Suku Akhir Copa America 2011 | Colombia dan Argentina Tersingkir


2 perlawanan suku akhir Copa America 2011 yang melibatkan tuan rumah Argentina menentang Uruguay dan satu lagi Colombia menentang Peru berlangsung pagi tadi.

Dalam perlawanan antara Colombia dan Peru, keputusan seri tanpa jaringan hingga tamat 90 minit perlawanan. Colombia gagal menggunakan peluang apabila Falcao gagal menyempurnakan sepakan penalti. Perlawanan terpaksa disambung ke masa tambahan dan pada minit ke-102, Peru berjaya mendapatkan gol melalui C.A.Lobaton. Selang 10 minit kemudian J.Vargas menambah derita Colombia apabila menambah jaringan untuk Peru menang 2-0 dan layak ke separuh akhir.

Sementara itu, satu lagi suku akhir antara Argentina bertemu Uruguay terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti setelah terikat 1-1 hingga ke masa tambahan. Gol pembukaan Uruguay dihasilkan oleh D.Perez pada minit ke-6 namun berjaya disamakan oleh G.Higuain pada minit ke-18. 2 kad merah dilayangkan dalam perlawanan ini iaitu satu kepada D.Perez (Uruguay) dan J.Macherano (Argentina). Dalam penentuan sepakan penalti Uruguay menang 5-4 apabila sepakan Tevez berjaya diselamatkan Fernando Muslera. yang lain-lain berjaya sempurnakan sepakan. Uruguay layak ke semi-final.


3 comments to "Suku Akhir Copa America 2011 | Colombia dan Argentina Tersingkir"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters