ads ads

Livestreaming Arsenal vs New York Red Bulls | Emirates Cup 2011


Emirates Cup 2011
Arsenal vs New York Red Bulls 11.15pm

LIVEstreaming

click HERE

or

Read more


Khairul Fahmi Che Mat Putus Tunang


Difahamkan oleh Harian Metro hari ini, penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat telah memutuskan tali pertunangannya dengan tunangnya, Elia. Keputusan yang dibuat ini adalah muktamad bagi menyelesaikan badai yang melanda hubungan mereka.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek juga menafikan memiliki hubungan dengan pihak ketiga yang dikenali Dahlia. Dia hanya menganggap Dahlia sebagai adik. Keputusan yang dibuat ini juga bagi mengelakkan tohmahan yang sering dilontarkan kepada keluarga Dahlia.

Apek juga bertegas untuk menempukan sepenuhnya kepada bola sepak bagi 2 tahun yang akan datang dan tidak ingin memikirkan tentang masalah cinta dan peribadi yang mungkin akan mengganggu kariernya nanti. Semoga keputusan yang dibuat ini adalah baik untuk kedu-deu belah pihak.

Sumber dari Harian Metro

Read more


Salam Ramadhan


Assalamualaikum...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada isteri saya, mak ayah, ibu mertua, adik-adik, abang-abang.kakak-kakak serta famili saya. Semoga Ramadhan yang bakal menjelma ini akan membawa seribu rahmat kepada kita semua.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan blogger, jangan terlalu taksub dengan blog, kita luangkan masa lebih sedikit untuk beribadat di bulan yang mulia ini. Okeh sama-sama kita sahur dan blogwalking meriah-meriah time tu nanti.

Kepada fans2 Arsenal yang seangkatan denganku, kita terawikh penuh tahun ni, tak pe bola tu kita tinggal sekejap, duniawi je semua tu..lagipun sekarang dah canggih, boleh tengok siaran ulangan, higlight kat internet.huhu..

Okeh semua kenalan dan umat Islam di dunia ini, betulkan niat anda, gunakan Ramadhan tahun ini sebaik-baiknya, anggaplah ia Ramadhan terakhir agar iman kita bertambah kukuh..Selamat berpuasa dan selamat Beribadat..Wassalam.

Read more


Highlight World Football Challenge | Barcelona vs Manchester United


Manchester United telah berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 menetang Barcelona FC dalam perlawanan World Football Challenge. Man Utd berjaya mendahului menerusi percubaan Nani yang menerima lorongan cantik Dani Welbeck pada minti ke-22.Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Barcelona berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua minit ke-70 hasil satu rembatan jarak jauh menarik oleh Thiago Alcantara menuju penjuru gol Man Utd. Namun 6 minit kemudian Man Utd berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi jaringan Michael Owen selepas kesilapan pertahanan Barcelona.



Read more


Livestreaming Arsenal vs Boca Juniors | Emirates Cup 2011


Saksikan LIVEstreaming Arsenal vs Boca Juniors sempena Emirates Cup 2011 di


Sekian.

Read more


Emirates Cup 2011 | Hari dan Waktu Penyiaran


Perlawanan Emirates Cup 2011 akan berlangsung selama 2 hari bermula 30 Julai 2011 sehingga 31 Julai 2011. Pertandingan ini melibatkan empat pasukan iaitu Arsenal, Boca Junior, New York Red Bulls dan juga Paris Saint Germain. Jadual perlawanan dan masa perlawanan adalah seperti berikut:

30 Julai 2011

New York Red Bulls vs Paris Saint Germain 9.00pm (LIVE in Astro Supersport2-816)
Arsenal vs Boca Juniors 11.15pm (LIVE in Astro Supersport2-816)

31 Julai 2011

Paris Saint Germain vs Boca Juniors 9.00pm (LIVE in Astro Supersport2-816)
Arsenal vs New York Red Bulls 11.15pm (LIVE in Astro Supersport2-816)

Read more


Keputusan Malaysia vs Singapore | Highlight Perlawanan | Di Mana Silapnya??


Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan kelayakan piala dunia 2014 menentang Singapura sekaligus tewas dengan agregat 4-6. Malaysia mendahului 1-0 hasil rembatan Safee Sali yang menerima hantaran S.Kunanlan pada minit ke 57. Namun kelekaan pertahanan membolehkan Singapura menyamakan kedudukan pada minit ke-71.

Jika dikaji dan dilihat dari persembahan aksi keseluruhan pemain, Khairul Fahmi Che Mat memang layak dipilih pemain terbaik kerana banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia. Kelekaan pemain pertahanan tengah yang dikemudi Fadhli Shas dan Muslim Ahmad punca gol penyamaan Singapura setelah Aidil terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Mungkin bahagian pertahanan tengah perlu dirombak selepas ini dan pertahanan berpengalaman harus diserap.

Aspek kedua adalah ketiadaan perancang utama iaitu Safiq Rahim, bahagian tengah nampak pincang tanpa hantaran-hantaran pendek dan Ismail Faruqi juga dilihat gagal mengemudi tengah bersama Amar. Mungkin tidak serasi dan jarang digandingkan bersama. Namun semangat dan usaha dua pemain sayap iaitu Kunanlan dan Amirul Hadi harus dipuji.

Di bahagian serangan Hadi nampaknya kurang berjaya jika digandingkan dengan Safee Sali. Jelas ketiadaan Nor Shahrul Idlan Thalaha amat dirasai. Kemasukan Fakhri Shaarani menggantikan Hadi Yahya pada pendapat aku memang no function setelah dia pula dilayangkan kad merah. Sepatutnya Rajagopal memasukkan kai shooting seperti Ashaari Shamsudin mahupun Badrol Bakhtiar di saat Malaysia memerlukan gol.

Apepun Skuad Harimau Malaya ini harus dipuji dan kita harus berbangga kerana tiada pemain import seperti singapore dan mereka hanya bermain dalam mode melengah-lengahkan perlawanan.Mungkin rombakan harus dilakukan selepas ini. Apepun jangan risau, kita cuba lagi lepas ini..Skuad Olimpik pun ada lagi..ada chance lagi nak pergi Bukit Jalil.

Saksikan gol Malaysia dan gol Singapore dalam Video di bawah.

Gol Malaysia by Safee Sali

Gol Singapore

Maxis Playbook!!

Read more


Livestreaming Malaysia vs Singapore


Salam Satu Harimau Malaya..

Sebentar sahaja lagi pada jam 8.45 malam 28 Julai 2011 bakal berlangsung perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapore. Perlawanan ini adalah perlawanan timbal balik setelah Malaysia tewas 3-5 di Singapore Sabtu lalu.

Bagi mereka yang memiliki siaran Astro boleh menyaksikannya di Astro Arena (Channel 801) dan yang tidak memilik astro pun boleh menonton di siaran RTM TV1.

Dan bagi yang ingin meyaksikannya terus dari PC atau Laptop yang memiliki talian internet bolehlah menyaksikannya


atau, kalau tak boleh cuba


Selamat Menonton..Teruskan Menyokong terhadap Pasukan Negara Walau Apa pun yang Terjadi. Malaysia Boleh!! Goal!!Aummm!!


Read more


Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapore | Semangat Harimau Malaya


Sebenarnya kesebelasan utama yang akan diturunkan malam ini masih belum pasti cuma ini adalah keseblasan pilihan saya. Untuk taktikal malam ini macam biasa saya memilih 4-4-2 berbanding taktikal 4-3-3 yang digunakan di Singapore yang tidak menjadi.

Bagi posisi penjaga gol, saya rasakan Khairul Fahmi Che Mat@Apek lebih layak berbanding Sharbinee kerana Apek mempunyai reputasi dan prestasi yang tinggi di AFF berbanding Sharbinee. Untuk pertahanan saya jangkakan Mahali, Aidil, Fadhli dan Asra akan diturunkan.

Untuk posisi midfield, ada tiga pemain yang patut diturunkan iaitu S.Kunanlan, Amar Rohidan dan Badrol Bakhtiar..persoalannya sekarang siapa bakal ganti tempat Safiq Rahim yang digantung kerana menerima kad merah. Ada tiga pilihan iaitu Amirul Hadi, Shakir Shaari dan Ismail Faruqi. Mungkin Amirul Hadi menjadi pilihan utama.

Manakala penggempur utama akan digalas oleh Safee Sali dibantu oleh Hadi Yahya. Nor Shahrul pula berada di bangku simpanan kerana keadaan beliau yang baru pulih dari kecederaan dan mungkin menjadi simpanan sahaja. Lilitan kapten pasukan pula akan menjadi milik samaada Safee ataupun Aidil. Kita tengok nanti.

Malaysia Boleh!! Go Go Harimau Malaya!!GOAL!!

Read more


Budak Lelaki Memiliki 34 Jari | Pecah Rekod Dunia


Seorang budak lelaki yang berasal dari India memecahkan rekod dunia apabila memiliki 34 jari semuanya pada tangan dan kaki. Budak yang baru berusia 1 tahun itu mempunyai 7 jari pada setiap tangan dan 10 jari pada setiap kaki. 

Budak yang bernama Akshat Saxena itu telah memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh seorang budak dari China yang memiliki 31 jari semuanya.

Read more


Tiket Malaysia vs Singapore Mula Dijual Esok Pagi


Tiket perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Singapore di Stadium Bukit Jalil akan mula dijual bermula pagi esok di Stadim Bukit Jalil. Penjualan tiket akan berterusan sehingga hari khamis jam 7.00 malam, beberapa jam sebelum perlawanan bermula.

Harga tiket perlawanan adalah seperti berikut

Grand stand = RM50.00
Biasa = RM30.00
Kanak-kanak = RM5.00

Selamat membeli tiket dan selamat menyokong ye.

Read more


Musim Fantasy Premierleague Dah Bermula


Fuh!!Baru siap set up satu team untuk fantasy premierleague season baru nanti. Korang tunggu ape lagi, cepat2lah set up team dan create league..nanti aku join..hehehe..kalo ade yang berbayar lagi best..hehehe..Amacam geng??Okeh tak team aku??hehehe..
Striker macam mantap tapi tengah dan defend cam kureng sikit sebab bajet dah tak de..ni yang barclays punya..yang yahoo punya pun dah buat..aku ni memang gile fantasy skit..huhu..Ok lah..nak buid team lagi..hahaha..

Main Fantasy Premierleague DI SINI

Read more


Everton Reject 10 million Arsenal bid for Jagielka


Everton telah menolak bidaan yang dibuat oleh Arsenal untuk mendapatkan khidmat pertahanan England, Phil Jagielka. Bos Arsenal, Arsenen Wenger telah lama memerhatikan Jagielka yang dianggap pasangan sesuai bersama Thomas Vermaelen di barisan pertahanan tengah.

Namun, kelab Everton telah menolak bidaan yang ditawarkan Arsenal sama seperti yang telah mereka lakukan last summer. Adakah Arsene Wenger akan cuba lagi mendapatkannya ataupun beralih arah kepada defender lain??sama-sama kita nantikan.

Read more


Livestreaming Malaysia vs Chelsea


Kepada rakyat Malaysia yang teringin menyaksikan pasukan pilihan Malaysia berentap menentang pasukan Chelsea tetapi tidak mempunyai pakej Astro bolehlah menyaksikannya melalui LIVEstreaming di

 
Selamat menonton..

Read more


Angin Malam BZ

Gambar aku cilok google
Salam..Minggu ni adalah minggu bz bagi aku..macam tak cukup tangan nak buat keje..masa pun dah makin suntuk..This weekend aku akan hadapi exam untuk 3 subjek..sekarang duk pulun siapkan assignmen dan study. Badan pun dah rasa tak larat tapi mata tak dapat nak lelap lagi..

Sekali-sekala terfikir ingin berhenti dari blogging ni..Setelah dah dekat setahun memiliki blog..Bile dah ramai kenalan dari blog, rasa stress pun hilang sikit..Buat masa ni, blogwalking tetap blogwalking..kul 12 malam, jalankan rutin cam biasa..Tapi lepas-lepas ni tak tau la lagi..

Kadang-kadang aku rase stress bila berjauhan dengan isteri..Tiada tempat aku nak bercerita face to face bila balik kerja. Tapi takpelah, yang penting sekarang ni study dan cari duit untuk prepare sambut baby bulan depan. Ubah nasib keluarga..

Doakan aku ye kawan-kawan.

Read more


1st Giveaway Hari Raya by Wati Coklat



Pastu nak tag 3 orang

Tarikh Tutup : 25 Ogos 2011

Settle.

Read more


Norman Hakim dan Memey Nikah 24 September


Pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza disahkan akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 September 2011 selepas setahun bertunang. Difahamkan, majlis pernikahan Norman,35 tahun dan Memey, 23 tahun akan diadakan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Tahniah..

Read more


Suku Akhir Copa America 2011 | Colombia dan Argentina Tersingkir


2 perlawanan suku akhir Copa America 2011 yang melibatkan tuan rumah Argentina menentang Uruguay dan satu lagi Colombia menentang Peru berlangsung pagi tadi.

Dalam perlawanan antara Colombia dan Peru, keputusan seri tanpa jaringan hingga tamat 90 minit perlawanan. Colombia gagal menggunakan peluang apabila Falcao gagal menyempurnakan sepakan penalti. Perlawanan terpaksa disambung ke masa tambahan dan pada minit ke-102, Peru berjaya mendapatkan gol melalui C.A.Lobaton. Selang 10 minit kemudian J.Vargas menambah derita Colombia apabila menambah jaringan untuk Peru menang 2-0 dan layak ke separuh akhir.

Sementara itu, satu lagi suku akhir antara Argentina bertemu Uruguay terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti setelah terikat 1-1 hingga ke masa tambahan. Gol pembukaan Uruguay dihasilkan oleh D.Perez pada minit ke-6 namun berjaya disamakan oleh G.Higuain pada minit ke-18. 2 kad merah dilayangkan dalam perlawanan ini iaitu satu kepada D.Perez (Uruguay) dan J.Macherano (Argentina). Dalam penentuan sepakan penalti Uruguay menang 5-4 apabila sepakan Tevez berjaya diselamatkan Fernando Muslera. yang lain-lain berjaya sempurnakan sepakan. Uruguay layak ke semi-final.

Read more


Malaysia vs Liverpool Tak Ada LIVE ke Astro?? | Livestreaming Lagi La Jawabnya


Salam..hari ni bakal berlangsung perlawanan yang melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan dengan Liverpool sempena Asia Tour 2011. Persoalannya, Astro tak ambik siaran LIVE lagi ke?? Game yang melibatkan pasukan kebangsaan pun tak ambik ke??huhu..buat duit betul lah..Ape pun bagi semua peminat Liverpool dan Malaysia yang tak dapat ke stadium bolehlah saksikan di internet je..banyak web LIVEstreaming yang ada sekarang kan..salah satunya yang aku tahu adalah


Tu je la yang aku tahu..yang lain-lain boleh cari kat blog


mereka lebih mengetahui..huhu..

Okeh selamat berjuang ye Harimau Malaya..

Read more


Penyokong Manchester United Dimalukan Penyokong Liverpool

Seorang peminat Man Utd yang tegar pergi menyaksikan skuad Liverpool berlatih di Stadium Bukit Jalil dengan memakai jersi Manchester United telah dimalukan oleh para penyokong Liverpool


Dia yang slumber dek dia je memakai baju Man Utd siap dengan nama Rooney lagi telah dipaksa untuk menanggalkan pakaiannya itu. Malu weh!! huhu 


Dia kemudian terpaksa mengalah dengan ribuan penyokong Liverpool itu.. dan mereka turut menolong dia menanggalkan jersi MU itu..penyokong Man Utd itu kemudiannya berlalu pergi meninggalkan stadium. dan tidak lama selepas itu si dia tadi masuk semula ke stadium dengan memakai jersi Malaysia.


Motifnya di sini, len kali pakai la jersi Malaysia..tak kan tak tahu betapa rivalnye Man Utd dengan Liverpool ni..huhu..

Saksikan videonya DI SINI

Read more


1st Anniversary Giveaway Dunia sebenar Shida


pucheh nak join 1st Anniversary Giveaway Dunia sebenar Shida di hari terakhir GA ni berlangsung

Pendapat pucheh tentang shida adalah she is a very nice person, suka tolong pucheh dan mudah mengenalinya..peramah, tak cepat marah kalau kita bertanya banyak..dan pendapat pucheh tentang blog shida pulak, emm..blog nampak kemas dan teratur cuma pucheh rasa perlu ada sedikit pengubahsuaian dari segi warna yang digunakan agar nampak lebih elegant dan menyerlah serta menarik minat pembaca. Yang lain semuanya OK! GOOD..teruskan berblogging ye shida. " Sekali kita berblogging jgn lah kita berhenti ". Teruskan usaha. pucheh akan sentiasa menyerang blog Shida..hehe..

pucheh tag

Settle.

Read more


Giveaway duo by duniaku dan hatisamronkin



Pastu nak tag

Tarikh tutup : 31 Julai 2011
Settle.


Read more


NURHAFIZ2009 / ALL IN ONE bagi duit (GIVEAWAY JULAI!!)

NURHAFIZ2009/ ALL IN ONE penganjur utama untuk GIVE AWAY tak seberapa ini. Ingin menambah kawan dan juga menghargai. Tidak termampu MEMBERI kepada semua. Maka memilih melalui MR RANDOM yang berguna nanti. Suka suki dan hepi hepi. Dengan harapan kawan-kawan yang TEGAR CGL dijemput menyertai. Tapi kalau bukan seorang yang TEGAR pun sangat dialukan sekali! Manala tahu, rasa SEKALI NAK RASA LAGI. Dengan berlangsungnya GA ini, semoga yang baru datang MENGUNJUNGI BLOG ALL IN ONE. Manakala yang lama boleh berkali-kali lagi.. 

Read more


Arsenal 4-0 Malaysia | Ulasan dan Highlight


Perlawanan Malaysia menentang Arsenal yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam tadi menyaksikan Malaysia tumbang 0-4. Tapi walaupun tumpang ianya satu pengalaman yang berharga buat anak buah K.Rajagopal bagi menghadapi Singapore hujung bulan ini.

Arsenal menguasai perlawanan dengan corak hantaran pendek mereka. Hasilnya mereka memperoleh gol pertama hasil sepakan penalti Aaron Ramsey selepas Jack Wilshere dikasari Aidil Zafuan dalam kotak penalti. Malaysia banyak mengatur gerak melalui S.Kunanlan namun gagal mencari gol. Sepakan percuma Safiq Rahim hampir2 membuahkan hasil namun lambungannya ditempis keluar Szeczny. Gol kedua Arsenal dijaringkan oleh Theo Walcott yang mudah lob bola menewaskan Nasriq Nordin hasil hantaran cantik Ramsey. Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat 1st half.

2nd half banyak pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kemasukan Carlos Vela menggantikan Marouane Chamakh banyak memberi impak dan berjaya menghasilkan gol cantik, satu chip yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Kemudian Persie, Nasri serta Arshavin dimasukkan dan menerima sorakan gemuruh ribuan penonton. Hasilnya mereka memperoleh gol ke-4 hasil tandukan Rosicky yang menerima hantaran Arshavin. Arsenal menang 4-0. Namun, persembahan Malaysia juga harus dipuji dan beberapa kelemahan harus diperbaiki.

Info : Astro tak tunjuk LIVE game ini padahal melibatkan negara Malaysia dan bermain juga di Malaysia.. Demm..
Denilson adalah player sub Arsenal yang masuk kemudian disubkan semula..hehe

Saksikan Highlight di bawah.

Read more


"Walnut Shoppe 1st Giveaway"



pastu kena tag sorang iaitu

Tarikh Tutup : 10 Ogos 2011

Settle

Read more


Giveaway FM


pucheh nak join Giveaway FM ni..

Syarat-syarat di senang je..

Jom la join beramai-ramai..

Tarikh tutup : 20 Julai 2011

Settle.

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Venezuela vs Ecuador


Venezuela meneruskan cabaran kumpulan B apabila mencatatkan kemenangan tipis menentang Ecuador 1-0. Gol Venezuela dijarinkan oleh C.E.G. Amaiz pada minit ke-61. Kemenangan Venezuela mencerahkan peluang mereka melayakkan diri ke peringkat seterusnya sekiranya mereka mencatatkan keputusan positif apabila bertemu Paraguay selepas ini. Saksikan highlight perlawanan di bawah.


Venezuela 1-0 Ecuador

Read more


" Giveaway : " One Klik One Present by Lyssasecret "


 
Pastu nak tag


Tarikh Tutup : 30 Julai 2011

Settle.

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Brazil vs Paraguay


Brazil sekali lagi mencatatkan keputusan seri apabila bertemu dengan Paraguay dalam perlawanan kedua kumpulan B. Kali ini mereka seri 2-2. Brazil mendahului pada minit ke-39 melalui rembatan Jadson. Pada minit ke-55 Paraguay berjaya menyamakan kedudukan menerusi Roque Santa Cruz. Dan pada minit ke-67 Paraguay berjaya mendahului 2-1 hasil jaringan N.H.Valdez . Namun pemain gantian Brazil Fred berjaya menyelamatkan maruah Brazil apabila berjaya menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-89. Saksikan highlight perlawanan di bawah.


Brazil 2-2 Paraguay

Read more


shiema sufian : FIRST GIVEAWAY


pucheh nak join shiema sufian : FIRST GIVEAWAY ni..

pandangan pucheh tentang blog shiema sufian ni, ia nampak kemas dan teratur. Teruskan lagi usaha ye dengan membuat post-post serta entri yang menarik. keep it up!

Tag

Settle.

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Bolivia vs Costa Rica


Costa Rica mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya apabila berjaya menewaskan Bolivia 2-0 dan kini menduduki tangga ke-2 dalam kumpulan A. Gol-gol Costa Rica dijaringkan oleh J.Martinez pada minit ke-60 dan juga J.Campbell pada minit ke-79. Dalam perlawanan ini 2 kad merah telah dilayangkan kepada pemain Bolivia yang melakukan kekasaran iaitu R.Rivero dan juga W.A. Flores. Mari sama-sama kita saksikan highlight di bawah


Bolivia 0-2 Costa Rica

Read more


Video-Video Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011 | Dari KTM ke Pasar Seni


Video Bersih 2.0 dari KTM Kuala Lumpur ke Pasar Seni..

Read more


Video-Video Perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai 2011



Wordless la aku..tak tau nak cakap pe.haha

Read more


Jalan-Jalan Yang Akan Ditutup Esok 9 Julai 2011

Beberapa laluan akan ditutup esok, Sabtu 6 Julai bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang atau mungkin lebih.. Hal ini kerana berlangsungnya perhimpunan Bersih dan dijangka bandaraya sesak esok. Jadi rancanglah perjalanan anda bagi yang bekerja dan bagi yang tiada kerja, buat lah aktiviti di rumah sahaja atau elak daripada melalui jalan yang ditutup. Exit ke highway-highway utama pun dah banyak roadblock, so tak payah ke mana-mana la esok..duk umah je..haha..Info ini untuk kesenangan anda..

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Argentina vs Colombia


Argentina menentang Colombia dalam perlawanan kedua kumpulan A. Satu lagi kekecewaan buat Argentina apabila mereka gagal mencatatkan kemenangan dengan hanya sekadar seri 0-0 dengan Colombia. Colombia dlihat banyak menyerang melalui gerakan Moreno serta Falcao. Namun ketangkasan penjaga gol Argentina harus dipuji dalam mengekang segala asakan Colombia.
Argentina dilihat hanya sekali sekala melakukan asakan melalui trio mereka iaitu Messi, Tevez dan Lavezzi..Namun gagal mencari gol. walaupun mereka memasukkan Gonzalo Higuain bagi menguatkan jentera serangan namun tetap buntu memburu gol. Kedudukan kekal 0-0.

Highlight


Read more


Keputusan Penuh Liga Super 6 Julai 2011 | Kelantan Juara Liga Super 2011


Liga super melabuhkan tirainya malam ini. dan  gambar di atas menunjukkan keputusan bagi perlawanan terakhir yang baru tamat sebentar tadi. Kelantan menjadi juara bagi Liga super 2011 setelah berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 di Stadium Likas, Sabah. 2 Gol Kelantan dihasilkan oleh Nor Shahrul Idlan Thalaha.

Terengganu menghuni tangga ke-2 apabila menang dengan Felda United 6-2. Selangor pula jatuh ke tangga ke-3 apabila hanya sekadar seri dengan Perak 0-0.

Gelaran penjaring terbanyak Liga Super bagi musim ini pula dirangkul oleh Abdul Hadi Yahya dari Terengganu. Beliau menjaringkan 4 gol pada malam ini sekaligus menewaskan Nor Shahrul Idlan Thalaha dan merampas gelaran penjaring terbanyak Liga Super 2011.

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Chile vs Mexico


Chile memeulakan kempen Copa america dengan langkah bergaya apabila berjaya mencatatkan kemenangan menentang Mexico semalam. Walaupun ketinggalan 1-0 di babak pertama namun Chile bangkit dengan 2 gol di babak kedua. Gol Mexico dihasilkan oleh N.Araujo pada minit ke-41 melalui tandukan melepasi jangkauan penjaga gol. Manakala gol-gol Chile dijaringkan oleh E.Parades minit ke-67 dan A.Vidal minit ke-73. Saksikan gol-gol dan highlight perlawanan di bawah.


Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Uruguay vs Peru


Peru dan Uruguay memulakan perlawanan bagi Group C awal pagi tadi..perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Uruguay menyerang dari awal babak pertama menerusi gandingan berbisa mereka iaitu Diego Forlan dan Luis Suarez. Namun kelekaan benteng pertahanan Uruguay membolehkan Peru mendahului 1-0 pada minit ke-24 apabila Paolo Guerrero bijak melepasi perangkap off-side seterusnya menggelecek keeper dan dengan mudah menolak bola masuk.

Uruguay berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-45 menerusi Luis Suarez. Kedudukan kekal 1-1 hingga ke wisel penamat. Jom saksikan highlightnya di sini.

Read more


Berita Perpindahan Bola Sepak Dunia | Gael Clichy Sah Milik Manchester City


Manchester City berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan kiri Arsenal, Gael Clichy dengan harga perpindahan 7million. Dan sekarang mereka cuba pula mendapatkan seorang lagi pemain Arsenal iaitu Samir Nasri. Perpindahan Clichy ke Manchester City baru sahaja dilengkapkan setelah menjalani ujian kecergasan pada pagi Isnin.

Arsene Wenger pasti mencari pengganti Clichy di bahagian pertahanan kiri dan antara nama-nama yang disebut adalah Jose Enrique dan juga Leighton Baines. Ataupun Wenger boleh mengharapkan Armand Traore mahupun Kieran Gibbs mengisi slot utama pertahanan kiri.

Perpindahan Clichy ke Manchester City menjadikan beliau bekas player yang ke-4 ke sana selepas Adebayor, Kolo Toure serta Patrick Viera.

Read more


Jadual Perlawanan Terakhir Liga Super 2011


Semuanya akan bermain serentak pada 6 Julai 2011, jam 8.45 malam

Sabah vs Kelantan ( Stadium Likas, Kota Kinabalu )

Perak vs Selangor ( Stadium Negeri, Ipoh )

Felda United vs Terengganu ( Stadium PBKL, Cheras )

T-Team vs Kuala Lumpur ( Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah )

Harimau Muda vs Johor FC ( Stadium Shah Alam )

Pahang vs Kedah ( Stadium Darul Makmur, Kuantan )

Negeri Sembilan vs Perlis ( Stadium Tuanku abdul Rahman, Paroi )

Jangan lupa saksikan esok perlawanan yang bakal menetukan siapa juara bagi musim 2011

Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Paraguay vs Equador


Satu lagi perlawanan kumpulan B menemukan Paraguay dengan Equador. Perlawanan ini berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Ini membolehkan semua pasukan dalam kumpulan B masih seimbang disebabkan keputusan Brazil vs Venezuela juga 0-0.

Paraguay yang memiliki penyerang berbisa Roque Santa Cruz dilihat lebih mengawal perlawanan dan melancarkan serangan tetapi berjaya dipatahkan oleh penjaga gol Ecuador. Ecuador juga beberapa kali melancarkan serangan melalui pemain sayap Manchester United Luis antonio Valencia namun tetap gagal mendapatkan gol.Keputusan kekal 0-0 hingga tamat perlawanan.

Saksikan Highlight perlawanan ini.


Read more


Keputusan, Result, Highlight Copa America 2011 | Brazil vs Venezuela


Brazil memulakan kempen Copa America Group B menentang Venezuela namun hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 0-0. Brazil yang membariskan star-star mereka seperti Alexander Pato, Neymar dan Robinho melancarkan serangan yang bertubi arus namun gagal mendapatkan gol.

Venezuela berjaya mengawal kubu mereka dengan baik dan sekali sekala mengasak Brazil. Walaupun Brazil melakukan beberapa pertukaran namun tetap tidak berjaya memburu gol. Kedudukan kekal tanpa jaringan hingga tamat masa. Jom saksikan highlight ini.



Read more


Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Malaysia vs Taiwan | Video Gol-Gol Malaysia


Malaysia telah berjaya melayakkan ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 apabila menang gol tempat lawan menentang Taiwan malam tadi. Walaupun tewas 2-3 di Taiwan malam tadi, Namun ia sudah cukup buat Malaysia untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Malaysia mendahului baik dengan jaringan cantik daripada Aidil Zafuan yang merempat kemas daripada sepakan percuma yang diperolehi. Namun tidak berapa lama selepas itu vietnam berjaya menyamakan kedudukan 1-1.
Malaysia kembali di hadapan apabila sekali lagi sepakan percuma membuahkan gol.kali ini daripada Safiq Rahim pula. Namun Taiwan sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil tendangan penalti setelah Mahali Jasuli melakukan kekasaran. Tamat babak pertama 2-2.

Separuh masa kedua Taiwan sekali lagi mendapat sepakan penalti hasil kekasaran Fadhli Shas, Namun kali ini sepakan berjaya diselamatkan Sharbinee Alawee. Akan tetapi pengadil sekali lagi menghadiahkan penalti kepada Taiwan hasil kekasaran Sharbinee sendiri dan disudahkan dengan baik pemain Taiwan..Perlawanan tamat dengan Taiwan 3-2 Malaysia, Agregat 4-4 dan Malaysia menang dengan kiraan gol tempat lawan.

Selepas ini, Malaysia akan bertemu Singapura untuk pusingan seterusnya.
Selamat berjuang Harimau Malaya
Jom Layan Video-Video jaringan Aidil dan Safiq di bawah

Gol pertama : Aidil Zafuan

Gol kedua : Safiq Rahim

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters