Barcelona Juara La Liga


Walaupun hanya mampu seri 1-1 menentang Lavente awal pagi tadi, Namun itu sudah cukup buat Barcelona untuk menjadi Juara Liga Sepanyol buat kali ke-3 berturut-turut di bawah kendalian Pep Guardiola.Dengan baki liga ada lagi 2 perlawanan,Barcelona mendahului seteru terdekatnya Real Madrid 6 mata di hadapan dan memang harapan untuk memintas nampaknya sudah tertutup.

Dalam perlawanan awal pagi tadi, Barcelona mendahului menerusi tandukan Seydou Keita yang menyudahkan hantaran cantik Xavi pada minit ke-28. Namun kesilapan Pique membolehkan Caisedo menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama. Kini, Barcelona boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan akhir Champions League menentang Manchester United yang akan berlangsung 28 Mei ini.


11 comments to "Barcelona Juara La Liga"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters