Pra-Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 2-1 Lubnan | Video Gol-Gol Malaysia


Malaysia melakarkan satu sejarah baru apabila layak ke pusingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat kumpulan apabila berjaya menewaskan Lubnan di gelanggang sendiri malam tadi. Gol pertama Malaysia berjaya dihasilkan oleh Mohd Irfan Fazail seawal minit ke-9..Satu gol yang menarik daripada beliau..


Gol kedua Malaysia pula hadir pada minit ke-40 apabila Wan Zack Haiqal berjaya menyudahkan lorongan cantik daripada Gary Steven Robbat. Malaysia mendahului 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama. 5 minit bermula separuh masa kedua, Malaysia menerima tamparan hebat apabila Gary Steven Robbat dilayangkan kad merah. Malaysia beraksi dengan 10 orang pemain dan hanya bertahan. Lubnan akhirnya menerima gol saguhati namun kedudukan kekal 2-1 hingga tamat permainan dan Malaysia layak ke pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012.



3 comments to "Pra-Kelayakan Olimpik 2012 : Malaysia 2-1 Lubnan | Video Gol-Gol Malaysia"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters