ads ads

Pelajar Malaysia Boleh Pulang Ke Mesir Mulai 12 Mac..



KUALA LUMPUR – Penuntut Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah universiti di Mesir dan terpaksa pulang ke tanah air ekoran pergolakan politik di negara itu baru-baru ini boleh kembali ke negara tersebut untuk menyambung pengajian masing-masing mulai 12 Mac ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dicapai hasil pertemuan pasukan khas negara dengan universiti-universiti di negara itu sejak Ahad lepas hingga semalam bagi menentukan tarikh untuk memulakan pengajian.
“Penuntut bagaimanapun diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara mengenai kepastian tahap keselamatan di Mesir sebelum kembali ke negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Baca Lagi DI SINI


0 comments to "Pelajar Malaysia Boleh Pulang Ke Mesir Mulai 12 Mac.."

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters