ads ads

Ada Ape Dengan Tahun Baru

Salam Tahun Baru dan salam 1 Malaysia


Di kesempatan ni, aku nak ucapkankan selamat tahun baru 2011 kepada semua blogger di Malaysia ni..kepada rakan-rakan di luar sana yang mengenali diri ini ataupun tak..kepada kaum keluarga, saudara-saudara dan semua rakyat Malaysia lah..
Semoga kekurangan di tahun-tahun sebelumnya akan dilengkapkan pada 2011 nanti..
Semoga ape yang dicita-citakan tercapai 2011 ni..
yang belum kahwin tu..kahwin lah 2011..
yang belum ada anak..pastikan ada anak 2011 ni yerk..

Sebut pasal tahun baru jer..mesti ade azam baru..azam korang camane??sini ade beberape list azam baru aku..kalo korang nak tiru pun takpe..

1) Mempunyai seorang anak..InsyaAllah..masih berusaha..
2) Menamatkan pengajian aku..lama sangat weh blajo rasenyer..
3) Menguruskan badan dan berlatih main bola tiap-tiap hari sebab nak wakil Malaysia ke Piala Dunia nanti..keh3..
4) Hidup maju setahun ke hadapan dengan mengupdate antivirus 2012 plak dan install game PES 2012..
5) Lebih berjaya dalam dunia blogging ini

Sekian terima kasih 2010..Jasamu dikenang




Read more


Servis Kereta Sempena Cuti

Sempena cuti tibe-tibe hari ni aku telah mengambil keputusan untuk menyervis kereta aku..sebabnya meter dia pun dah lebih..sepatutnya 51,9++ dah kena servis..ni 52,3++ baru nak servis..ish..ish..ish..Ceh sebenarnya aku dah booking awal-awal nak servis hari ni..bukannya sebab hari ni cuti pun..kesian kat pekerja pusat servis tu terpaksa kerja..

Perodua Kangar
Tu dia..awal-awal lagi aku dah pi..dalam kul 11 pagi camtu..sebab aku booking pukul 11...heheheh..aku servis kat Perodua ni jer..sebabnya aku pakai kereta buatan Perodua..tak kan pakai Perodua nak servis kat Proton plak kan..

Parts & Service
Tunggu punya tunggu pukul 11.30 baru kereta aku masuk service room dia aku rase..nasib baik la ade tempat menunggu yang selesa dilengkapi dengan sofa, TV, paper dan magazine..takdela aku boring sangat..tapi aku cadangkan Perodua sediakan wifi dan juga PC la plak..senang aku nak online bile menunggu..hehehe..

Kereta aku baru naik
Akhirnya kereta aku berjaya diservis sebelum solat Jumaat..Aku pulang dengan gembiranya..hehehe..Adios..Thanks Perodua..




Read more


Terkejut Beruk Btollah!!

Pagi tadi pergi pasar cari ikan..cari sayur-sayur skit kan untuk dimasak..lepas tu cari tembikai sebagai pencuci mulut lepas makan tengah hari nanti..ooo mak ai!!terkejut beruk bile dapat tau harga sekilo tembikai memang mahal gile ek skang..tapi nak makan punya pasal beli jugak lah..pastu beli petai..sekali lg terkejut beruk..mahal bebenor ek..hadush..Rasanya terkejut beruk yg ori macam ni la kot..


Layan..



Read more


"Giveaway 3 Tahun Blog Misztrex!"


Follower : 357
Like : 16

mereka yang di tag:



Read more


Super Duper Strike

Kepada semua kaki-kaki bowling kat Malaysia ni..ha..camnila cara nak buat strike yang sebenar dan terus dapat point yang tinggi..layan...


Tenkiu




Read more


Model Paling Tinggi Di Dunia

Korang semua tau tak berapa tinggi model paling tinggi di dunia??Ha..kat sini aku nak tunjuk skit The World's Tallest model..Anugerah ini jatuh kepada Amazon Eve, 31 tahun yang mempunyai ketinggian 6kaki 8 inci..lebih kurang 2 meter lebih jugak ni..hehehe..

Apepun tengoklah gambar dia kat bawah ni nak tau dia tinggi mana..

Tinggi kan..yang belah kanan tu yer..bukan kiri tu

Tu dia..kompem tak de kipas syiling kat umah dia nih..

Korang bayangkan camane dia nak masuk kereta tu..aish..
Adios






Read more


Esok Cuti?? Yeke??

Esok Cuti ker?? Masih konfius lg nih..tapi memang dah kompem dah CUTI esok ye..sebab dah diumumkan di TV dan AKHBAR2 tempatan..terutamanya di ESPN News..ceh..wallaweh..

Esok cuti yer..tarikh 31hb Disember, hari terakhir tahun 2010 pasti diingati sebab cuti peristiwa atas kemenangan pasukan bolasepak Malaysia membawa pulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama menewaskan Indonesia di perlawanan akhir malam tadi..

Juara
Walaupun Malaysia tewas kepada 1-2 kepada Indonesia di Stadium Bung Karno semalam..namun dikira menang dengan Aggregate 4-2 setelah menang 3-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil Ahad lalu..

Tahniah dan syabas buat pasukan kebangsaan..Aku bangga jadi Anak Jati Malaysia..Tanah Tumpahnya Darahku..Lepas ni boleh la berkira-kira nak holiday ke mana..3 hari tu cuti..tapi bank katup la plak esok ek..tak pa..Rajagopal..Bila nak bawak piala mai perlis??keh3..





Read more


Follower aku ke-300

Alhamdulillah follower aku dah mencecah 300 orang..dan di sini ingin aku kenalkan follower aku yang ke-300 iaitu abang terror..

Baru sat tadi aku dapat polower ke 3 rat ni..terima kasih ye abang terror..ko memang terror r..hahaha..jemput-jemput la ye melawat ke page abgteror kita..kat page dia ada kenduri..hahahaha..300 orang dijemput..keh3..Ok lah..Adios..semoga lebih bertambah polower aku lepas ni..Salam..



Read more


Laser Punca Kemenangan

Adakah boleh dikatakan Laser adalah menjadi punca kemenangan Malaysia semalam??..bagi aku laser tu tak la sepenuhnya membantu kem Malaysia..Bagi aku the fisrt thing adalah semangat juang dan corak permainan pemain Malaysia yang memberansangkan..Laser tu hanya membantu mengganggu kosentrasi dan fokus player Indon je..


Aku sangat-sangat memuji barisan muda pemain negara semalam kerana bersungguh-sungguh mencari gol..terutamanya barisan serangan..Nor Shahrul Idlan Thalaha beraksi baik bagi mengumpan untuk Safee Sali untuk gol pertama dan Ashaari Shamsudin untuk gol kedua. Safee sekali lagi menanduk cantik untuk gol ketiga negara. Bekalan selesa sebelum berlepas ke Jakarta.


Korang boleh bayangkan lah harga laser akan naik dalam masa 2-3 hari ni di Jakarta dan permintaan mendadak tinggi sebelum bermulanya 2nd leg nanti..Pastinya semua penyokong Indon nak balas dendam..So, player2 Malaysia akan mempersiapkan diri dengan Spec Edgar Davis lepas ni terutamanya keeper, Khairul Fahmi Che Mat..hehehe..


Apepun tahniah buat Malaysia dan diharap Malaysia dapat melakar sejarah baru apabila menjadi negara ke-4 memenangi Piala AFF Suzuki ini selepas Thailand, Singapore dan Vietnam..dan semangat satu padu memberi sokongan macam ni lah yang kita mahukan dalam negara Malaysia yang aman damai ini..Wassalam




Read more


SALAM MAAL HIJRAH

SALAM MAAL HIJRAH KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI SELURUH DUNIA.





Read more


Airplane

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)


Yeah
I could use a dream or a genie or a wish
To go back to a place much simpler than this
Cause after all the partyin' and smashin' and crashin'
And all the glitz and the glam and the fashion
And all the pandemonium and all the madness
There comes a time where you fade to the blackness
And when you're staring at that phone in your lap
And you hoping but them people never call you back
But that's just how the story unfolds
You get another hand soon after you fold
And when your plans unravel
And they sayin' what would you wish for
If you had one chance
So airplane airplane sorry I'm late
I'm on my way so don't close that gate
If I don't make that then I'll switch my flight
And I'll be right back at it by the end of the night


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars

I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)


Somebody take me back to the days
Before this was a job, before I got paid
Before it ever mattered what I had in my bank
Yeah back when I was tryin' to get into the subway
And back when I was rappin' for the hell of it
But now a days we rappin' to stay relevant
I'm guessin that if we can make some wishes outta airplanes
Then maybe yo maybe I'll go back to the days
Before the politics that we call the rap game
And back when ain't nobody listened to my mix tape
And back before I tried to cover up my slang
But this is for the Cada, what's up Bobby Ray
So can I get a wish to end the politics
And get back to the music that started this sh-t
So here I stand and then again I say
I'm hopin' we can make some wishes outta airplanes


Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)
Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)





Read more


Canon @ Nikon??

CANON
Aku ni tetibe berminat plak nak memiliki kamera DSLR..tapi mane satu ek yg lebih bagus?? Canon ke Nikon?? Tolong bagi pendapat skit rakan2..

NIKON





Read more


Part Time Husband

Ade ke kerja sebagai part time husband ni??atau istilah je..mungkin aku skang ni pun sebagai part time husband..sebabnye isteri aku dah duk jauh dari aku..dia dapat posting mengajar di Kulim sedangkan aku di Kangar..jarak 142 km memisahkan..tapi kejap je 2 jam jer..syukur la tak jauh sangat..


Mesti ada lagi pasangan yang duk lebih jauh daripada kami..semua ni dipanggil PJJ la..hehehe..tapi takpe..jap lagi nak gi ambik isteri balik Perlis sebab Kedah kan cuti Jumaat&Sabtu..so petang ni dah boleh jumpe..pagi Ahad hantar balik Kulim..macam tu la rutin weekend aku lepas ni..keh3..






Read more


Malaysia Tewas 5-1 Kepada Indon

Malaysia memulakan kempen AFF Piala Suzuki dengan kekalahan teruk 5-1 ke atas Indonesia. Memang percaturan Rajagopal betul-betul tidak menjadi malam ini. Walaupun telah mendahului melalui volley menarik daripada Shahrul Idlan Thalaha pada minit ke-18.

Kisah malang Malaysia bermula apabila Asrarudin menjaringkan gol sendiri 4 minit kemudian. dan Muslim Ahmad pula dengan mudah dilepasi Gonzalez untuk gol kedua Indon.


Percaturan Rajagopal meletakkan Sharbinie Alawi sebagai penjaga nampak silap kerana dia gagal menangkap kemas percubaan-percubaan pemain indon dan sememangnya untuk perlawanan seterusnya menurunkan Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang ketika di Sukan Asia.

Gandingan Amri Yahya dgn Safiq Rahim di bahagian tengah juga tidak menjadi dan sepatutnya menggunakan seorang defensive midfield seperti Gurusamy atau Amar Rohidan untuk membantu pertahanan. Akibatnya, Indon menambah lagi 3 gol pada separuh masa kedua. Rajagopal juga mengeluarkan pertahanan kanan yang sepatutnya dikekalkan, dan yang patut keluar adalah Asrarudin. Manakala Amirul Hadi terpaksa didropped ke bahagian pertahanan kanan. Untuk game seterusnya,percaturan harus dikaji dan dilakukan dengan teliti bagi menutup segala kelemahan Malaysia yang jelas ketara pada malam ini.



Read more


Saksikan Ngangkung Di Pawagam Sekarang!!

Salam..
Kepada semua warganegara Malaysia dan juga luar negara..marilah ramai-ramai kita pi menonton filem terbaru arahan Ismail Bob Hasim (Bob) dan diterbitkan oleh David Teo.
Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Eira Syazira, Farisya Fatin, Putri Mardiana, Lan Pet Pet dan Azlee Jaafar.
Pelakon utama filem Ngangkung
Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.
Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.

Jangan lupa ye saksikan filem ni..aku promote ni..hehehe..

Read more


Cimbclicks atau Maybank2U?

Salam kepada semua pengguna-pengguna di luar sana..
Pastinya sekarang ni ramai yang menjalankan urusan jual beli secara online. Selain jual beli, pembayaran bil, saman, pindah wang semuanya boleh dilakukan di hujung jari je..janji ade internet ada PC dan ade akaun bank sama ada CIMB atau Maybank.

Aku sekarang ni cuma ada akaun CIMB je..So,aku guna cimbclicks je la kalo nak bayar bil,transfer duit kat mak ayah aku, bayar PTPTN dan lain-lain urusan. dan sekarang CIMB ada buat promosi bid 2 barang dengan hanya harga 1 barang..So, ape tunggu lagi register di akaun cimbclicks skang ye..


Namun begitu, CIMB belum dapat menyaingi Maybank sebagai bank no 1 negara kerana banyak urusan jual beli barang daripada syarikat-syarikat pengeluar yang hanya menggunakan Maybank2u. Contohnya macam aku nak beli komponen dari company Farnell, hanya boleh bayar dengan Maybank2u je..cimb tak de ok..Akaun antarabangsa paypal pun hanya boleh menggunakan Maybank kalo tak silap..So, Maybank2U pun ade kelebihan dia tersendiri..lepas ni aku berniat nak bukak akaun Maybank plak..senang..biar dua-dua ade..okeh..




Read more


Cerita Panas Pengadil

Salam 1 Malaysia
Kepada sesiapa yang dah tengok game bola sepak China pasti semanya tidak puas hati dengan mutu pengadilan game semalam kan..ape tidaknya tiga kad merah dilayangkan kepada pemain Malaysia..Pada minit pertama pun Mahali Jasuli dah kena kad kuning yang sepatutnya menerima amaran terlebih dahulu akibat kekasaran pertama. Kemudian dia dilayangkan kad merah kerana menyepak bola di luar padang atas sebab lontaran ke dalam dihadiahkan kepada China bukan Malaysia. Kemudian, Safiq pula dilayangkan kad merah..yang ni tak tau pasai apa..memang gile reff tu..


Malaysia bermain dengan 9 orang..menentang 11 orang..Eh!! bukan 11 orang..12 orang sebenarnya termasuk reff gile tu..Rajagopal terpaksa memasukkan Gurusamy bagi menggantikan Faizal Abu Bakar bagi membantu pertahanan dan Amar Rohidan bermain di posisi bek kanan tempat yang ditinggalkan Mahali. Namun China masih tidak mampu menjaringkan gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Ben Williams,nama pengadil dari Australia tu sekali lagi membuat kesilapan dengan memberikan kad merah ketiga kepada Kunanlan sedangkan tiada kontek langsung..Selain itu 5 pemain Malaysia lain menerima kad kuning iaitu Idlan Thalaha, Amar Rohidan, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Asraruddin Putra sedangkan player China tak de terima kad langsung..Memang berat sebelah..Pengadil ni jugaklah yang menyebabkan kekalahan Malaysia kepada UAE pada kelayakan Piala Asia 2011.

Walaubagaimanapun Malaysia tetap layak ke pusingan 16 pasukan terakhir dan Rajagopal akan membuat rayuan untuk membolehkan Safiq Rahim bermain pada perlawanan menentang Iran jam 4 petang esok.




Read more


Penentuan Malaysia vs China


Salam 1 Malaysia
Biasala sebagai peminat sukan no 1 negara..tiap-tiap hari nak cerita pasal sukan je..bangun pagi pun tengok berita sukan..ESPN News..tengok paper pun bahagian sukan je..hehehe..tapi hari ni nak cerita skit pasal sukan Asia di Guangzhou, China..

Petang ni bakal berlangsung acara bola sepak peringkat kumpulan antara pasukan negara kita Malaysia menentang negara tuan rumah China.Perlawanan petang ni bakal menentukan sama ada Malaysia layak atau tidak ke pringkat kalah mati (16 Pasukan).Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk layak secara automatik.

Anak buah K.Rajagopal nampaknya ramai yang injured. Diharap Fakhri Shaarani dapat kembali bergandingan dengan Nor Shahrul Idlan Thalaha bagi menggantikan Izzaq yang tidak menyerlah ketika bertemu Jepun. Masalah kecederaan turut dialami oleh Chanturu dan Nor Hafiz Zamani Misbah. Diharap Safiq Rahim berjaya mengawal perlawanan dan Khairul Fahmi Che Mat berjaya mengekang asakan China.Semoga Sang Harimau dapat meruntuhkan tembok besar China petang ini.sama-sama kita saksikan LIVE on Astro jam 7.00 malam ni.


Read more


Aku Dapat Anak Sedare Baru

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Illahi kerana telah selamat mengurniakan seorang anak lelaki kepada abangku dan kakak iparku..Ini adalah anak sedare pertama dalam keluargaku..bermakna mak dan ayah aku dah jadi nenek dan atuk..


So, aku pun dah jadi bapa saudara la sekarang..naik satu lagi taraf..hehe..so skang x tau lagi baby tu nak panggil ape kat aku dan adik beradik aku nanti..hehe..Bayi tu telah selamat dilahirkan pada tengah hari semalam dan beratnya 2.9kg..

Abang aku pun x tau lagi nak letak nama ape kat anak dia kot..tapi syukur sangat..lepas ni harap2 aku la plak dapat anak..insyaallah kalo ade rezeki..Aminn..



Read more


Lamanya Tak Online Sebab Banjir..

Assalamualaikum semua..

Sudah lama aku tak online..semuanya sebab aku bersiap menghadapi bencana banjir..lepas banjir banyak kerja lagi nak kena buat..basuh sana basuh sini..repair sana repair sini..cari bantuan lagi..tapi bagus la masyarakat dan persatuan2 pun prihatin nak bagi bantuan..

Untuk pengetahuan korang..aku adalah salah sorang mangsa banjir yang teruk kat Perlis ni..air naik start hari Isnin..kira dalam rumah aku paras2 lutut la..nasib baik la aku sewa umah 2 tingkat..so barang2 semua angkut naik atas..then aku tido kat atas je,x payah pindah..tapi nak angkut semua barang macam mesin basuh,peti ais,tv semua memang penat r..




Tapi syukurlah sekarang keadaan dah kembali pulih..tapi mana bantuan dari kerajaan..kenapa banyak persatuan2 bangsa Cina je yg datang melawat..huh..apepun sekarang Alhamduliilah dah boleh kembali bekerja seperti biasa..tapi kesian gak tengok famili2 yg ramai anak dan harta benda yg rosak..apepun aku berdoa agar takde dah gelombang kedua lepas ni..Aminn..



tengok pak cik ni..sempat lg jual roti canai walaupun banjir..macam tepi pantai..sempoi!!..



Read more


Mood Malas Gile

Salam..2-3 hari ni rase malas sangat..nak buat ape2 pun malas..apesal la ek..mungkin sebab badan rase lemah je ni..bangun gosok gigi pun..tangan je gosok gigi..mata tutup lagi..pejam lg..hadui..

Aku masih tak ada mood lagi ni..nak buat kerja pun malas..sedangkan kerja banyak..keh3..nak bukak fesbuk pun maleh ni..aduhai..

Dahla..aku malas dah nak citer..baik aku gi photostat keje aku..hehe..bye2





Read more


Futsal..Futsal..Futsel..

Petang ni hajatnya nak main futsal..ada dah orang yang mengajaknyer..tapi kasut lak xde..lame dah tak turun gelanggang ni..sejak balik beraye hari tu..haish..berat badan pun dah makin bertambah..Kan best kalo aku dapat kasut Nike Mercurial macam ni..


Fuhh!! mengancam la..tengah kompol duit nak beli la ni..tapi apepun petang ni tetap turun walaupun tak de kasut..warrior pun jadilah..asalkan keluar peluh..dan hebat..harap2 skor petang ni..hehehe






Read more


Emas Pertama Malaysia

Temasya Sukan Komanwel telah pun bermula di Delhi.dan Malaysia telah berjaya memungut pingat emas pertama melalui Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara angkat berat kategori 56 kg. Acara itu dijalankan di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru.


Tahniah diucapkan kepada Amirul Hamizan.




Read more


Adik Aku PMR Esok


Salam semua blogger..esok adik aku exam PMR
So Doa-doakan dia dapat jawab dengan tenang dan betul yee..
Examnye setat esok sampai la isnin depan
pastu merdeka la dia
kalo result bagus gempak
bolehla apply masuk sekolah asrama penuh
GOOD LUCK EKIN!!



Read more


Pernahkah Anda Melihat kanak-Kanak Ini??

 
PERNAHKAH ANDA MELIHAT
KANAK-KANAK INI?
Lee Xin Ru, 2 tahun, hilang sejak 21 September 2010.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai
kanak-kanak ini, sila hubungi

Insp. Haroza binti Pandi
di talian
019-8793776
atau
Polis Daerah Raub, Pahang
09-3552222

Read more


Digi iPhone 4 Life

sambungan..episod akhir..

"Encik..encik..bangun encik"..aku terjaga dari pengsan..terdengar suara seorang wanita..wah..cantik sungguh rupanya..dia berkata lagi.."kenapa encik pengsan ni??terkejut tengok iklan DiGi ke??tak percaye ke??..
aku terdiam
Encik keletihan agaknye ni..biar saya hantar ke rumah encik yer..
aku pun pening-pening terus je setuju..tapi aku dah sesat ni..camane nak cari rumah..tak pe..iphone4 kan ada..boleh navigator punye..hehehe
sampai je di rumah..aku pun terkejut sekali lagi sebab sebenarnya bukan aku sorang je yang pengsan..tapi mak ayah,akak,abang,adik-adik aku semua dah pengsan dulu..dan diorang dah pun bertukar kepada DiGi
Mak kata : DiGi ni untuk kehidupan family kita..
Abang dan akak lak menyampuk : DiGi for Life!!
Aku tersenyum sendir sebab aku memang dari dulu lagi pakai DiGi..
hehehe
Dan disebabkan Digi iPhone ini jugalah, hidup aku telah berubah..aku telah menemui teman hidup aku
(wanita yang menghantar aku pulang tadi)..lupakan kisah awek lama,kini aku ada yang baru..keh..keh..keh..dan aku telah pun bernikah dengannnya
nak tengok tak wajah dia
inilah wajahnya
Comel kan..
kini,aku hidup bahagia selamanya..
Terima Kasih Digi

"Semoga segala impian menjadi kenyataan bersama Digi iPhone4"

The End


Read more


Digi iPhone 4 Real

sambungan semalam

Tuitt..tuitt..tuitt..aku terjaga dek deringan iPhone4 ini..Eh!Ada mesej la..aku pun baca mesej yang tertera
"Duk kat mane tu?Balik la..hari nak senja dah ni" daripada mak
ALAMAKKKKKKKK!!!!
Lamanye aku terlena..nasib baik la ade iPhone4 ni yang kejutkan aku..
Aku terus berlari laju menuju ke rumah aku..macam berlari pecut 100 meter acara akhir sukan Olimpik..bersaing dgn Usain Bolt..Nak tapi nak tengok Usain Bolt real tengok kat iPhone4 pun boleh..
Dalam kelajuan larian aku tu..tibe2 je jadi slow..sebab ramai sangat orang mengerumuni signboard nih..lepas tu sorang-sorang pengsan..aih..pelik benor..aku cube mendekati signboard tu..
Wah..besarnye..terkejut beruk aku tengik signboard ni..betul ke ni??
DIGI IPHONE4 PLANS!!!Real ke ni??
Ada 3 plans 88,138,238 tapi lepas auto billing jadi 58,88,158..Wah!Wah!Wah!..Real ke ni??
Bukan tu jer..siap ade free voice,SMS,MMS dan Internet lagi..
hadumakk aii..Real ke ni??Real Madrid pun tak macam ni..
Rating pun sama dan lebih kurang je tiga-tiga plans ni..
yang syoknye tu tak ada extra charge selepas monthly quota..
boleh online 24 jam la..aku ni memang kaki internet..
Nak contact kawan-kawan pun lagi jimat dan murah dengan 6 FnF numbers
Pastu Free Calls, SMS, dan MMS ke supp line up hingga 6 DG Family line tu..
0% Installment up to 36 months..
Yang aku paling suka plan 158 sebab internet dia 5GB..memang laju dan mantop la!!
Wah..Real kah ini??Betulkah ini??
Patutlah semua pengsan..dengan aku-aku sekali pengsan ni..

bersambung



Read more


Digi iPhone 4 Play

Sambungan semalam...

Aku terus berjalan menuju ke sungai..dalam perjalanan aku terasa sangat lapar..krohh..krohh..perut berbunyi..Aha!! baru aku teringat aku ade sebijik apple kuning..keh..keh..keh..Ape lagi..aku terus ngap je la apple tu..Tapi dengan tiba-tiba jer...
Kotak yang aku jumpa dan aku pegang tu terbang dan terbuka sendiri
Satu sinaran yang cukup terang terpancar dari dalam kotak..


Aku mendekati kotak itu..alangkah terkejutnya aku apabila mendapati yang di dalm kotak itu adalah sebuah
aku pun ape lagi..terus ambik dan masukkan sim kad digi aku..dan terus berlari ke sungai..dalam keadaan excited giler..
aku terkejut lagi apabila aku terjumpa tapak kaki yang pelik semacam je nih..risau jugak tengok..
tapi semua tu tak jadi masalah..dengan iphone ni aku terus buka Apps for the Great Outdoors
terus dapat cam..tapak kaki binatang ape tadi ni..aku pun ambil keputusan nak buru dan ekori tapak kaki tu..
akhirnya aku nampak binatang tu..binatang tu adalah kambing-kambing yang mengerumuni kotak dan epal ni tadi..rezeki lagi..


kalo aku bunuh dan panggang pun sodap jugak ni..tapi aku tak reti masak..ape ade hal..iphone4 kan ade..terus guna Apps for Cooks..tengok resipi2 yang menarik untuk kambing ni..hehehehe..
Tapi tengok ramalan kajicuaca kat iPhone4 ni kata nak ujan jap lagi..tak jadi la buru..
terus ke sungai..sampai di sungai boring lak..tak tau nak buat per..nasib baik la ada iPhone4 ni..terus on Apps for Fun & Games..Layan game-game yang ada..paling syok main game memancing kat tepi sungai ni..keh..keh..keh..lepas main game itu..main game ini plak..macam-macam game ada..
Hinggalah aku dah penat bermain game..dan aku rasa nak buka application yang paling aku suka iaitu..
sebab aku ni seorang penggemar muzik..time-time sunyi macam ni boleh la layan bermacam-macam lagu yang ada..hilanglah kebosanan dan timbullah ketenangan dalam diri ini..

Aku terlena dalam keasyikan lagu yang ada dalam iPhone4 itu..

bersambung..







Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters