ads ads

JOM JOIN TEKA-TEKI SYAWALSIMPSONS N MENANG

 

Saja suka-suka nak main teka-teki..hehe
Nak Join Klik SINI

Tarikh Tutup : 6 Julai 2011

Read more


4th Giveaway ilovecontestblog


Tag

Tarikh Tutup : 30 Jun 2011

Klik SINI untuk Join

Read more


NADIA'S LUCKY DRAW

Tag

Tarikh Tutup : 6 Julai 2011

Klik SINI untuk Join..

Read more


Kelayakan Piala Dunia 2014 | Malaysia 2-1 Taiwan


Salam Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya mencatatkan kemenangan menentang pasukan Taiwan di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Malaysia mencatatkan kemenangan 2-1 pada perlawanan kelayakan piala dunia 2014 pusingan pertama itu. Namun, bekalan Malaysia belum cukup selesa kerana Taiwan telah mempunyai satu gol tempat lawan.

Malaysia mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan ketua pasukan iaitu Safiq Rahim. Safiq mengawal di bahagian tengah dengan baik bersama Amar Rohidan. Badrol Bakhtiar juga beraksi baik namun gagal menyempurnakan beberapa peluang. Helmi Rameli telah dikeluarkan pada separuh masa pertama bagi memasukkan Hadi Yayaha membantu serangan. Manakala Safee Sali dikeluarkan pada awal separuh masa kedua digantikan dengan Fakhri Shaarani kerana kecederaan

Malaysia memperoleh gol kedua hasil tandukan Aidil Zafuan yang menerima bola dari sepakan sudut Safiq Rahim. Namun kelekaan pertahanan Malaysia telah menyebabkan Taiwan berjaya memperoleh satu gol di minit-minit akhir perlawanan. Shakir Shaari dimasukkan bagi menggantikan Safiq Rahim namun tetap tidak dapat mengubah keputusan. Keputusan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung 3 Julai ini di Taiwan.

Read more


Free MP3 Download | Meet Uncle Hussain ft Hazama - Pokok


Pokok by Meet Uncle Hussain ft Hazama


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



Read more


Senarai Akhir 23 Pemain | Malaysia vs Taiwan



Penjaga Gol : Khairul Fahmi Che Mat , Sharbinee Alawee, Nasril

Pertahanan : Aidil Zafwan, Muslim Ahmad, Fadhli Shaas, Mahalli Jasuli, Helmi Rameli, Asraruddin Putra, Farisham Ismail.

Tengah : Kunanlan, Shakir Shaari, Safiq Rahim, Baddrol Bakhtiar, Ashaari Shamsudin, Amar Rohidan, Amirul Hadi Zainal, Gurusamy, S.Chanturu

Penyerang : Safee Sali, Nor Shahrul Idlan Thalaha, Fakhri Shaarani, Abdul Hadi



Read more


Nuffnang Anugerahkan Aku Lagi Satu Bintang


Assalamualaikum..saja je nak kongsikan ape yang Nuffnang dah bagi hari ni..tengok gambar di atas, sebelum ni dekat Skyscraper hanya ada 4 bintang tapi sekarang dah 5 bintang..huhu..maknanya source iklan Nuffnang dan orang klik ramai dari situ..cuma tinggal satu je lagi tempat iaitu Large Rectangle (Large Rec) yang still lagi 3 bintang..huhu..Apa pun terima kasih la Nuffnang yang dah penuhkan bintang blog Angin Malam tu ye..hehe..
Terima Kasih juga kepada rakan-rakan bloggers yang selalu datang melawat blog pucheh serta menderma di sini..hehe..InsyaAllah esok pucheh akan cash out Nuffnang..hehe..bukan Nuffnang saja, tapi churp2 dan says jugak..bekalan untuk raya dan menimang baby nanti..huhu..terima kasih sekalian..

P/s : Mungkin pucheh akan slow sikit blogging lepas ni..banyak urusan perlu diselesaikan..

Alhamdulillah.

Read more


Gambar-Gambar Awek Taukey Jambu Maharaja Lawak

Boleh Tuju Lagu??
Apee Pon Tak Boleyy
Muka Legend, Hati Kiut
Tahmiah Taukey..Lu Memang Jambu r..

Read more


Contest : Banner / Header Cantik


Pucheh nak cuba join Contest Banner/Header Cantik ..
Mana tau ada Ong..hehe

dan ini header pucheh yang dipertandingkan


Header ini pucheh suka sebab dia nampak simple dan bergaya. Dengan adanya muka pucheh kat situ dah cukup buat orang mengenali. Kalau jumpa kat luar tegur ye..hehe..dengan gabungan warna oren hitam dan merah dah cukup nampak garang dan jelas ejaan angin malam tu rasanya..ditambah pulak dengan bayang-bayang hitam yang menimbulkan lagi angin malam..link blog htp://pucheh07.blogspot.com dibuat sedikit kecil bagi mengingatkan korang pada blog pucheh ni..huhu..Pucheh suka header ni sebabnya ia simple dan jelas..sama cam style pucheh yang simple2 gitu..hehe..kredit to abgteror yang membantu membuat header ni kat umah pucheh hari tu..

Ok lah setakat itu sahaja dulu rasanya.. Jom lah kawan2 ramai2 kita join ini contest..
Tarikh Tutup : 27 June 2011

KLIK SINI untuk join..

Sekian, Thanks..

Read more


Final Concacaf Highlight | Mexico 4-2 USA


Mexico menang bergaya..Tengok Giovanni Dos Santos..pemain terbaik pilihan aku..Tahniah Mexico..

Read more


Koleksi Video-Video Maharaja Lawak SEPAH | Dari Minggu 1 Hingga Final


Di entri kali ini pucheh ingin kongsikan dengan pembaca sekalian semua video persembahan Juara Maharaja Lawak pertama iaitu kumpulan Sepah dari minggu yang pertama hinggalah ke Final.. Mari kita layan tengok persembahan mereka yang tak kering gusi..
Minggu 3
Minggu 4
Minggu 5
Minggu 6
Minggu 7
Minggu 8
Minggu 9
Minggu 10
Minggu 11 Tugasan 1
Minggu 11 Tugasan 2
Minggu 12 Tugasan 1
Minggu 12 Tugasan 2
Final Tugasan 1
Final Tugasan 2

OK selesai semua persembahan Sepah..lepas ini kita nantikan pula rancangan mereka di kaca televisyen..hehehe..sekalung tahniah buat Jepp, Syuib dan Mamat SEPAH..Peace yow..

Read more


Video Maharaja Lawak Final | Sepah Juara


Maharaja Lawak melabuhkan tirainya hari ini..Gelanggang akhir berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam..4 peserta berentap di peringkat akhir ini iaitu Nabil, Jambu Sepah dan juga Jozan..Kesemua peserta dikehendaki membuat 2 tugasan ataupun 2 persembahan..Mari kita sama-sama saksikan kesemua persembahan mereka di bawah ini.klik saja pada nama-nama peserta yang anda ingin saksikan..


Tugasan 1


Tugasan 2


Dan Mari Kita Saksikan Pengumuman Siapakah Juara Maharaja Lawak Pertama Di Malaysia..
JUARA

SEPAHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!
SEPAH JUARA
Syabas dan Tahniah buat Sepah sebagai Juara diikuti Jozan tempat kedua, Nabil ke-3 dan Jambu ke-4..
Sekian.

Read more


Final Maharaja Lawak : Sepah Favourite Muzikal Komedi


Final Maharaja Lawak..sekiranya tugasan muzikal komedi dipertaruhkan untuk gelanggang Final Maharaja Lawak malam ini, Sepah pasti menjadi feberet untuk tugasan itu..Aku dapat rasakan sesuatu yang akan pecah perut semua penonton malam ini..Itupun sekiranya muzikal komedi menjadi satu tugasan pada malam final ini..Pasti aku ternanti-nanti alunan suara Jepp Sepah ala-ala Ramli Sarip gitu..macam yang depa buat time Raja Lawak musim 3 dulu..

 Ni Sepah time Raja Lawak minggu muzikal komedi..

Ni plak time akhir Raja Lawak 3, muzikal komedi jugak..

Bagi aku, saingan siapa bakal juara malam ini pastinya tertumpu pada Jozan dan Sepah..kedua-dua menunjukkan prestasi dan konsistensi yang baik semenjak minggu pertama Maharaja Lawak..dan kedua-duanya memiliki peminat serta penyokong yang ramai..ape2 pun, sama-sama lah kita saksikan siapa yang akan dinobatkan Maharaja Lawak buat kali pertama di Malaysia.

Read more


Pra-Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 2-1 Lubnan | Video Gol-Gol Malaysia


Malaysia melakarkan satu sejarah baru apabila layak ke pusingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan apabila berjaya menewaskan Lubnan di gelanggang sendiri malam tadi. Gol pertama Malaysia berjaya dihasilkan oleh Mohd Irfan Fazail seawal minit ke-9..Satu gol yang menarik daripada beliau..


Gol kedua Malaysia pula hadir pada minit ke-40 apabila Wan Zack Haiqal berjaya menyudahkan lorongan cantik daripada Gary Steven Robbat. Malaysia mendahului 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama. 5 minit bermula separuh masa kedua, Malaysia menerima tamparan hebat apabila Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah. Malaysia beraksi dengan 10 orang pemain dan hanya bertahan. Lubnan akhirnya menerima gol saguhati namun kedudukan kekal 2-1 hingga tamat permainan dan Malaysia layak ke pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012.


Read more


Buat Duit Dengan Blog

Assalamualaikum..Sebenarnya hari ni pucheh nak join satu contest yang dianjurkan oleh blog 2dayblogger..dan contest itu mengkehendaki pucheh atau para pesertanya membuat satu entri daripada beberapa keyword yang dipertandingkan..dan pucheh telah memilih keyword "Buat Duit Dengan Blog". Sambil-sambil join contest ni boleh la pucheh share dengan korang ye macam mana cara-cara Buat Duit Dengan Blog.Pucheh pun nak share pengalaman pucheh buat duit dengan blog ni..

1. First sekali basic nak buat duit dengan blog, kita haruslah memiliki blog..kalau takde blog camane nak buat duit kan..huhuhu..tak kisah la samaada blog free ke atau berbayar..yang free tu boleh daftar dengan blogspot manakala yang berbayar tu boleh la beli domain dan hosting sendiri ye..keluar duit sikit nak buat duit,ape salahnya,banyak pakej dah sekarang..bayar ikut tahunan..huhu..tapi pucheh cuba dulu dengan blogspot..

2. Kemudian, nak buat duit dengan blog ni kita kena daftar dengan syarikat pengiklanan..supaya ada iklan yang akan diletakkan dalam blog kita nanti atau dalam kata lain ditepekkan kat blog kita..hehe..Caranya??senang je..anda boleh pilih beberapa syarikat pengiklanan blog seperti Nuffnang, advertlets, Innity dan macam-macam lagi..Buat permulaan pucheh pilih Nuffnang sebabnya dia tak tengok trafik blog kita berape..so awal-awal berblogging mana la ada trafik sangat..So,pucheh daftar dengan Nuffnang.

Earning pucheh dengan Nuffnang setakat ini
3. Bila kita dah siap daftar dengan syarikat pengiklanan tu, step seterusnya nak buat duit dengan blog ini adalah kita letakkan kod iklan yang diberi. Cara-cara dan contohnya ada pucheh tunjukkan di SINI.

4. So, the next step adalah kita cari pengunjung ke blog kita. Lagi ramai pengunjung yang datang dan klik iklan di blog kita..lagi bertambahlah earning kita..bila bertambah earning bertambahlah duit..hehe..Dulu blog pucheh pun tak ramai pengunjung, tapi sekarang dah stabil sikit..macam-macam pucheh buat antaranya berblogwalking, buat entri-entri yang menarik, share link kat facebook,twiiter, ping blog, cari follower dan sebagainya..dan Hasilnya pucheh dah dapat CASH OUT earning Nuffnang pucheh..Buktinya ada di SINI

Trafik blog pucheh..tak banyak pun..
5. Selain daripada Nuffnang kita juga boleh mendapatkan duit dengan blog ini dengan cara meletakkan iklan Churpchurp atau says. Nak daftar churpchurp boleh la KLIK SINI..Manakala says pulak KLIK SINI. Nasihat pucheh janganlah bergantung pada satu blog sahaja..dan rajin-rajinlah berblogging..Selamat Mencuba semua..JOM BUAT DUIT DENGAN BLOG..

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone , MJ,MySuperKids Dan Muje“.

Read more


Dewa Cinta Pengganti Nora Elena | Siaran Senja TV3


Hari ini bermula satu episod baru drama TV3 iaitu Dewa Cinta bagi menggantikan Nora Elena yang tamat pada minggu lepas. Drama Dewa Cinta ini menampilkan Fasha Sandha dan Iqram Dinzly sebagai pelakon utama serta dibantu beberapa muka-muka baru termasuk Black Mentor.

Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7-8 malam gitu..Time-time senja dan Maghrib gitu..Drama episod 1 tadi mengisahkan Iqbal, lakonan Iqram seorang boss yang bekerja di syarikat besar tetapi mempunyai penyakit. Manakala June, lakonan Fasha adalah seorang penyanyi dan sangat cintakan seni muzik. Iqbal dan June mula berjumpa di tempat June menyanyi.

Read more


Pra-Kelayakan Olimpik 2012 : Lubnan 0-0 Malaysia


Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan 0-0. Pada babak pertama Malaysia dilihat banyak bertahan dan Lubnan banyak mengawal bola. Namun tiada jaringan dapat dihasilkan. Beberapa peluang juga diperolehi oleh Izzaq Faris Ramlan namun gagal disempurnakannya.

Bermula babak kedua, Malaysia mula mengasak namun sekali lagi ketumpulan penyudah amat mengecewakan. Jelas sekali ketiadaan Ahmad Fakhri Shaarani amat dirasai. Permainan Wan Zack Haiqal dan Irfan Fadail begitu baik malam ini namun beberapa percubaan berjaya diselamatkan penjaga gol Lubnan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, 23 Jun ini.

Read more


Pra-Kelayakan Olimpik 2012 : Lubnan vs Malaysia


Jika semalam pasukan kebangsaan telahpun beraksi dalam perlawanan persahabatan dan menang 2-0 menentang Myanmar, Malam ini tiba giliran skuad Olimpik Kebangsaan pula beraksi menentang Lebanon. Perlawanan malam ini adalah perlawanan Pra-Kelayakan Olimpik 2012 dan akan dilangsungkan di Sport City Stadium, Beirut, Lubnan jam 10 malam waktu Malaysia.

Skuad Olimpik negara dibimbing oleh Ong Kim Swee.Kebanyakan player adalah dari skuad Harimau Muda disertai oleh beberapa pemain muda lain seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Ahmad Fakhri Shaarani.Jadi, rakyat-rakyat Malaysia, mari kita sama-sama saksikan LIVE di Astro Arena jam 10.00 malam..Sama-sama kita memberi sokongan kepada skuad Olimpik Negara!!.

Read more


Zami Ismail @ Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu MeninggaL Dunia


Pelakon Veteran, Zami Ismail yang berusia 67 tahun meninggal dunia pagi tadi jam 10.30 pagi di Institut Jantung Negara. Pelakon yang terkenal dengan lawak jenakanya serta dikenali sebagai Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu meninggal dunia akibat masalah jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim dan sembilan orang anak. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tapah, Perak..Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham yang turut terkenal dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.Semoga rohnya diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman.Al-Fatihah..

Read more


Keputusan Malaysia vs Myanmar | Video Gol-gol Jaringan Amirul Hadi dan Badrol Bakhtiar

 Malaysia telah mencatatkan kemenangan 2-0 ketika menentang Myanmar dalam perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV , Kota Bharu, Kelantan. Gol pertama dijaringkan oleh Amirul Hadi Zainal pada minit ke-28

 

 Manakala gol kedua Malaysia disumbangkan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-55..Cukup menarik Gol ini..


Tahniah pasukan Malaysia..Keep it Up!!

Read more


Friendly Malaysia vs Myanmar di Kota Bharu, Kelantan


Salam,Malam ni bakal berlangsung perlawanan persahabatan antara pasukan negara menentang Myanmar di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu Kelantan. Perlawanan bakal bermula pada jam 8.40 malam. Jurulatih kebangsaan, K.Rajagopal pasti menggunakan peluang ini bagi mencuba muka-muka baru dalam skuad kebangsaan seperti Shakir Shaari, Rizal Fahmi mahupun Abdul Hadi.

Ini adalah pertama kali perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan dibuat di luar lembah Klang. Jangan lupa saksikan di Astro Arena jam 8.40 malam ini..Penyokong-penyokong Kelantan yang menyaksikan perlawanan malam ini pakai jersi Malaysia ye..tapi, semestinya ramai yang pakai jersi Kelantan malam ni..Adakah lautan merah akan kita saksikan malam ni??sama-sama kita tunggu.

Read more


Buffered Earning : Paper Mate

Terima Kasih kepada Paper Mate kerana memilih blogku untuk diletakkan Buffered Earning seterusnya..Hari tu aku ucapkan terima kasih pada nuffnang tapi nuffnang suruh ucap terima kasih pada syarikat pengiklanan tu sebab mereka yang pilih blog mana nak letak BE bukan nuffnang..hehe..


Paper Mate menghadiahkan BE di bahagian SS ataupun perkataan penuhnya skyscraper.Alhamdulillah syukur..dan BE ESPN yang sebelum ini telahpun metered..jom tengok hasilnya berape je aku dapat..huhu..


Okehlah..nak keluar dah..bye2..see you soon

Read more


Video Maharaja Lawak Minggu 12 | Siapa Layak Ke Final??

Pada minggu ini (minggu ke-12) Maharaja Lawak bersiaran dari Johor Bharu..Hanya tinggal 5 peserta yang berentap iaitu Jozan, Sepah, Jambu, R2 dan Nabil. Setiap peserta dikehendaki melakukan 2 tugasan. Tugasan pertama adalah persembahan sendiri manakala persembahan kedua bersama seorang artis lain. Minggu ini adalah minggu terakhir mereka bersiaran di luar dan kita akan ketahui siapa yang layak ke FINAl Maharaja Lawak di akhir rancagan. Jom tengok aksi-aksi persembahan mereka yang memang melucukan di bawah.
Klik saja pada mana-mana peserta yang kamu ingin saksikan: 


Minggu ni ternyata Sepah mendapat sokongan tinggi kerana mereka berasal dari Johor..Nabil juga tidak kurang hebatnya mendapat sokongan yang padu..Apepun mari kita saksikan siapa yang tersingkir dan siapa yang layak ke Final minggu depan di sini..


Sekian..Harap Korang semua enjoy dengan Maharaja Lawak Minggu ke-12

Read more


Download MP3 Maher Zain Ya Nabi Salam Alayka

Ya Nabi Salam Alayka by Maher Zain

Anta noorol lahy fajran (You are the light of Allah at dawn)
Jeita baadal osry yosran (You came after the hardship as convenience)
Rabbona aalaka kadran (Our God raised up your position)
Ya imam al anbeya’ee (Oh Imam (Leader) of the Prophets)

Anta fel wejdany hayyon (You are alive in sentiment)
Anta lel aynayny dayyon (You are the light of eyes)
Anta endal hawdy reyyon (You are the irrigation at the Hawd (basin))
Anta haden wa safeyyon (You are the absolutely pure guide)
Ya habeeby ya muhammad (My beloved Muhammad)
Ya nabey salam alayka (Oh Prophet, peace be upon you)
Ya rassool salam alayka (Oh Messenger, peace be)
Ya habeeb salam alayka (Oh beloved, peace be)
Salawatol lah alayka (The prayers of Allah be)

Yartawee bel hobby kalby (My heart irrigates with love)
Hobby khayry rosly rabby (The love of the best of Messengers of my God)
Man behee absarto darby (Whom by him I have seen my path)
Ya shafee’ee ya rassool allah (My intercessor, Oh Messenger of Allah)

Ayyohal mokhtaro feena (Oh, the chosen out from us)
Zadanal hobbo haneena (Love boosted up the nostalgia)
Jeitana bel khayry deena (You came for us with religious peace)
Ya khetamal morsaleena (Oh, final Messenger)
Ya habeeby ya muhammad (My beloved Muhammad)

Read more


Gengblogger Pun Kena Hack..


Gengblogger pun kena hacked jugak??Aku tak paham betollah..huhu..bahaya dah ni bila penggodam menyerang laman-laman web popular..huhu..Isu hangat yang diperkatakan sekarang..ape nak jadi ni?? Apee pon x boleyy..hehehe..
Dan antara pesanan yang ditinggalkan penggodam itu adalah

"Dont focus on popular blogger only.Promote them too"

dikenali sebagai adam oscar dimarco

Adios

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters