ads ads

Kedudukan Terkini Liga Super 26 Mei 2011


Terengganu merampas kedudukan takhta Liga Super daripada Kelantan apabila membelasah Pahang 5-0..Kelantan pula menerima nasib malang apabila tewas tipis 1-2 kepada T-Team. Selain itu Selangor turut kecundang kepada Harimau Muda 1-2.

Read more


Update IpanelOnline | 2 Bulan


Gambar di atas menunjukkan hasil saya beripanelonline selama 2 bulan.hasilnya sebanyak RM165.00..Hanya dengan menjawab survei, boleh dapat banyak tu..banyak kan..hehe..tak perlu nak promote2 link ke ape..huhu..hanya tunggu survei dan jawab..kalau makin banyak survei makin banyak la point yang dapat..dan makin banyak la earning korang nanti..huhu..dan di bawah ini adalah jumlah point yang saya dah tebus dan point yang tinggal..boleh lagi kalo nak tebus RM15.00 tu..tapi biar dulu..peram dulu..hehe
Okeh..bagi siapa-siapa yang berminat nak join jom
masukkan maklumat peribadi
submit
aktifkan kat email
sign in, jawab survei dan mula menjana pendapatan sekarang..
huhu..selamat mencuba..

Read more


Mourinho or Guus Hiddink Replace Carlo Ancelotti

Mourinho
Chelsea bakal memanggil kembali bekas jurulatihnya dahulu iaitu Jose Mourinho bagi menggantikan Carlo Ancelotti yang di'sacked' selepas tamat musim 2010/2011 semalam.. Chelsea yang menamatkan musim dengan kekalahan di tangan Everton malam tadi sudah pasti membuat perubahan bagi memantapkan pasukan untuk saingan musim hadapan..Seorang lagi nama yang disebut-sebut bakal mengisi tempat jurulatih baru itu adalah Guus Hiddink. Guus Hiddink pernah membawa Chelsea menjulang piala FA walaupun hanya sekejap menjadi jurulatih kelab itu..
Guus Hiddink
Siapa yang akan menjadi jurulatih Chelsea yang sebenar season depan??masih belum diketahui..Tapi apepun kalau jadi jurulatih sekejap2 je memang la orang tak nak..tak dapat piala je kena sack..tak dapat piala je kena sacked..huhu..mampuih la..bagila chance kat manager tu bertapak 2-3 tahun..barula boleh build team..cam Alex Ferguson dan Arsene Wenger yang dah berkurun kat team masing-masing..hehe..adios..

Read more


Ricardo Alvarez ' Become First Arsenal Transfer of Summer Window'


Attacking midfielder dari Argentina ini telah tamat kontrak bersama Velez Sarsfield musim ini dan menurut media South America, Ricardo Alvarez telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal untuk musim hadapan.

Pemain ini tiada masalah bermain di Eropah kerana mempunyai passport bermain di Itali sebelum ini..Pemain ini mempunyai skill individu dan gelecekan yang power jugaklah..kalo tak tak kan Weneger nak ambik..hehe..masih lagi muda dan berumur 23 tahun kalau tak silap..Kemasukan beliau ke Arsenal akan memungkinkan salah seorang antara Arshavin, Rosicky atau Carlos Vela keluar dari Arsenal.

Read more


Tradegi Tanah Runtuh Menimpa Rumah Anak Yatim Hulu Langat


Allahuakbar..apa lagi yang dapat dikatakan..semuanya takdir dari Tuhan..Sama-samalah kita meratapi satu tragedi tanah runtuh yang telah menimpa sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat semalam..Kejadian ini telah telah mengakibatkan beberapa kematian akibat penghuni-penghuni di situ tertimbus tanah sekelip mata..Tapi syukur ada juga yang terselamat dan ada juga yang tercedera.

Tragedi yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang semalam berlaku akibat cuaca, keadaan muka bumi dan geologi yang turut dikaitkan dengan sumber air atas bukit. Pergerakan air dari atas bukit membawa sekali pokok batu dan menyebabkan pergerakan tanah menjadi punca utama tragedi semalam.



Saksi yang mendengar buniy tanah runtuh, dan mangsa yang terselamat cuba menyelamatkan rakan mereka dengan menggali tanah runtuhan menggunakan tanah..Namun, apakan daya timbunan itu terlalu tinggi dan difahamkan setakat jam 7.00 malam semalam masih ada 14 orang yang terperangkap di bawah timbunan. Kerja-kerja mencari mangsa masih lagi dijalankan..

MasyaAllah..insaflah kawan-kawan..sekali Allah ingin menarik nyawa kita,sekelip mata je Dia boleh ambil..sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak-anak yatim itu dan semoga mereka yang pergi ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..salam..

Read more


Video Maharaja Lawak Minggu 8

Malam ini jam 10.00 malam sekali lagi gelanggang Maharaja Lawak akan dibuka dan kali ini hanya tinggal enam peserta iaitu Jambu, Jozan, Nabil, Sepah, Man dan Balas yang akan berentap..Dengan saingan yang semakin sengit, pastinya gelanggang Maharaja Lawak Minggu ke-8 ini akan menjadi tumpuan peminat-peminat lawak tanah air..

Seperti biasa, anda semua boleh klik pada nama para peserta di bawah untuk menyaksikan persembahan mereka..ditambah pula satu lagi kumpulan iaitu R2 yang diundi masuk semula ke Maharaja Lawak


Man tersingkir pada minggu ini..tamatlah perjuangan Man dalam Maharaja Lawak.

Read more


Segmen Bloglist Abgteror | Tanah Tumpah Darahku


Tak mau tulih banyak2 ye abgteror..nak jawab soalan je..hehe..

1) Di mana anda dilahirkan
Saya dilahirkan di Kelantan

2) Di mana anda dibesarkan
Saya dibesarkan di Pahang

3)Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror
Pahang

4)Cerita sedikit kenapa anda memilih negeri tersebut
Kerana saya dibesarkan di sana, sekolah rendah, menengah, dan kolej matrikulasi di sana..hehe..rindukan sangat Pahang..Pahang best woi..

OK dah settle kot rasenye..hehe

Read more


Al-Fatihah Buat Arwah Blogger Abdul Hakim bin Mohd Kamal @ Telurdibasuh


Al-Fatihah kita sedekahkan kepada arwah blogger Abdul Hakim bin Mohd Kamal atau lebih dikenali dengan telurdibasuh di kalangan kita ni..arwah selalu kelihatan BW ke blog pucheh dan arwah merupakan pemilik blog telordibasuh.blogspot.com .Arwah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan tidak dapat bernafas dengan sendiri..

Hari ini kita kehilangan seorang lagi rakan kita dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..

Read more


Stadium Baru untuk The Red Warriors Kelantan


Salam..Peminat-peminat pasukan negeri Kelantan The Red Warriors bakal menerima stadium baru tidak lama lagi..Menteri Besar Kelantan, iaitu Tok Guru, Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan bahawa kompleks sukan baru akan dibina termasuk sebuah stadium yang dijangka boleh memuatkan 40,000 orang..

Projek yang dianggar menelan belanja jutaan ringgit itu akan dibina di jajahan Pasir Puteh..Wah, dekat dengan rumah mak mertua aku..hehehe..senang la pi tengok bola nanti..Semua pembinaan ini adalah hasil prestasi pasukan bolasepak Kelantan yang memuncak dan sokongan peminat-peminat mereka yang amat-amat menggalakkan.  

P/s: Oops lupa..stadium itu akan diberikan nama Stadium Red warrior..sekian

Read more


Bila PC Seorang Blogger Meletup


Salam, sebenarnya PC pucheh baru sahaja meletup malam tadi akibat terlau kuat sangat berblogwalking..hehe..tak tau pasal ape tibe2 meletup..huhu..kecewa sedih frust semua ada..mau tak kalau tidak pukul 12 je pucheh $$erang korangnye iklan..huhu..BE pun tengah duk ada running tu..memang trafik terjejas la hari ni..Adoi..doii..doii..

So, jalan penyelesaiannya pucheh dah cuba tukar sendiri power supply PC tu..memang kipas2 boleh run tapi still x leh masuk window..kecewa beb..mungkin motherboard efek dek letupan semalam..biaselah..barang lama..memang tak mampu lagi lah kalau nak beli motherboard time2 ni..So, korang akan nampak pucheh bersiaran kadang2 je la ye lepas ni..bersiaran pun dari tempat keja je..huhu..tak pun boleh tweet guna henset je..hehe..Tapi insyaAllah kul 12..pucheh tetap cuba $$erang ye..huhu

Read more


Juvana Episod 4


Kisah Juvana Episod 4 semalam banyak memaparkan tentang kisah flash back Komeng @ Ain yang merupakan seorang anak yang dikutip dan dijaga dengan baik oleh emaknya. Komeng tidak boleh menerima kenyataan apabila ibunya meninggal dunia dan memukul abangnya sendiri yang selalu mengata padanya bahawa dia adalah anak pungut..dan dari situlah punca Komeng masuk ke sekolah Juvana ini..

Sementara itu, di pusat Juvana itu..keputusan undian bagi menentukan house captain yang baru telah diumumkan, dan Botak elah mendapat majoriti undian..Akibat terlalu tertekan Daim cuba membunuh diri sendiri..saksikan Juvana episod 4 ini di TONTON sekarang..

Read more


Blog Aku Berubah Wajah.. Semuanya Keja Abgteror


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Semalam tukar header je..Hari ni dah buat tukar template baru plak blog aku ni..huhu..itupun bukan aku yang buat sendiri..semuanya ni hasil bantuan daripada bro teror..hehe ataupun lebih glemer dengan nama abgteror..Dialah yang duk edit segala-galanya ni..daripada install adobe photoshop CS5, edit header, templet dan segala bagai la..Thanks bro..terima kasih banyak2..huhu..

Tapi lepas ni aku dah nak kena edit sendiri la html ape semua..huhu..sebab abgteror dah nak balik KL semula dah..huhu..apepun terima kasih atas tunjuk ajarmu sifu..hehe..semoga makin ramailah pelawat-pelawat blog abgteror lepas ni..huhu..rasenya dia pun duk try template baru tu..hehe..adios.

Read more


Alhamdulillah Follower Dah Cecah 2000


Assalamualaikum..Salam sejahtera..Alhamdulillah Follower blog pucheh @ angin malam dan mencecah 2000 orang..dah lebih dah pun..sebenarnya nak buat entri ni lama dah, tapi hari tu time dapat 2000 follower blogspot ada problem pulak..so terpaksa tangguh sikit entri ini..

So, di kesempatan ini pucheh nak ucapkan ribuan terima kasih kepada follower pucheh yang sudi memollow pucheh dan banyak memberikan semangat dan galakan serta tips2 sepanjang pucheh berblogging ini..huhu..Kepada yang pucheh belum follow lagi sori ye..agak sibuk skit skang ni..tak dan lagi..tapi InsyaAllah pucheh akan follow balik korang..Thanks u'olls..

Read more


Selamat Hari Guru dan Apakah Habuan Untuk Hari Guru Esok??


Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru-guru dan warga pendidik di Malaysia ini terutamanya my wife..Sememangnya pengorbanan seorang guru amat tinggi dan bernilai..Sesiapa yang berjaya sekarang pastinya bermula daripada titk peluh seorang guru yang tanpa penat lelah mendidik anak muridnya..

Tapi yang bestnya ada sesuatu berita gembira yang akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena hari guru esok..Apakah habuan istimewa bagi para guru esok..Adakah kenaikan gaji??bonus??atau insentif??hehe..sama-samalah kita nantikan esok ye..Jadi kepada isteriku..kalau gaji naik, bolehlah kita beli kereta ye..hehe..dah penatlah naik motor..kui3..

Read more


Manchester United Juara EPL 2010/2011



Manchester United mengesahkan kedudukan sebagai Juara Liga Perdana Inggeris musim 2010/2011 walaupun hanya seri dengan Blackburn malam tadi..Perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 itu sudah cukup buat Manchester United menggenggam Trophy Piala EPL musim ini. Gol tunggal Manchester United disumbangkan oleh Wayne Rooney menerusi sepakan penalti.

Kejayaan Manchester United ini menjadikan mereka juara buat kali ke-19, pasukan yang mencatatkan bilangan kejuaraan tertinggi setakat ini.Sekalung tahniah buat Alex Ferguson dan skuadnya.Lepas ni bolehlah fokus kat Final Champions League pulak ye..

Read more


Video Maharaja Lawak Minggu 7


Minggu ni para peserta dicabar untuk membuat persembahan bertemakan Silent Comedy..yang mana semua peserta dikehendaki membuat persembahan secara senyap hanya menggunakan memek muka dan gerak badan untuk menggayakan sesuatu..agak mencabar kerana tak dapat nak keluarkan kata-kata..Ape pun aku pun tak nak cakap banyak nak silent mode je..dan jom layan sama-sama persembahan mereka di bawah ni..klik je kat nama peserta yang korang nak tengok ye..


Peserta yang tersingkir minggu ini adalah Amir I'm Sorry

Penyingkiran

Read more


Buffered Earning : ESPN


Alhamdulillah syukur hari ni Nuffnang telah memberikan bonus kepadaku iaitu Buffered Earning ESPN Castrol Football Crazy di bahagian Leaderboard (LB). Mungkin sebab aku selau post-post pasal bola sejak 2 menjak ni kot tu yang dapat BE ESPN tu..hehe..Ape2 pun terima kasih kepada Nuffnang dan ESPN yang memilih blog aku ni..huhu..

Tapi kenape dah tak menari2 iklan tu kat leaderboard ek??Takkan Nuffnang nak main2 plak kot..tak pelah tengok je lah besok camane..naik ke tak earning tu..hehe..

Read more


Barcelona Juara La Liga


Walaupun hanya mampu seri 1-1 menentang Lavente awal pagi tadi, Namun itu sudah cukup buat Barcelona untuk menjadi Juara Liga Sepanyol buat kali ke-3 berturut-turut di bawah kendalian Pep Guardiola.Dengan baki liga ada lagi 2 perlawanan,Barcelona mendahului seteru terdekatnya Real Madrid 6 mata di hadapan dan memang harapan untuk memintas nampaknya sudah tertutup.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Barcelona mendahului menerusi tandukan Seydou Keita yang menyudahkan hantaran cantik Xavi pada minit ke-28. Namun kesilapan Pique membolehkan Caisedo menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama. Kini, Barcelona boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan akhir Champions League menentang Manchester United yang akan berlangsung 28 Mei ini.

Read more


Download Fast and Furious 5


Alhamdulillah dah selamat download Fast and Furious 5, Film yang memang meletop la setiap kali keluar pawagam..huhu..tapi al-masalahnya takde subtitle la plak..tak pe..boleh faham slow2 bahasa omputih ni..hehe..Filem ini memaparkan aksi-aksi yang sangat dasyat hasil lakonan hero-hero lama sebelum ini dengan penampilan watak baru yang dilakonkan oleh The Rock..huhu

Okehlah sama-sama la kita layan ceghita ni kejap lagi ye..hehehe..Bagi kaki2 download tu yang nak cuba download..boleh la cuba kat LINK INI pilih yang free download punye..hehe..Selamat mendownload..

Read more


Asmara 2 : Episod 10


Selepas semalam kita melayan Juvana, malam ni kita tengok Asmara 2 pulak ye..hehehe..Malam ni mengisahkan bagaimana Ferhad cuba mendekati Tria untuk mendapatkan maklumat mengenai keluarga Sahlan dan juga Asmara..Ferhad mempunyai niat untuk mendapatkan Adam sebelum Sahlan mendapatkannya..

Di samping itu, konflik mula timbul antara Asmara dan adiknya lakonan Marsha. Namun auntynya telah berterus terang bahawa adiknya itu bukan adik kandungnya yang sebenar, dia cumalah anak angkat..Manakala adiknya yang seorang lagi iaitu Fikri dibelasah oleh pekerja-pekerjanya sendiri..saksikan sekarang di TONTON.

Read more


Juvana Episod 3


Episod kali ini mengisahkan guru kaunseling mereka iaitu Cikgu Zakiah memberi cadangan untuk memilih house captain yang baru..seperti diketahui mereka semua memang takut dengan kapten lama mereka iaitu Botak..dan tiada siapa yang berani bertanding..sehinggalah Cikgu Zakiah mengadakan perlawan bola sepak yang mana team Botak telah tewas dan terpaksa bertanding juga untuk jawatan house captain..

Apek telah mencalonkan Daim sebagai calon house captain yang baru, Botak dan Daim diberi tempoh seminggu untuk berkempen..Daim dan Apek sekali lagi dibuli dengan dipaksa meminum air sabun oleh geng-geng botak..Namun mereka masih ada lagi seorang yang mereka takut iaitu Komeng..Saksikan Episod 3 ini di TONTON sekarang..Layan..

Read more


Harga Gula Naik Lagi 20 Sen


Selepas minyak petrol Ron97 dinaikkan harganya, kini giliran gula pula dinaikkan harga kepada RM2.30 sekilogram bermula esok..Aduh..aduh..aduh..Malam ni banyak la kes-kes sorok gula lagi, esok tak delah stok gula, dan macam-macam hal lagi lah..

Apepun kenaikan harga gula ni jugak kan beri efek nanti pada harga-harga makanan, kuih2, minuman pasti naik la jugak..kalo tak rugi la peniaga bawak keluar modal lebih..Hadoii..ape pun tak boleh la..ape pun tak boleh..lepas ni ape pulak yang nak naik??tggu dan sabor je lah..

Read more


Manchester United vs Chelsea 2-1 EPL Highlights


Tahniah Man Utd yang bakal menjuarai piala liga EPL buat kali ke-19..Hanya perlu 1 mata je lagi sebabnya ada baki lagi 2 game dan MU sedang mendahului Chelsea dengan 6 mata di hadapan..Buat Chelsea memang takde rezeki lah game semalam..Tapi memang MU perform pun nak-nak Valencia tu..huhu..dan Arsenal memang kecewa dan takde rezeki jugak season ni..huhu..

Read more


Nuffnang : CPA dan CPC, Masih Ada Yang Tak Fahamkah??

Salam kepada all Nuffnanger di luar sana..di sini pucheh nak terangkan sikitlah pasal iklan-iklan yang ada di Nuffnang ni..mungkin ada yang baru dan masih tak faham lagi..Terdapat 2 jenis iklan yang dikeluarkan oleh Nuffnang iaitu CPA dan CPC. Yang pertama adalah CPA- Count Per Action..maksud dia bila someone klik iklan CPA ni, kita masih belum dapat earning sehinggalah dia bersetuju untuk membeli kempen2 yang disediakan..atau sign up iklan tu, barulah kita dapat earning..Contohnya adalah iklan MilkADeal macam dalam gambar di bawah..


Sama jugak dengan iklan churp2 race tu..klik x dapat ape pn ok..

Dan Iklan yang ke-2 adalah CPC- Count Per Click..Iklan yang macam ni baru dapat earning bile someone berminat klik kat iklan kita..Ada macam2 iklan CPC yang running sekarang ni..contohnya macam Celcom SOX, DiGi iPhone4, DiGi K-Pop LIVE, Nokia, KFC, Mamil Gold, Exora, Proton dan terbaru IKEA..Okeh kalau keluar iklan tu boleh la klik..huhu

Dan ada lagi satu iklan..iklan CPS..tu proton je ade..hehe..melawak je..
Dan anggaplah BE- Buffered Earning tu sebagai bonus anda berblogging
Sekian, terima kasih

Read more


iPanelOnline : Update

Hasil daripada aku yang beripanelonline  selama sebulan setengah..kini aku tunjukkan point yang terkumpul..
Jeng..jeng..jeng..


So, kalau tengok pada total point dalam bulatan hijau tu, aku boleh tebus lagi sehingga RM 75.00..sebabnya untuk menebus setiap2 nilai di bawah ni perlu ada point2 yang berikut..


RM5.00 = 520 point
RM10.00 = 1020 point
RM50.00 = 5050 point
RM100.00 = 10020 point

Dan baki yang sudah ditebus adalah seperti berikut..


Kalau tambah dengan RM75.00 yang boleh ditebus tu dah RM135.00 ++ kan..hehe..dalam masa sebulan setengah..okeh la tu..lepas dah bayar streamix..huhu..
Ha! Ape tunggu lagi!! Sertai sekarang, Register, aktifkan di email,hanya jawab beberapa survei dah boleh dapat duit..


untuk register
Selamat mencuba..

Read more


Selamat Hari Ibu 2011

Di Kesempatan Ini, pucheh nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat isteri yang bakal menjadi ibu..kepada ma saya di kampung, ibu mertua dan semua ibu-ibu di Malaysia ini..Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu cukup besar dan sukar untuk dibalas..Layan lagu IBU sat na..huhu


Okeh, dan untuk beberapa hari ini pucheh akan berehat dari dunia blogging..atas-atas keadaan yang tidak mengizinkan..teruskan menderma ye..huhu..nanti pucheh datang balas..Wassalam

Read more


Video Maharaja Lawak Minggu 6

Minggu ni minggu Maharaja Lawak yang ke-6 bersiar sekali lagi di Astro Warna..Jadi, bagi siapa-siapa yang terlepas, xde pakej mustika boleh saksikan persembahan-persembahan peserta Maharaja Lawak yang masih kekal di sini..Bagi mengulas persembahan pada minggu ini, pada aku Jambu still The Best..Walaupun diorang tak banyak dialog dan banyak bahasa tubuh..tapi diorang tetap LEGEND!!

Persembahan Sepah dan Nabil juga tidak kurang hebatnya..Namun Jozan nampaknya kureng sedikit buat minggu ni..Man juga telah bangkit dengan persembahan yang memberangsangkan..Balas still dengan lawak lama -double meaning- dan lawak Amir memang lose..hehe..Jom layan persembahan diorang kat bawah ni..klik je kat nama peserta yang korang nak tengok..huhu..

Dan Siapa pula yang tersingkir minggu ni??Saksikan di sini


Sekian, The End

Read more


Khutbah Jumaat Hari Ini 6 Mei 2011


Alhamdulillah syukur kita masih diberi kurniaan untuk hidup lagi pada hari ini..Ya Allah, sungguh besar kurniaanMu itu Ya Allah..Jadi, pada hari Jumaat yang mulia ini ingin aku kongsikan sedikit dengan rakan-rakan isi khutbah Jumaat di tempat hamba tadi..

Hari ini, khatib menceritakan tentang AIB..sekiranya kita melakukan kesalahan, bersegeralah kita menginsafi kesalahan dan kejahatan kita..Janganlah kita berbangga-bangga dengan kejahatan yang kita lakukan, seperti contoh kita lakukan kejahatan hari ini, janganlah nak berbangga-bangga menceritakan kejahatan itu kepada orang pada besok hari..kerana pada malam kita tidur Tuhan telah menutup aib kita..dan bila bangun keesokannya bersegeralah kita sedar kesalahan kita..
Nauzubillahiminzaliq.

Read more


Download Nur Kasih The Movie

Salam..belum keluar panggung dah boleh download ke??ish3..ish..ish..memang tak lah der..sabarlah..kena la tengok kat pawagam ramai2 yek..sekarang ni mane ade link download lagi movie tu..Nur Kasih the movie dijangka akan mendapat keuntungan yang tinggi jika dikira daripada jumlah penonton siri drama..

Filem Nur Kasih The Movie ini akan berada di pawagam pada 19 Mei 2011..dah tak lama dah tu..Antara pelakon-pelakon utama yang membintangi filem ini adalah Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz..Takpelah x dapat donlod muvie lagi..kita donlod lagu tema dulu ye..layan kat bawah..


Read more


Man Utd Tempah Tiket Final UCL


Semua dah tahu kan MU layak ke final Uefa Champions League (UCL) season ni..dah tahu kan..huhu..Malam tadi MU telah membenam cabaran Schalke04 di peringkat separuh akhir. MU telah mencatatkan kemenagan 4-1 di laman sendiri sekaligus menang dengan agregat 6-1..

Gol-gol MU disumbangkan oleh Valencia, Gibson dan 2 gol daripada Anderson. Manakala satu gol saguhati Schalke dijaringkan oleh Jurado. Menanti MU di final adalah Barcelona. Pentas final akan berlangsung di Wembley hujung bulan ini.

Read more


Karnival Harum Manis Di Perlis

Tak perlu cakap banyak, untuk entri ni kita bagi tengok gambar je..hehe

Sekarang musim mangga kat Perlis, so depa buat karnival jualan besar-besaran
Ha..ni la dia orang panggil mangga harum manis, memang harum dan manis
Ramai betol orang beratur nak beli mangga ni
Aik! Nangka pun ada, besaq gile buah ni
Legend!
Akhir Kata, Makanlah Buah-Buahan Tempatan

Read more


Harga Minyak Petrol Ron97 Naik Lagi ke RM2.90 12 Malam Ni


Ape nak jadi..ape nak jadi..Memang tak lah pakai Ron97 dah lepas ni..Apeee pon tak boleyyyy....

Harga Petrol Ron97 akan dinaikkan sekali lagi dan dijual dengan harga RM2.90 seliter bermula 12 malam ini..Nasib baik lah Ron 95 kekal RM1.90 seliter.

Dulu aku duk pakai jugak Ron97, sekarang dah tak mampu dah sejak naik kepada RM2.70 hari tu pun dah bertukar kepada Ron95 dah..huhu..Difahamkan kenaikan harga ke RM2.90 ini adalah harga tertinggi dalam sejarah negara..Lepas ni kalau naik lagi, lakulah kedai-kedai jual basikal..orang dah xnak naik kenderaan gunakan minyak lagi dah..protes!!

credit to Malaysiakini

Read more


Tutorial Letak Iklan Nuffnang kat Blog

Salam..Tutorial ni aku buat untuk blogger-blogger baru yang nak jana pendapatan daripada blog..so nak jana pendapatan harus ada iklan di blog..kita mempromosi iklan di blog..Satu2nya syarikat pengiklanan adalah Nuffnang..Jadi kalau nak letak iklan kena sign up dulu la..pegi dekat www.nuffnang.com.my atau klik saja kat SINI

Okeh bila dah sign up, dah ada akaun Nuffnang sendiri, dan dah sign in..Step seterusnya korang pegi dekat Add ads macam dalam gambar di bawah..aku dah buat petak merah dah tu..


Okeh, dalam tu ada diberikan code sama ada korang nak letak iklan kat header, sidebar ataupun contents..Korang boleh je nak letak kat semua tempat..tak de masalah punya..Kalau nak letak kat header saiz dia macam iklan bawah header blog ni, manakala kalau sidebar saiz dia macam iklan penjuru bawah sebelah kiri korang, dan contents lak saiz dia macam kat atas blogpost ni..

Sebagai contoh kita ambik kat sini, put on sidebar..pegi dekat code to put on sidebar tu,macam dalam gambar di bawah..copy code korang..jgn copy code dalam gambar ni lak..memang tak leh la..


Lepas tu nak paste kat mana??Haha..Sign up blogger korang dulu, pastu pegi dekat design, add gadjet, select HTML..


Pastu tekan button add,macam dalam petak merah gambar di atas..pastu paste kan code yang korang copy tadi kat bahagian content..title ikut korang la nak tulis ape contoh "Korang klik aku dapat duit" ke, hehe..atau x payah tulis pun xpe..pastu save dan view blog la..senang je..InsyaAllah adalah iklan kat blog nanti..pastu bila orang klik kita dapat ler earning ye..

Dah puas bernuffnang?? Join la churpchurp plak DI SINI

Read more


Barcelona ke Final


Barcelona FC sekali lagi layak ke Final Liga Juara-juara Eropah apabila berjaya menewaskan Real Madrid di separuh akhir dengan aggregat 3-1. Barcelona akan menanti kunjungan sama ada Man Utd ataupun Schalke04 di Wembley nanti.

Perlawanan separuh akhir kedua semalam yang berlangsung di Nou Camp berkesudahan seri 1-1. Namun, itu sudah cukup untuk Barcelona layak ke Final. Barcelona mendahului 1-0 pada minit ke 53 hasil jaringan Pedro Rodriquez sebelum Marcelo menyamakan kedudukan buat Real Madrid. Keputusan seri 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Read more


1st GIVEAWAY by HAJAR HASAN

 
 Tag 2 Orang
Kay
Aunty Sherry

Syarat2 penyertaan DI SINI

Tarikh Tutup : 6 Mei 2011

Hadiah2 pun boleh tengok kat SINI

Settle & Simple

Read more


Keputusan Penuh Liga Super 3 Mei 2011


Perak tewas di tangan Negeri Sembilan..apa sudah jadi yob..Selangor, Kelantan dan Terengganu teruskan rentak kemenangan manakala Pahang sekadar seri dengan Felda United.. Perlawanan Kedah pula belum tamat,tengah seri 1-1 dengan Sabah,maaf keputusan tiada dalam gambar..

Read more


Cek Dari Nuffnang Dah Sampai


Alhamdulillah..
Rezeki Allah nak bagi..
Akhirnya sampai jugak dari Nuffnang ke rumah aku..
Dengan duit ni boleh la simpan buat beli barang2 baby nanti..huhu..
Makin semangat la ye nak berblogging bile tengok cek sampai ke umah..
Yang penting berblogging la dengan ikhlas..
Bagi yang dah biasa dengan aku..biasalah..amalkan konsep "What U Give, U Get Back"..
Kul 12 aku $$erang!! ye..keh3..

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters