Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Hong Kong Malam ini..

Skuad Malaysia bakal beraksi buat pertama kali selepas memenangi AFF Suzuki Disember tahun lalu menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan malam ini..Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam dan ada juga LIVE di Astro Arena.


Rekod pertemuan memihak kepada Hong Kong yang menang 4 kali, seri 1 kali dan tewas 1 kali.

Namun, semangat pemain-pemain Malaysia tetap utuh dan teguh untuk berlawan. Persembahan baik semasa AFF Suzuki dan Sukan Asia tahun lepas menjadi suntikan dan ancaman kepada kubu Hong Kong malam ini terutama daripada penjaring terbanyak AFF Suzuki, Safee Sali.


Beberapa pemain yang tidak disenaraikan akibat kecederaan dan masalah peribadi adalah Sharbinee Alawi, Amar Rohidan, S.Chanturu dan Izzaq Faris Ramlan. Sementara itu Norshahrul Idlan Thalaha mungkin menjadi simpanan selepas mengalami kecederaan ringan dan Fakhri Shaari dijangka bermula di barisan hadapan.

Semoga Malaysia mencapai kemenangan malam ini..


6 comments to "Perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Hong Kong Malam ini.."

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters