ads ads

Lelaki Memiliki 39 Isteri..

Salam..Percaya atau tidak..ini adalah keluarga terbesar di dunia..Seorang lelaki, Ziona Chana menganggap dirinya "diberkati" kerana memiliki 39 orang isteri, 94 orang anak, 14 orang menantu dan 33 orang cucu..

Mereka tinggal di kediaman mereka yang memilik 4 tingkat dan 100 bilik di Desa Baktwang, India..Setiap hari, mereka akan menyediakan 30 ekor ayam, 66 kg kentang dan 110 kg beras untuk dimasak..korang bayangkan..huhu..jom tengok gambar diorang kat bawah ni..

Ziona bersama isteri2 nya
Penempatan mereka..4 tingkat tu..
dah macam asrama lak aku tengok
Sekian

Read more


Guru Cabul 12 Orang Pelajar Wanita

Hai..macam-macam hal zaman sekarang ni..bukan pelajar je masalah..guru pun sama..
Mari tengok sedutan dari Harian Metro


KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.

“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

Baca lagi DI SINI

Read more


Online Facebook dan Twitter Hanya Menggunakan Kasut

Salam..Canggih beb..memang canggih..tapi sebenarnya bukan boleh online pun..tajuk je gempak..sebenarnya syarikat kasut adidas telah mengeluarkan kasut jenama mereka yang diberi nama Facebook dan adidas..tak caye??jom tengok gambar nih..hehe..

Facebook
twitter
smart kan??boleh dapatkan di pasaran nanti ye..sini xde jual..haha

Read more


Gambar Syuib Sepah Raja Lawak 3 Berkahwin Dengan Siti Sarah..

Salam..Tahniah Syuib Sepah yang telah menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan, iaiatu penyanyi popular tanah air..Siti Sarah Raisudin..Majlis akad nikah dilangssungkan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar jam 5.50 petang, pada 26 Februari 2011..Tahniah sekali lagi buat Syuib dan Siti Sarah..

Sesi akad nikah..
Serasi bersama
Semoga kekal abadi

Read more


Penangan Harga Getah Naik..Nina Montok Jual Tubuh Kepada Penoreh Getah..

Subhanallah..sedutan daripada harian Metro


SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu. 

Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

Baca lagi DI SINI

Read more


Pelajar Malaysia Boleh Pulang Ke Mesir Mulai 12 Mac..



KUALA LUMPUR – Penuntut Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah universiti di Mesir dan terpaksa pulang ke tanah air ekoran pergolakan politik di negara itu baru-baru ini boleh kembali ke negara tersebut untuk menyambung pengajian masing-masing mulai 12 Mac ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dicapai hasil pertemuan pasukan khas negara dengan universiti-universiti di negara itu sejak Ahad lepas hingga semalam bagi menentukan tarikh untuk memulakan pengajian.
“Penuntut bagaimanapun diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara mengenai kepastian tahap keselamatan di Mesir sebelum kembali ke negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Baca Lagi DI SINI

Read more


Kelantan Sekadar Seri 1-1 Dengan Kedah..

Salam..
Skuad Kelantan hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 apabila berkunjung ke Alor Setar menentang Kedah malam ini..Namun The Red Warrior masih mengekalkan rekod tanpa kalah season ini..Nor Shahrul Idlan Thalaha menjadi wira Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79 selepas Kedah memperolehi gol pada minit ke-57 menerusi Azlan Ismail..

Kelantan mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan, Namun gagal disudahkan oleh kapten pasukan Badri Radzi@Piya, memang sia-sia 1 chance depan gol..Pemain terbaik game malam ni diberikan kepada Nor Shahrul Idlan Thalaha..memang terbaik la Mat Yo..
Lain-lain keputusan menyaksikan Terengganu mengatasi Kuala Lumpur 2-1..di mana seorang player Kuala Lumpur menerima kad merah dalam perlawanan tersebut..sekian..

Read more


Alhamdulillah..Follower Dah Cecah 1000

Alhamdulillah..hari ni aku telah mencapai satu kejayaan dengan berjaya mengumpul 1000 follower dalam blog aku..Terima kasih kepada semua follower yang sentiasa 'support' aku dalam kerja-kerja blogging ini..


Kepada yang belum folo..silalah folo ye..Blog ni start create bulan 8 tahun 2010..baru berusia setengah tahun..dah 1000 follower..ok la tu..harap-harap lepas ni bertambah lagi..Thanks to all my follower..Luv U All guys..

Read more


Apa Yang Fabregas Kata Di Twitter Tentang Injured Dia..

Mari kita tengok apa yang Fabregas Twitt di twitternya selepas dia dikeluarkan kerana hamstring injured semasa menentang Stoke semalam..


Yang 1st kat atas tu dia masih tak sure dengan status injured dia..boleh main atau tak Final Carling Cup Ahad ni..diulangi Final ok..kalo menang dapat piala..dan dia sangat bersemangat untuk pulih..kalau tak tidur pun takpe..huhu..Go Go Al-Capitan..

dan yang kedua lak..Rasa tidak pernah putus asa sehingga ke saat yang terakhir,dia akan cuba untuk pulih segera kerana peluang untuk menjadi leader dalam perlawanan akhir tidak pernah hadir dan cukup sukar..Dia juga tetap ingin bermain walaupun injured..semangat ini patut dicontohi..Go Go Arsenal!!Yeah!!

Read more


Bayi Baru Lahir Diberi Nama "Facebook"


KAHERAH- Seorang ayah di Mesir telah mendedikasikan fenomena laman web sosial sebagai nama anaknya, Facebook. Bayi bernama unik itu menjadi tanda revolusi baru di Mesir.

Menurut laporan akhbar Al-Ahram, Jamal Ibrahim, 20 tahun, memberikan nama anak perempuannya sebagai Facebook. Ibrahim mengaku sangat kagum dengan peranan laman web sosial itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir.

Nama lengkap anak perempuannya adalah Facebook Jamal Ibrahim. Di Mesir, terdapat lebih dari lima juta pengguna Facebook, jauh lebih ramai berbanding negara lain di Timur Tengah. Pengguna Facebook terus melonjak selama satu bulan terakhir kerana revolusi Mesir. Sekurang-kurangnya, 32 ribu 'group' dan 14 ribu halaman Facebook telah muncul sejak 25 Januari.

Pemerintah Tentera Mesir juga mulai menggunakan Facebook untuk mendekati pemuda Mesir. Salah satu grafiti bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak telah dicantumkan dan membentuk perkataan ‘Terima Kasih Facebook’.

Read more


Video Khairul Fahmi Che Mat Kena Sepak Sampai Mandul Masa Lawan Pakistan..

Salam..pasti ramai yang dah tau kan keputusan Malaysia menentang Pakistan dalam perlawanan bola sepak kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Shah Alam yang berkesudahan Malaysia menang 2-0..Gol hasil jaringan Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-4 dan Mohd Irfan Fazail pada minit ke-45..

Namun, ada lagi cerita yang menarik iaitu satu insiden yang melibatkan kapten pasukan Khairul Fahmi Che Mat yang disepak..disepak di tempat sensitif plak tu..Kesian Apex..Mari tengok video ni..


OK lah Apex..penjaga gol Malaysia..Nanti kat Pakistan ko sepak balik ye player diorang..hehe

Read more


GiveAway Pertama Blog Abgteror : Jom Blogwalking Contest

ads

Syarat Penyertaan: 
Mestilah warga Asia Tenggara, tidak menggunakan auto blogwalking, tidak hisap dadah, tak buat maksiat, tak minum arak, solat jangan lupa yea, tidak pernah menderhakai kedua ibubapa, tak pernah buang bayi, tak pernah lumba haram, tak terlibat dengan masalah sosial, tak ponteng skolah dan tak pernah pecah rumah. Kalau nak folow, folow la....lau tak pun still sah penyertaan.

Cara-cara Penyertaan:
1. Ambil banner dan pamerkan ke blog anda selama kontest ini berlangsung.
2. Abgteror tak wajibkan sesiapapun untuk membuat entry atau tag rakan. (kalau nak alhamdulillah, syukur, tuhan jea yang dapat balas jasa baik anda) Abgteror benarkan untuk copy paste post ini.
3. Cara blogwalking mestilah melalui klik banner yang diberikan. (untuk mendapatkan referal blog, bukan dari shoutmix)
4. Abgteror mungkin akan kurangkan bw untuk tidak berlaku ketidakadilan. (bukan sombong)
5. Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah link terbanyak dalam stat refferal.
6. Sila sahkan penyertaan anda di ruangan komen.
TARIKH MULA: 23 Februari 2011
TARIKH TUTUP: 23 Mac 2011

Join Sini..

Read more


Filem Baru : Drive Angry 3D Di Pawagam 25 Februari Ini

 
"A vengeful father escapes from hell and chases after the men who killed his daughter and kidnapped his granddaughter."
 
dibintangi oleh Nicolas Cage, Amber Heard dan William Fichtner..
mari saksikan trailer nya di sini

Read more


Maher Zain Berduet Dengan Amy Search??

Salam..Pasti ramai tidak sabar menantikan kedatangan penyanyi popular kelahiran Lubnan, Maher Zain ke Malaysia sempena konsert yang akan diadakannya pada 25 dan 26 Februari ini di Stadium Melawati Shah Alam.


Penyanyi yang popular dengan lagu 'InsyaAllah' itu telah berjaya mencetuskan fenomena baru yang menjadi tarikan seluruh ummat di pelusuk dunia..Kedatangannya ke Malaysia bukan sahaja dinanti-nantikan oleh peminat, malah turut dinantikan oleh para penyanyi yang ingin berduet dengannya..Tapi siapa ye??

Difahamkan telah ada perbincangan dengan Maher Zain untuk menghasilkan lagu duet. Antara artis yang disebut-sebut adalah rocker tanah air, Amy Search..Selain boleh menyanyi lagu-lagu Rock, Amy juga boleh mendendangkan lagu-lagu berbentuk kerohanian..Jadi adakah peminat-peminat akan dapat menyaksikan mereka berduet??sama-sama kita saksikan nanti..

Read more


Doa Buat Isteri dan Anak..

Ya Allah..Kau berikanlah kekuatan kepada isteriku...
Ya Allah..Kau ampunilah segala dosa-dosa isteriku..
Ya Allah..Kau lindungilah isteriku..
Berilah dia kesabaran dan peliharalah dia agar dia selalu sihat..

Ya Allah..Kurniakanlah aku anak yang sempurna sifatnya
Ya Allah..Kurniakanlah aku anak yang soleh dan solehah
Ya Allah..Kurniakanlah aku anak yang bijak pandai
Ya Allah..Kurniakanlah aku anak yang dapat memelihara aku kelak..

Ya Allah Ya Tuhanku
Hindarilah keluargaku dari segala azab seksaan di dunia dan akhirat
Selamatkanlah Keluargaku Ya Allah..
Amin.

Read more


Video Kemalangan Azizul Hasni Awang Tertusuk Kayu Di Betisnya

salam..semalam The rocket pocket man ataupun Azizul Hasni Awang telahpun mengalami satu kemalangan pada pusingan terakhir kejohanan di Manchester sehingga menyebabkan serpihan kayu sepanjang 7 inci tertusuk ke betis kirinya..Namun dia bangkit semula untuk mengayuh dan menamatkan pusingan terakhir itu di tempat ketiga dan menjadi juara keseluruhan mengikut kiraan mata.Mari saksikan video ini..


Ni dia Hero Malaysia..tidak pernah putus asa..
Walaupun sakit tapi masih bangkit demi mengharumkan nama negara..
Terbaiklah Azizul Hasni Awang

Read more


Iklan Terbaru Daripada Nuffnang

Salam..Beberapa hari lalu iklan ni baru keluar..Iklan kasut Adidas yang terdiri daripada 4 jenis..boleh digunakan untuk main bola sepak, berjogging mahupun main bola keranjang..Nama iklan tu kita panggil Adizero..boleh tengok 4 jenis kasut tu dalam gambar di bawah ni..


Dalam Facebook pagenya kita dikehendaki play a game yang menggunakan kesemua jenis kasut ini..Laju woo..aku dah cube..syok jugak la..so kalo menang ada chance dapat hadiah daripada Adidas..hehe..
Ok itu saja..berminat nak tahu lebih lanjut boleh klik iklannya bila dia keluar nanti..Adios..


Read more


Aku Ingin 1 Superbike..

Salam..Boleh ke aku nak tunggang Superbike tanpa lesen B full..pastilah tak boleh kan..So sekarang ni aku just guna motor Modenas Kriss je la berulang-alik dari Kangar ke Kulim nak jumpa wife aku bila tiba weekend..Penat memang penat, panas memang panas, dan kadang2 basah kalo hujan..tapi takpelah, ni lah pengorbanan untuk kesenangan akan datang..

Tu dia..terlebih wekang..
Kalo ada sebijik superbike camni..mesti laju dan cepat perjalanan aku..buat masa skang ni 3 jam la ke Kulim dari Kangar nek motor sekali brenti..hehe..kebas tangan2 woo..Tapi kalo ada 135 LC pun dah cukup laju dah..tapi modal lak takdenya nak beli..haha..Ape pun bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang..Dan harap2 wife aku dapat ditukarkan segera ke Perlis..tak de lah aku penat sangat lagi..

Woww!!
OK lah..Ape pun..Hati-hati lah menunggang motor..tak kiralah motor ape2 pun ye..
INGATLAH ORANG TERSAYANG..JANGAN DUK LAJU JE..

Read more


AWAS!! Taktik Baru Pencuri Kereta

AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
 

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) 
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.
Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.
Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!
 
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
 
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.
Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Read more


Arsenal Menang Dengan Barcelona 2-1

Salam..
Awal bangun pagi ni..sebabnya nak tengok bola Arsenal lwn Barcelona dalam Liga Juara-Juara..tengok punya tengok, 1st half memang dikuasai Barca..sekali sekala je Arsenal dapat bola..kalo ikut ball position pun 60-40 memihak kepada Barca..sehinggalah Barca dapat 1 gol hasil cubaan lerek David Villa.perasaan dah mula kecewa dah skit sampai la tamat 1st half..

Gol David Villa
Masuk 2nd half..awal-awal tu still Barca control lagi..lepas tu game bertukar..Arsenal mempamerkan semangat pelik dan luar biasa..hasilnya gol penyamaan dari tepi oleh Van Persie pada minit ke-78.

Gol Van Persie
Lepas tu Arsenal berjaya menghasilkan satu lagi jaringan menerusi Andrey Arshavin pada minit ke-83. Time tu selak kera la aku sorak depan TV ni..hahaha..mane taknye..Arsenal menang dengan kelab terbaik dunia ni..Ape pun Gudluck Arsenal untuk 2nd leg game nanti kat Nou Camp..MOTM malam ni aku bagi kat LAurent Koscielny.


Tengok gol Van Persie..Terbaik punya!!

Read more


The Rock kembali ke gelanggang WWE

Hi guys..aku dah tak de mende dah nak cite..Tibe-tibe je nak cite pasal gusti..Gusti ni time sekolah menengah dulu layan la jugak..time Stone Cold dan The Rock dulu..siap beli CD lagi..kadang2 pi umah kawan nak tengok gusti je..lepas je diorang keluar terus tak layan..

Tapi khabar baru, The Rock dah kembali beraksi semula..selepas 7 tahun berenti dari gelanggang Raja Lawak..Eh silap..gelanggang gusti ni..Ni yang rasa nak layan gusti balik ni..Baru-baru ni The Rock telah melakukan penampilan semula sebagai host Monday Night RAW..jom layan video ni..


Gusti gusti jugak 
sembahyang jangan tinggal

Read more


Keputusan TM Liga Super Malam Ini..

Salam..
Malam tadi berlangsung beberapa perlawanan dalam Liga Super..Ini adalah perlawanan ke-4 bagi setiap pasukan..mari kita saksikan keputusannya..


Kelantan mengukuhkan kedudukan teratas Liga apabila menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur. Negeri Sembilan tewas 0-1 dengan Felda United yang beraksi 10 pemain. Johor FC dan Pahang turut mencatatkan kemenangan 1-0 menentang lawan masing-masing manakala Selangor menang 3-2 terhadap Terengganu.

Read more


Salam Maulidur Rasul Kepada Seluruh Umat Islam

Assalamualaikum..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di dunia ini..Marilah kita sama-sama mengingati Baginda S.A.W, berselawat ke atasnya dan menginsafi segala dosa-dosa kita yang lalu..Semoga sempena hari kelahiran Nabi Muhammad dapat memberi semangat dan kelahiran baru buat kita..

Tanpa Baginda kita akan sesat
Tanpa Baginda kita akan jahil
Tanpa Baginda kita pasti tak mengenali Islam
Terima kasih Rasulullah S.A.W

Marilah kita ambil masa seketika
Berselawat dan mengingati Baginda
Kita Ummatnya..


Read more


Kumpulan Balas Paling Spontan Raja Lawak

Salam..
Bagi yang tak tengok dan dah tengok Raja Lawak 5 gelanggang ke-6 Jumaat lalu, aku rasa baik korang tengok video-video diorang..Bagi aku, Kumpulan Balas adalah terbaik dalam task Spontan ni..Peserta-peserta diberikan barang 2 jam sebelum LIVE. dan mereka perlu membuat persembahan secara spontan dengan barang yang diberi..

Bagi aku kumpulan BALAS terbaik untuk episod spontan ni..jom tengok BALAS


Kumpulan LUCKY pun OK jugak..jom tengok LUCKY plak..


Dan Yang tersingkir minggu terbaru ni adalah kumpulan PUKAW..
Sekian..

Read more


Buat Duit dengan Heartbeat

Assalamualaikum..
Skang iklan nuffnang jarang keluar kan??Ape kata kita cuba cara baru buat duit iaitu melalui heartbeat..memang x jejas status Nuffnang korang..

Senang je..1st sekali korang klik la mane2 Heartbeat punya banner kat atas atau tepi ni..
bile dah masuk heartbeat punya webpage tu..cari click here for details..


Kemudian Create Account


Isi la segala maklumat peribadi yang diminta..supaya senang nanti HB nak hantar cek ataupun bank in duit..

Lepas tu..bolehla nak LOG IN mengikut email dan password yang anda tetapkan..
Dah Log In korang masuklah MY HB!Affiliate

 
 Pastu pergilah kat GET A CODE
kat situ korang pilih la nak vertical ke, horizontal ke, atau square nak letak kat blog gadget korang..senang je copy code tu..pastu paste kat add gadjet yang menggunakan format HTML ye..


Dah selesai..boleh la promosi kat orang lain lak..
sekali orang klik mengikut unique ip address dapat 4 sen..
kalau dah ramai yang klik tak SEJUTA..hehe
SELAMAT MENCUBA

Read more


Buffered Earning Sempena Chinese New Year..

Salam..
Terima kasih kepada Nuffnang yang menghadiahkan aku 1 lagi buffered earning sempena Raya Cina @ CNY iaitu iklan Celcom Blackberry Chinese New Year..
Ada jugak ek?? 
Ini adalah BE aku yang ke-2 tahun ni selepas DiGi Happy yg dahpun jadi ME..


Alhamdulillah, rezeki di bulan Februari..
So, kalau nampak iklan Celcom Blackberry bertenggek kat tepi ni..
Jangan segan-segan nak klik..
mana tau dapat Blacberry..
Tak ke untung??
Hehe..
Adios..

Read more


Krisis Di Mesir Selesai..Hosni Mubarak Letak Jawatan

Salam..
Krisis yang berlaku selama 18 hari di Mesir akhirnya akan reda selepas pemimpin negara itu Hosni Mubarak mengumumkan perletakan jawatannya dan menyerahkan kuasa kepada tentera buat sementara waktu ini..

Hosni Mubarak si kuku besi
Alhamdulillah syukur dan semoga keadaan kembali pulih seperti biasa di sana..

Read more


Pengacara TV3, Ally Iskandar Tamatkan Zaman Bujang..

Salam..
Pengacara popular TV3, Ally Iskandar dengan rasminya telah bertunang dengan Aishah Zainal, Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama. Tahniah diucapkan kepada Ally Iskandar dan pasangan, semoga anda berdua akan kekal selama-lamanya..

Di bawah ini ada sedikit gambar Ally dan pasangan..bagi mereka yang tak kenal lagi tunang Ally boleh tengok kat sini ye..

Ally Iskandar
Aishah Zainal

Read more


Kenapa Pasaraya Dah Tak Bagi Beg Plastik Skang??

Salam..
Sejak 2 menjak ni..eh dah lama rasenya..kebanyakan pasaraya seperti Care4, Parkson, The Store, Tesco melancarkan hari tanpa beg plastik..biasanya hari Sabtu dan Ahad ataupun Jumaat dan Sabtu..Kenape ek??sedangkan hari-hari tu la ramai nak pegi bershopping..Tak menyusahkan ke??sampai ada yang terpaksa tolak troley barang sampai ke kereta..


Haa..tu la..korang tak tau..sebenarnya diorang buat macam ni sebab ni semua adalah tanggungjawab bersama terhadap alam sekitar..pasal ape plak??sebab..

1) Beg plastik susah nak lupus even tanam pun masih tak lupus..
2) Sekiranya bakar akan menyebabkan pencemaran udara
3) Pembaziran kalau bagi beg plastik banyak-banyak..hehe

Oleh sebab itu..kalau nak gi shopping tu, bawalah beg atau bakul sendiri ye..
Kalau setakat satu dua barang tu, x payah la nak beg plastik jugak..
Sama-samalah kita menjaga alam sekitar
Environment yang BERSIH, tubuh kita juga yang SIHAT


Read more


Gambar Trafik Jam Teruk Balik Cuti Raye Cina Baru Ni..

Salam..
On the way balik dari Kuantan ke Kulim selepas bercuti sempena Raya Cina minggu lalu..sempat la merakamkan beberapa gambar yang mengalami JEM teruk sehinggakan kereta tak boleh bergerak langsung..hehe..

Antara kawasan-kawasan yang agak teruk adalah Tol Karak, Tol Bentong, Tapah dan Penang..Kalau dari arah utara menuju ke Kuala Lumpur lagi lah teruk..Ni semua sebab tidak merancang perjalanan dan biaselah cuti..semua ambil peluang nak balik kampung dan bermacam-macam hal lagi lah..ada yang kenduri, ada yang sambut raye Cina..semua nya last minit baru nak bertolak..macam ni lah jadinya..

banyak kan kereta
Tol Karak
Tol Bentong
Selepas Tol Bentong
Tengok..lepas tu naik bukit plak tu..Nasib baik la aku ikut Genting..kalau ikut KL memang tak gerak la jawabnye..Motifnye: Rancang lah Perjalanan Anda

Read more


Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Hong Kong Malam ini..

Skuad Malaysia bakal beraksi buat pertama kali selepas memenangi AFF Suzuki Disember tahun lalu menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan malam ini..Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam dan ada juga LIVE di Astro Arena.


Rekod pertemuan memihak kepada Hong Kong yang menang 4 kali, seri 1 kali dan tewas 1 kali.

Read more


Safee Sali Sah Milik Kelab Tercorot Liga Indonesia Pelita Jaya FC.

Penyerang bola sepak negara yang membawa pulang Piala AFF Suzuki baru-baru ini, Safee Sali bakal bermain dalam liga Indonesia pulak lepas ni selepas berjaya mengikat kontrak dan menyarung jersi kelab barunya Pelita Jaya FC.


Safee yang akan beraksi untuk Selangor buat kali terakhir Sabtu ini dan kemudian akan menyarung jersi nombor 10 Pelita Jaya. Walaubagaimanapun yuran perpindahan dirahsiakan oleh FAS atas sebab-sebab tertentu.


Harap-harap Safee dapat menimba ilmu dan pengalaman beraksi di sana dan membawa pulang ke tanah air..tetapi kenapa pilih kelab tercorot..mungkin kelab-kelab atas dah ramai star..so kelab corot la perlu Safee untuk bangkit..ape pun kelab ni juga digelar "The Young Guns"..Safee juga berkata dia menerima tawaran ini kerana dia sudah berusia 27 tahun..kalo tak terima entah bila la pulak nak dapat tawaran sebegini lagi..Adios..

Read more


Penangan Cuti Raye Cine..

Fuhh!!memang letih pulang dari kampung dengan jalan yang sangat2 jem malam tadi..tapi tak pe la penat sikit pun..sebab dapat lepas rindu kat keluarga dan rase masakan mak 2 tiga hari yang lalu..sempat jugak bawak adik-adik makan KFC dan berkelah tepi sungai..hehe..

Dah dekat seminggu aku tak online dan tak update blog..maklumlah kat kampung mane ade internet..tak kan nak kena gi cc lak..malasnye..kire blog pun cuti jugak la..tapi takpe lah..blog pun nak rehat, balik kampung juga..hehe..So, hasilnya korang tengok je la sendiri kat bawah ni..haha..


3 Februari hingga 6 Februari..bawah 10 terus pengunjung aku..yang tak leh tahan 4 Februari terus 0..hahaha..harap-harap lepas ni dapat tingkatkan semula untuk mendapatkan hasil yang lebih tinggi..InsyaAllah

Read more


Esok Balik Kampung!!

Esok aku akan memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung..dah lame tak balik..windu rasenye..tapi masalahnye baju bajan x kemas lagi nih..hadui..penatnye..dan kepada yang akan memulakan perjalanan jauh, hati-hati ye memandu..pastikan anda memakai tali pinggang keledar dan topi keledar..hehe..


So, kita nanti tengok je la ape akan berlaku seminggu selepas ni kepada blog ni..pastinya tak ramai pengunjung..sebab kat kampung x leh nak online..tak de tenet..huhu..so, blog ni pun akan ikut cuti same la..hehe..kepada rakan2 yang berbangsa Cina, Gong Xi Fa Cai la ek..

Ok lah kawan2..jumpa lagi minggu depan ye..
Assalamualaikum..

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters