Penentuan Malaysia vs China


Salam 1 Malaysia
Biasala sebagai peminat sukan no 1 negara..tiap-tiap hari nak cerita pasal sukan je..bangun pagi pun tengok berita sukan..ESPN News..tengok paper pun bahagian sukan je..hehehe..tapi hari ni nak cerita skit pasal sukan Asia di Guangzhou, China..

Petang ni bakal berlangsung acara bola sepak peringkat kumpulan antara pasukan negara kita Malaysia menentang negara tuan rumah China.Perlawanan petang ni bakal menentukan sama ada Malaysia layak atau tidak ke pringkat kalah mati (16 Pasukan).Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk layak secara automatik.

Anak buah K.Rajagopal nampaknya ramai yang injured. Diharap Fakhri Shaarani dapat kembali bergandingan dengan Nor Shahrul Idlan Thalaha bagi menggantikan Izzaq yang tidak menyerlah ketika bertemu Jepun. Masalah kecederaan turut dialami oleh Chanturu dan Nor Hafiz Zamani Misbah. Diharap Safiq Rahim berjaya mengawal perlawanan dan Khairul Fahmi Che Mat berjaya mengekang asakan China.Semoga Sang Harimau dapat meruntuhkan tembok besar China petang ini.sama-sama kita saksikan LIVE on Astro jam 7.00 malam ni.



4 comments to "Penentuan Malaysia vs China"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters