Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapore | Semangat Harimau Malaya


Sebenarnya kesebelasan utama yang akan diturunkan malam ini masih belum pasti cuma ini adalah keseblasan pilihan saya. Untuk taktikal malam ini macam biasa saya memilih 4-4-2 berbanding taktikal 4-3-3 yang digunakan di Singapore yang tidak menjadi.

Bagi posisi penjaga gol, saya rasakan Khairul Fahmi Che Mat@Apek lebih layak berbanding Sharbinee kerana Apek mempunyai reputasi dan prestasi yang tinggi di AFF berbanding Sharbinee. Untuk pertahanan saya jangkakan Mahali, Aidil, Fadhli dan Asra akan diturunkan.

Untuk posisi midfield, ada tiga pemain yang patut diturunkan iaitu S.Kunanlan, Amar Rohidan dan Badrol Bakhtiar..persoalannya sekarang siapa bakal ganti tempat Safiq Rahim yang digantung kerana menerima kad merah. Ada tiga pilihan iaitu Amirul Hadi, Shakir Shaari dan Ismail Faruqi. Mungkin Amirul Hadi menjadi pilihan utama.

Manakala penggempur utama akan digalas oleh Safee Sali dibantu oleh Hadi Yahya. Nor Shahrul pula berada di bangku simpanan kerana keadaan beliau yang baru pulih dari kecederaan dan mungkin menjadi simpanan sahaja. Lilitan kapten pasukan pula akan menjadi milik samaada Safee ataupun Aidil. Kita tengok nanti.

Malaysia Boleh!! Go Go Harimau Malaya!!GOAL!!


1 comments to "Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapore | Semangat Harimau Malaya"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters