ads ads

Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 | Taiwan vs Malaysia | Barisan Kesebelasan Utama


Petang ini jam 7.00 malam waktu Malaysia akan berlangsung perlawanan bola sepak kelayakan piala dunia 2014 antara pasukan negara kita, Malaysia menentang Taiwan@Chinese Taipei. Malaysia membawa kelebihan tipis apabila menang 2-1 di Bukit Jalil Rabu lalu. Petang ini menjadi penentu sama ada Malaysia akan layak ke peringkat seterusnya ataupun tidak.

Persoalannya siapakah barisan 1st eleven yang akan diturunkan oleh K.Rajagopal?? Semuanya akan kita tahu petang ini..Namun di sini ingin saya kongsikan barisan kemungkinan pada pandangan saya..dengan ketiadaan Safee Sali yang pasti tidak dapat diturunkan di barisan serangan, saya pilih tempat penyerang utama digalas oleh Nor Shahrul Idlan Thalaha..beliau akan bergandingan dengan Badrol Bakhtiar yang bertindak sebagai back up striker.

Di posisi sayap kanan dan kiri pastinya digalas oleh S.Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal, manakala posisi tengah pasti diisi oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan yang nampak begitu serasi. Di bahagian pertahanan kiri saya kekalkan Asrarudin Putra tapi di bahagian kanan saya pilih Mahali Jasuli berbanding Helmi yang diturunkan Rabu lalu. Dan, pertahanan tengah ada 3 choice utama iaitu Fadhli Shas, Aidil Zafuan dan Muslim Ahmad. Saya lebih suka melihat gandingan Muslim dan Fadhli kerana mereka sudah biasa main bersama. Last, penjaga gol pastinya saya mahu lihat Khairul Fahmi Che Mat beraksi malam ini..

Ini pilihan saya sahaja..pilihan anda bagaimana??
Jangan lupa malam ni kick off jam 7pm
LIVE di Astro Arena dan RTM TV2
P/s: Bola tengok juga, Solat Maghrib jangan tinggal ye..lepas habis 1st half nanti boleh la pi solat dulu..


0 comments to "Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 | Taiwan vs Malaysia | Barisan Kesebelasan Utama"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters