ABPBH 2010: Shahezy Sam Artis Paling Popular


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 baru saja berakhir dan Pelakon Utama Filem Adnan Sempit, Shahezy Sam telah ditabalkan sebagai Artis Paling Popular bagi tahun 2010. Sam juga memenangi award Pelakon Filem Lelaki Paling Popular.Tahniah buat Sam..memang ramai peminat dia ni..Bagi kategori Pelakon Filem Wanita Paling Popular pula jatuh kepada Lisa Surihani.

Faizal Tahir dan Yuna pula dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki dan Wanita Paling Popular..selepas Datuk Siti Nurhaliza menarik diri daripada dicalonkan buat tahun ini..2 Pengacara Hot fm iaitu Faizal Ismail dan Fara Fauzana mengungguli kategori Penyampai Radio Paling Popular, dan Fara sekali lagi menang bagi kategori Pengacara TV Paling Popular bersama Pak Nil.

Sementara itu, Bagi Kategori Artis Komedi Paling Popular dimenangi oleh Nurkhiriah dan Zizan Raja Lawak dan Artis Baru Paling Popular dibolot oleh Shahir AF dan Anna Raffali.Tahniah kepada semua yang menang..


16 comments to "ABPBH 2010: Shahezy Sam Artis Paling Popular"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters