Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Malaysia vs Taiwan | Video Gol-Gol Malaysia


Malaysia telah berjaya melayakkan ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014 apabila menang gol tempat lawan menentang Taiwan malam tadi. Walaupun tewas 2-3 di Taiwan malam tadi, Namun ia sudah cukup buat Malaysia untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Malaysia mendahului baik dengan jaringan cantik daripada Aidil Zafuan yang merempat kemas daripada sepakan percuma yang diperolehi. Namun tidak berapa lama selepas itu vietnam berjaya menyamakan kedudukan 1-1.
Malaysia kembali di hadapan apabila sekali lagi sepakan percuma membuahkan gol.kali ini daripada Safiq Rahim pula. Namun Taiwan sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan 2-2 hasil tendangan penalti setelah Mahali Jasuli melakukan kekasaran. Tamat babak pertama 2-2.

Separuh masa kedua Taiwan sekali lagi mendapat sepakan penalti hasil kekasaran Fadhli Shas, Namun kali ini sepakan berjaya diselamatkan Sharbinee Alawee. Akan tetapi pengadil sekali lagi menghadiahkan penalti kepada Taiwan hasil kekasaran Sharbinee sendiri dan disudahkan dengan baik pemain Taiwan..Perlawanan tamat dengan Taiwan 3-2 Malaysia, Agregat 4-4 dan Malaysia menang dengan kiraan gol tempat lawan.

Selepas ini, Malaysia akan bertemu Singapura untuk pusingan seterusnya.
Selamat berjuang Harimau Malaya
Jom Layan Video-Video jaringan Aidil dan Safiq di bawah

Gol pertama : Aidil Zafuan

Gol kedua : Safiq Rahim


2 comments to "Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014 | Malaysia vs Taiwan | Video Gol-Gol Malaysia"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters