Pra-Kelayakan Olimpik 2012 : Lubnan 0-0 Malaysia


Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan 0-0. Pada babak pertama Malaysia dilihat banyak bertahan dan Lubnan banyak mengawal bola. Namun tiada jaringan dapat dihasilkan. Beberapa peluang juga diperolehi oleh Izzaq Faris Ramlan namun gagal disempurnakannya.

Bermula babak kedua, Malaysia mula mengasak namun sekali lagi ketumpulan penyudah amat mengecewakan. Jelas sekali ketiadaan Ahmad Fakhri Shaarani amat dirasai. Permainan Wan Zack Haiqal dan Irfan Fadail begitu baik malam ini namun beberapa percubaan berjaya diselamatkan penjaga gol Lubnan. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, 23 Jun ini.


7 comments to "Pra-Kelayakan Olimpik 2012 : Lubnan 0-0 Malaysia"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters