow ade kat bawah sekali tu ha..bagi yang takde blog, ada FB je boleh follow kat networkblogs kat sebelah kiri ni..tak paksa pun..lepas follow bolehla tinggalkan link anda di ruangan komen atau shoutbox..Serius aku akan folo balik..huhu..Kepada yang dah folo aku, dan aku belum lagi folo korang, sori la..kadang2 aku tak perasan..Im Sorry..

Read more


Asleenda 1st Give Away


Malam ni nak try masuk 1st Give away daripada blog Asleenda pulak..mana tau ada luck lagi kan..bleh menang lagi..simple je GA ni..tu yang nak join tu..hehe..Ok lah kalau nak join klik SINI.

Ok lah Aku nak tag

OK settle..sempoi..


Read more


Aku Menang Lucky Draw Mak Dara


Salam, baru-baru ni saje nak try luck join Lucky Draw by Mak Dara..Tapi bila keputusan diumumkan, tahniah kepada aku kerana mendapat tempat ke-2, Alhamdulilllah rezeki pucheh untuk bulan March, bulan kelahiran pucheh selepas beberapa hari sebelum tu menang blogwalking contest daripada abgteror.

Tuah jugak aku ni ek..hehe..Skang dah April, boleh la nak cari contest baru untuk dijoin..kalau dah menang camni, untung lak rasanya..Ape pun nak ucap terima kasih kepada Mak Dara yang menganjurkan Lucky Draw ni..buat lagi ye len kali Mak Dara..OK lah tu je untuk malam ni..Assalamualaikum.

Read more


No More Malware


Salam..sejak 2 menjak ni ramai yang bertanya dan bertegur, kata mereka blog aku ada malware..tapi bile bukak guna Mozilla Firefox takde pulak..Bila Guna Chrome detect malware..Ape kes ek??Aku pun tak tahu macamana nak buat..sampai la aku terbaca satu entri kat blog muz..Then, aku terus buang bloglist aku..Settle..rupe2nya ada blog len yg ada malware dilink kan ke blog aku..

Tapi aku mungkin akan add balik bloglist aku, cuma aku akan tapis dan pilih sape2 yg selalu ke blog aku untuk masuk dalam blog list..Okeh, terima kasih..Alhamdulillah semua dah settle..Harap2 takde masalah lagi lepas ni..

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters