ads ads

Nuffnang Beri Aku Bintang..

Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ni aku begitu sibuk dan malas je rase nak update blog..banyak sangat kerja kebelakangan ni..minggu depan balik kampung cuti raya cina..kompem zero aku punya unique..hehe..Ape pun aku nak ucap ribuan terima kasih kepada Nuffnang kerana telah memberi aku sebijik bintang..Nak tau bintang ape??Meh tengok kat bawah ni..


Tu dia..
dekat leaderboard dia bagi..sebenarnye aku pun tak berape paham sangat pasal bintang ni..
Sama ada dia menunjukkan level kita ke..ataupun orang ramai klik dari situ..
ataupun iklan akan lebih berkelip di situ..
Sesiapa yang tahu tolong bagitau aku..

Tapi ape pun..tu lah..bersyukur je lah..
Ni satu lagi kejayaan dalam bidang blogging aku..
walaupun aku ni part time blogger je..
Tahniah untuk aku..!!

Read more


Kesan Kenaikan Harga Minyak Petrol

Salam..
Harga minyak petrol yang semakin naik memberi kesan kepada banyak pihak termasuklah aku..dulu RM70.00 dah boleh penuh tank kereta..skang tak lagi..mau RM80.00 lebih jugak baru penuh..Kereta aku dah la demand..nak minum RON97 je..nasib baik motor aku campur-campur.

Ada yang mengambil pendekatan menggunakan kenderaan awam je. Naik bas, naik LRT lagi senang..tak payah keluar duit minyak dan tol..bayar tambang je cukup..Tapi masa la plak banyak habis nak tunggu bas tunggu teksi semua..Senang-senang beli basikal je la..kayuh pelan2..bile rantai basikal tercabut baru la nak kena pakai minyak..haha..

Tapi..yang ni lagi best..

Kongsi kenderaan
Hahaha..berapa orang sebijik motor..nak lagi best
Korang tengok ni..


Jalan kaki je la semua..
Haha

Read more


Budak Perempuan Kutuk ALLAH dan NABI MUHAMMAD di Facebook!!

Salam..
Ni la kadang-kadang bahayanya facebook..
Tak tau nak kata pada dah..tengok je lah kat bawah ni..


Kepada yang Islam..panas kan baca ni..
Aku pun marah jugak ni..
Adios..

Read more


Salah satu punca mati pucuk!

Dalam zakar terdapat banyak kapilari-kapilari darah yang halus dan kecil. Apabila diransang, Kapilari darah ini berfungsi untuk mengalirkan lebih banyak darah kedalam zakar dan supaya ia terus tegang.

Jika kapilari darah ini tersumbat maka secara automatiknya aliran darah dalam zakar akan terganggu. Jika darah sukar atau tidak dapat memasuki zakar, maka zakar tidak dapat menegang atau separa menegang. Inilah yang dinamakan mati pucuk!!!

Apakah yang menyebabkan kapilari darah pada zakar ini tersumbat? Salah satu daripadanya adalah kolestrol. Kolestrol mempunyai ketumpatan yang padat dan mampu mendak dan menyekat aliran darah dalam kapilari. Justeru itu zakar tidak dapat menegang dengan sempurna.

Oleh itu, jauhilah makan-makanan yang berlemak dan yang mengandungi kolestrol yang tinggi. Contoh makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi adalah seperti makanan yang bergoreng, telur mata dan juga burger.



Read more


Chong Wei Juara Lagi!!

Seperti yang dijangka, Lee Chong Wei sekali lagi menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia buat kali ke-7 selepas menewaskan pemain dari Indonesia, Taufik Hidayat petang tadi.


Chong Wei bermula garang di set pertama apabila menang mudah 21-8 dalam masa hanya 16 minit. Di set kedua Chong Wei mendahului sehingga angka 18-8..sebelum Taufik bangkit sehingga 17-18..Namun Chong Wei dapat menahan tekanan dan asakan daripada Taufik dan menamatkan perlawanan dengan 21-17..

Hubungan baik Datuk Lee Chong Wei dengan Taufik jelas kelihatan apabila mereka sempat bergurau semasa majlis penyampaian hadiah..Musuh hanya di dalam gelanggang..kat luar ok..Chong Wei menerima hadiah RM96,000 sebagai juara..dan selepas ini Chong Wei akan bergegas ke KLIA untuk terbang ke Korea plak bagi menyertai terbuka Korea.

"SATU PERMULAAN BAIK BAGI LEE CHONG WEI PADA TAHUN 2011 NI TAHNIAH DATUK"

Read more


Aku Dapat CPA Earning Pertama dari Nuffnang bernilai RM 3.96!!

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur atas rezeki yang Allah kurniakan..kat sini aku nak kongsi bersama earning Click Per Action (CPA) pertama yang aku terima daripada Nuffnang..Kempen atau iklan yang dijalankan adalah iklan Milk A Deal dari 21 Januari 2011 sehingga 22 Januari 2011..Jom tengok..


Nampak tak..Aku dapat RM3.96 untuk tempoh kempen selama 2 hari tu..Excited betul aku..lepas ni harap dapat tingkatkan lagi pendapatan dan hasil daripada CPA earning ni..InsyaAllah..

Emm..mesti korang tertanya-tanya kan macamana plak CPA earning yang baru diperkenalkan ni berfungsi..??
Ha..kalau nak tahu boleh rujuk kat SINI
ataupun
terus saja rujuk di NUFFNANG

Saya sudah berjaya dapat sikit..anda bagaimana??

"Semoga perkongsian ini dapat menambahkan lagi semangat anda semua untuk terus mencuba dan mencuba"

SELAMAT BERBLOGGING

Read more


100 Trafik Unique Dalam Masa 2 Jam!! Apa Rahsianya??


Salam..

Merujuk kepada gambar di atas..tu adalah statistik views dan uniques blog aku dalam masa 2 jam yang lalu..mungkin ada yang rase sikit je tu bagi yang dah otai atau lame berblogging..tapi bagi aku yang baru lagi bergelar blogger ni..ni dah rase cukup banyak dah..baru 2 jam dah dapat 100..kalo 24 jam mau tak 1200..itupun kalo maintan la..

So, kat sini aku nak kongsi la beberapa tips yang aku buat baik menaikkan trafik aku..bukan nak menunjuk tapi sekadar nak berkongsi..

1. Buat entri yang menarik dan terkini dan ping di gengblogger, share di facebook dan twitter
2. Blogwalking dan komen di blog2 lain.
3. Blogwalking dengan cepat menggunakan Mozilla Firefox sebab dia dah simpan apa yang kita nak  cakap,kadang-kadang kita nak cakap menda same je bile singgah kat blog orang..tak perlu lagi taip..
4. Gunakan internet berkelajuan tinggi sebab memang mempengaruhi..(streamix la beb!!)
5. Usaha yang gigih tanpa rasa putus asa dan jemu..

5 je dulu aku bagi..lain kali kalo ada lagi aku share lagi..OK
Selamat Mencuba..
InsyaAllah berjaya

Read more


Chong Wei Wakil Tunggal Negara Ke Separuh akhir

Salam
Sekali lagi skuad badminton negara hanya bergantung kepada Dato Lee Chong Wei untuk membawa gelaran di kejohanan Super Series Terbuka Malaysia Ini. Chong Wei wakil tunggal negara mara ke separuh akhir selepas menewaskan Nguyen Tien Minh dari Chinese Taipei 21-15, 21-16 dalam masa 40 minit..


Namun hasrat Lee Chong Wei untuk bertemu Lin Dan di separuh akhir tidak kesampaian apabila juara sukan Olimpik itu menarik diri dan Chong Wei dijadualkan bertemu Chen Long di separuh akhir esok..

Pada perlawanan sebelum itu, beregu negara Zakry Latiff/Hoon Tien Haw tewas kepada beregu dari Jepun Naoki Kawamae/Shoji Sato 15-21, 19-21 dan gagal mara ke pusingan separuh akhir..beregu emas awal-awal lagi dah kalah dah..


Sampai bile lah Malaysia hanya ingin bergantung kepada Lee Chong Wei sahaja??
Bile skuad pelapis hebat akan muncul ni??

Read more


Iklan Baru Dari Nuffnang : Milk A Deal

Salam..
Sejak 2 menjak ni aku tengok iklan nuffnang selalu je duk joget2 gedik kat mana2 blog..dah tak ikut time dah..kalo dulu tengah malam dengan tengah hari je keluar..Mungkin sebab ada konsep iklan baru iaitu CPA iklan..iaitu Click Per Action yang mana kita akan dapat earning apabila seseorang sign up dari iklan yg mereka klik dari blog kita..

Semasa berkunjung ke blog kawan-kawan tadi..nampak pulak iklan Nuffnang yang baru ni..jom try tengok ape dia..


Ini la dia MILK A DEAL..kalo korang klik kat gambar atas ni memang takde la..sebab tu gambar edit je..hahaha..MILK A DEAL ni berfungsi dengan 3 step..untuk consumer kita perlu GET IT, SHARE IT & MILK IT..dan untuk merchant lak..ATTRACT, PARTNER US & MILK IT..Nak tau lebih lanjut boleh klik iklan ni bila dia keluar nanti..





Mungkin ini adalah salah 1 iklan CPA sebab dia ada tempat nak sign up..


SO bile ada orang sign up, kita akan dapat hasilnya..senang je konsep CPA ni..
dapat RM1-RM20 macam tu la..makin ramai orang masuk..makin bertambah la pendapatan kita..
okeh..Selamat berNUFFNANG..

Read more


AKU DEMAM..TOLONG DOAKAN AKU CEPAT SEMBUH

Salam..
Hari aku dah menggigil pagi2 bila ambik wudhuk solat Subuh..pelik jugak..biasenya tak macam ni..selepas solat macam biase..mendoakan kebahagian keluarga aku..aku terasa badan aku terketar..amat sejuk..aku terlena berselimut dengan toto tebal..


Sedar2 dah lewat sikit..tapi atas rasa tanggungjawab pada universiti dan supervisor..aku bangun jugak..bawak motor macam nak jatuh je..sampai di pejabat..buat keje skit..tanpa tanggal sweater Arsenal yang kupakai..biasa tanggal la jugak..kawan aku pinjam motor aku sebebtar..balik2 dia kata motor aku pancit lak..Motor..motor..tak nak ko pancit dengan aku ek..sib baik la dia dah tukarkan tiub..aku bayar je..

tepat jam 12 tgh hari..dengan cuaca panas terik..aku balik umah..sekali lagi rasa nak pitam je bawak motor..sampai2 umah terus tumbang..aku rasa badan aku begitu panas sekali..haduih..kesian kan..hari ni x larat nak blogwalking..mesti turun unique hari ni..kuranglah hasil untuk anak aku hari ni..tolong doakan aku cepat sembuh ye kawan2..

Rindu sangat dekat wife and baby

Read more


The Next Yuna Lahir Di Youtube

Salam..
Zaman sekarang ni ramai betul artis yang lahir dari rancangan realiti TV ataupun hanya start buat video kat Youtube je pastu boleh meletup dan glamor macam Ana Raffali..Juara AJL 25 baru-baru ni..Tapi kat sini nak tunjuk lagi seorang budak yang mempunyai bakat dan kemahiran main gitar jugak lah..boleh jadi next Yuna..pelapis masa depan..

Nama dia Najwa Latif..suara pun boleh tahan..ada wajah dan prestasi untuk naik..Kalau niat nak memartabatkan seni muzik tanah air tu tak pe la ye..teruskan usaha..mana tau satu hari boleh bawa nama negara ke peringkat lebih tinggi..Tapi, mesti korang nak tengok kan dia menyanyi..camane suara dia..gempak ke dia main gitar..jom layan video kat bawah ni..


Layan kan..banyak lagi kat Youtube tu..
Tapi kenapa banyak video dia dalam kereta ek??
Aku tak paham betollah..

Read more


Happy Internet Untuk Kota Bharu

Salam..
Berita gembira untuk penduduk Kota Bharu Kelantan..sebab diorang bakal dapat Happy Internet..nama pun happy mestilah gembira kan..Produk ni sesuai kepada kaki2 internet, facebook dan blogger Kelantan dan ia merupakan satu perkhidmatan berupa sistem prepaid..kire macam topup la kan..


Selain tu tiada komitmen kepada pelanggan..maksud dia kalo nak pakai,topup..x nak pakai tak payah topup..tak de bebanan bulan2 nak kena bayar..Pelanggan juga akan dapat menikmati Hari internet ekstra kalo topup RM10 dan RM30..

Speed plak berape ek?? Sambungan internet berterusan pada rangkaian data terluas DiGi dengan speed jalur lepar pada rangkaian Turbo 3G (14.4 Mbps HSPA)..Gile..Laju tu..




Nak Tahu lebih lanjut, Klik SINI

Read more


Follower Aku Ke-700!!

Salam..
Alhamdulillah jumlah follower dah bertambah hari ke hari..sehinggalah hari ni mencecah
700 follower
Syukur..kawan dah bertambah..satu kejayaan lagi bagi..
So,nak kenal sape yg bertuah jadi yg ke-700 ni..
ni dia..

 dengan lagu temanya Maher Zain-For The Rest Of My LIfe
 

Tenkiu buat B'Shop dan semua follower yang terus menyokong aku..
Target lepas ni 1000 follower sebelum balik cuti raya Cina
sempat ke ek??
"Di mana ada kemahuan di situ ada highway"
kata Adnan Sempit

Read more


KEMPEN PERANGI BLOGGER PENIPU!!

Assalamualaikum..
Atas rasa tanggungjawab aku pun nak post jugak agar kawan-kawan semua tidak tertipu lagi..Kepada yang belum tahu..terdapat segelintir blogger yang menipu kita melalui shoutbox untuk mendapatkan trafik dan keuntungan kepada diri mereka..Sila rujuk blog Pendekar Berkuda untuk lebih lanjut..


Dan ada beberapa blogger yang telah kantoi dan ditangkap oleh pendekar-pendekar kita..diorang ingat diorang pandai sangat..rupenya tidak..setinggi-tinggi beruk melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..
dan list blogger penipu ni aku dapat dari blog AUC dan OZZY

korang pun mesti kenal diorang..mesti banyak kali jumpa kat shoutbox korang..macam aku jugak..
ni dia..
  1. Newbie
  2. Kasim Ahmad (BulanPurnama | MariLompat)
  3. Innovator - 
  4. Joe -
  5. Fashion Girl
  6. SK-Sembang Kosong (Ni Paling Popular)
  7. Popolita
  8. Cilupbah (Ni mesti korang kenal kan)
  9. Anggur
  10. Melati Putih
  11. Cahaya Cinta
  12. Suhaisweet
  13. GetMovie124
  14. Umar Yang Cute (2nd Popular)
  15. Blur a.k.a Jiwa Kacau (yang ni stail BW pendek2 je)
  16. Syamsid - 
  17. Joe a.k.a Faizol-1
Ok..ambiklah tindakan yang sewajarnya..deletelah daripada list follower anda..dan jangan ke blog mereka lagi..Please Support Kempen Ni!!

Read more


8 Tips Menjadi Isteri Solehah

Wanita dan isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati.

Begitu juga dalam kehidupan berumahtanggan dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Oleh itu, pada blog post kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips-tips yang boleh anda amalkan sebagai seorang isteri untuk menjadi seorang isteri solehah.

Berikut adalah tips-tips tersebut:

* Jangan sesekali anda meninggikan suara anda kepada suami anda.
* Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.
* Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.
* Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.
* Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.
* Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.
* Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.
* Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.



Selamat beramal..InsyaAllah kekal bahagia

Read more


Tevez Miss Someone!!

Pemain bola sepak antarabangsa Argentina, Carlos Tevez menyatakan yang dia sedang merindukan seseorang sekarang ni..siapakah dia..??..Nak tahu??..Tevez yang kini bermain untuk kelab Manchester City ada menyatakan dalam satu temubual..

I miss her..
I miss her so much..


..
..
..
..
..
..
..
..
i miss penalty very much
malam tadi pun aku miss lagi..
penalty oh penalty..

demm..

Read more


BERAPA JUMLAH KAMBING

Saja nak join kontest..mana tau ada rezeki..bleh menang..


Nak Tau Syarat2nya
Klik SINI


Berape ek agak2??
Jawapan pertama aku = 15 ekor
Jawapan kedua = 16 ekor

Tag 3 orang

Tarik tutup: 27 Feb 2011

Hadiah 50 Hengget tu!!

Read more


Maggi Makanan Wajib Bagi Student..Betul Ke??

Salam..
Betul ke Maggi menjadi makanan rutin atau wajib bagi student..?? Kalau ikut pendapat aku memang betullah..sebab aku pun student..dan skang pun masih duk makan meggi je lagi..hehe..Kalau nak cerita ikut pengalaman, masa sekolah memang selalu makan meggi..sebab aku duk asrama..dan memang susah nak cari makanan malam2 atau hujung minggu..takkan nak biar perut lapar je..lagipun meggi la paling senang nak masak..tuang air panas..tunggu 2 minit dah masak..hehe..

2 minit je ok
Kalau tengok pada peringkat lebih tinggi (IPTA/IPTS)..kompem student makan meggi je last2 sem..sebabnye duit loan atau biasiswa dah habis..time2 awal dapat PTPTN tu macam2 benda pi beli..laptoplah..motor lah..makan tak leh nak kalah..semua fast food je..kalo ikut statistik memang KFC, PizzaHut penuh la awal2 sem lepas dapat duit tu..hujung2 sem..stok megi kat koperasi pun habis..hahaha..

Apepun..tak elok sebenarnya selalu sangat makan megi banyak2 atau acapkali ni..sebab megi ada bahan2 yang boleh membahayakan kesihatan..tapi kalo nak lagi sedap megi korang try la resipi aku iaitu tambah sos cili thai dalam megi korang..syok!!Oklah aku terpaksa pergi dulu sebab megi aku sudah kembang!..HAHAHA

Read more


Jadual Gaji Kaki Tangan Awam 2011

Salam..sedar tak sedar dah masuk bulan 1 tahun 2011..dan gaji pun dah nak masuk ek..untuk bulan pertama 2011 ni..tapi bile ek??Agak-agak bile tu??bape haribulan..jom tengok sini untuk jadual kemasukan gaji bagi mereka yang bekerja kerajaan je la..hehehe


So,kepada semua pekerja kakitangan kerajaan di luar sana bolehlah membuat perancangan dalam perbelanjaan takut ada gaji yang masuk awal kerana perayaan ape2..takut nanti hujung bulan sengket lak..hehe..dan kepada anak-anak di luar sane, boleh cek jugak jadual ni sebelum menge"pow" mak ayah tu ye..hehe..adios..

Read more


Korang Nak Tau Tak Bile Nuffnang Akan Bangun??

Salam..
Hari ni aku penat sikit..sebabnye baru pulang daripada Kulim..hantar wife aku ke sana..Ape pun aku nak kongsi satu rahsia dengan korang semua..iaitu masa bile iklan nuffnang akan bangun dan gerak2 dengan gediknya kat blog korang..Sebenarnya iklan nuffnang ni bergantung pada unique trafik korang jugak..makin tinggi unique korang makin banyaklah iklan yang melekat kat blog korang..


Mengikut kajian aku..ceh..aku buat kajian dowh..Iklan Nuffnang akan bergerak pantas waktu peak hour dia iaitu pukul 12.00 malam dan 12.00 tengah hari..tak percaye??tak percaye korang leh try tengok atau refresh blog korang kul 12 malam lebih2 skit..ok..Time tu korang Blogwalking la untuk naikkan trafik korang dan dapatkan pelanggan..hehe..teknik BW dengan pantas nanti aku cerita len kali..haha..

Masa 12 malam dan 12 tengah hari tu terkecuali kepada yang dapat Buffered Earning (BE) sebab iklan BE akan terkelip-kelip tak kira masa di blog kamu yer..harus tahu yang itu..untuk siapa yang dapat..boleh promote blog bila-bila masa jer..bagi yang takde BE dan baru dalam nuffnang ni..gunalah waktu kemuncak yang telah aku nyatakan untuk mencari hasil sampingan..Okeh..Selamat Berjuang!!

Read more


Kisah Aku, Sebijik Burger dan Pengorbanan Seorang Ibu..

Semalam aku pergi beli burger untuk wife aku..sebab dia x lalu nak makan nasi..so dia kata nak makan burger..aku beli la burger..Tapi bukan Nom Nom burger ek..hehe..masa tunggu brader burger tu masak burger untuk aku..tibe2 aku teringat satu kisah mase kita kecik dulu..

Once upon a time..hehe..aku ni dilahirkan di Kelantan tapi aku membesar di Kuantan, Pahang..Mak aku orang Kelantan dan Ayah aku orang Pahang..So, aku menetap kat Kuantan la..Keluarga aku bukan keluarga yang senang..ayah aku kerja drebar je kat Jabatan Ukur dan mak aku lak surirumah sepenuh masa..Tapi tiap2 tahun kitorang akan balik kampung di Pasir Mas..masa tu ayah aku tak de kreta lagi..aku pun sekolah lagi masa tu..kami semua naik bas je la..

Gambar hiasan,tiada kaitan dengan cerita ini..haha
Yang aku ingat masa tu bas ni on the way balik dari Kelantan ke Kuantan..Masa tu bas brenti kat satu perhentian atau cam kedai tepi jalan la kat Dungun..Bas Trans masa tu..aku ingat lagi..Pastu kami semua turun..tapi masa tu dah lewat malam..makanan dah tak de..yang ade burger je..aku bajet burger tu dalam RM1 je sebijik..pastu Mak aku (aku panggil ma) pun order la burger tu untuk kami adik beradik..

Time nak bayar tu..terkejut nye bile harga dia RM2.50 sebijik..YA ALLAH mahalnya..aku tanya ma aku..kenape beli jugak burger mahal ni..padahal simple jer..kalo kat tempat kitorang memang sehengget je mase tu..Ma aku cakap " Tak pelah untuk anak-anak..Nanti lapar pulak"..Mase tu aku sangat terharu dengan pengorbanan ibuku itu..walaupun aku tahu dia dah banyak berhabis duit masa balik kampung..

Ma
Aku pasti korang semua kat luar sane mempunyai seorang ibu..yang takkan membiarkan anaknya lapar dan susah..walaupun dia terpaksa susah payah mencari duit..korang ingatlah korang sekolah blaja tinggi2 sape yang bagi duit, sape yang tolong korang time korang susah..Kepada yang duduk berjauhan dengan ibu tu..ambil lah peluang cuti CNY nanti untuk menjenguk mereka..dan bawalah pulang sesuatu walaupun sebijik burger!!Ok..Terima Kasih ma,kini aku bersyukur aku sudah berjaya dan dapat tolong mak aku lak..semuanya berkat doa dan pengorbanan dia juga..Alhamdulillah..

Read more


Baru Hari tu 500..Skang Dah 600!!

Aku rase baru je hari tu aku post pasal follower aku yang ke-500..Sedar tak sedar hari ni dah genap lak 600 follower..setiap seratus aku akan update kat sini..dan follower aku yang ke-600 yang bertuah sangat sebab dapat dipromosikan kat sini hari ni adalah Nida.. dengan blognya kakyongnida.blogspot.com..

Pinjam gambar jap
Inilah blog dia..Aku dia dan kamoo..Jomlah terjah blog dia dan folo dia..Aku dah folo dia dah..no 60..dia folo aku 600..haha..cam best jer..OK lah lepas ni target 1000 follower plak sebelum Raye Cina..hehe..

Kepada yang aku belum folo balik tu..aku akan menyusul nanti..jangan risau..skang ni sibuk skit..dan internet slow..hehe..Tenkiu semua follower..

Read more


KUIZ MESRA BLOGGER BERSAMA PEMBAWA WACANA


 Nak join kuiz pagi2 buta ni jap la..haha

Soalan 1) Siapakah yang berasal dari Kota Bharu
Jawapan:  A) Aliaa Mizan
Soalan 2) Siapakah yang berasal dari Sepang?
Jawapan: D) Nurul Amalina Hassan

tag seorang rakan

Nak join klik sini



Read more


Giveaway 2010 dari TiniHani.com

Nak join Giveaway ni plak..hadiah baju beb!!Jom join..


Kenapa aku ingin menang hadiah daripada TiniHani.com??
Sebab hadiah ni menarik dan so sweet..selain membantu TiniHani.com memperluas perniagaannya..

Kalau menang T-Shirt nak jahit??
Nama: Pucheh
gambar: Bola..kalo boleh logo Arsenal..hehe..

Like Ini

Tarikh tutup 14 Januari 2011
Harap2 ade Luck kali nih..

Read more


Alycia 1st Giveaway

Jom Join Giveaway mudah ini..


mudah saje..simple..dah siap..hehe..
follow..tepek banner skit..dan..
tggu keputusan
tarikh tutup..31-1-11..
Nak join..klik sini

Read more


11.11.11.1.11 Ada Apa Dengan Angka Ini??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mesti korang tertanya-tanya apekah maksud bagi angka 11.11.11.1.11..cantik number ni..sape2 kawin pada tarikh 11.1.11 ni pun cantik..senang nak ingat..tapi tu maksud bagi angka belakang tu..depan tu plak ape die der??

Ha..jawapannya ni hanya kebetulan jer..korang leh tengok entri aku yang pasal Honda Civic ni..korang tengok jam dia..ia dipost pada pukul 11:11 malam..macam terkena jer..hahaha..tak de pe dah nak merapu..cam bertuah jer entri tu..dan dapat komen yang banyak termasuk la komen daripada aku sendiri..hahahaha..


Oklah kawan2..aku penat tido lewat semalam..got to go..tido dulu..bye3..

Read more


Honda Civic Model Baru Tahun 2011/2012

Salam..hari nak tunjuk skit model Honda Civic baru yang bakal dikeluarkan pada tahun ini ataupun mungkin tahun 2012 nanti..Ada dua jenis iaitu Coupe dan jugak Sedan..Jom tengok gambar kat bawah ni..amacam?? Mengancam tak??

Coupe
Sedan
Coupe nampak agak sporty..tapi design dia 2 pintu jer..masalah skit bagi yang berkeluarga..Tapi tak pe, Sedan kan ada..boleh muat ramai ni..CC pun pastinya 1.8 ke atas nih..hehe..tapi harga dia masih belum dapat dipastikan lagi ye..sori ek semua..hehe..Meh layan lagi gambar dari sudut yang berbeza..


Pandangan hadapan
Dari atas
Amacam?? Cantik tak??Okehlah..setakat tu jelah buat hari ni..
Nanti dulu..kalo nak tahu..
Ni la jugak kereta idaman wife aku..Hehehe..




Read more


EH!! Sedar tak sedar Follower Aku Dah 5 Ratus!!

Salam..
Tahniah sekali lagi buat aku sebab dah berjaya mencapai 500 orang follower pada awal tahun 2011 ni..
So macam biasalah..aku nak promote la skit kepada follower aku yang ke-500 ni..bertuah nyer..
beliau yang dimaksudkan ialah


So, terima kasih ye coffeepinkee kerana sudi jadi follower aku dan terima kasih jugak kepada semua follower2 aku..Jom kawan-kawan kita terjah blog coffeepinkee plak dan folo dia..hehe
Lepas ni target 1000 pollower plak..hehehe..
Adios




Read more


Ishh Macamana Aku Boleh Lupe Lesen Aku Dah Mati Ni ??

Assalamualaikum..
Hari ni aku bernasib baik sebab tak de road block kat jalan..kalo tak kompem aku dah kena saman..camane la aku leh lupe lak yang lesen memandu aku dah tamat tempoh atau expired 8-1-11 baru ni..ish3..la..


Aku boleh rilek je pagi tadi bawak motor pegi keje..slumber je tanpa rase bersalah..sampai-sampai tempat kerja barulah aku teringat..yang lesen aku dah mati..memang sengal lah aku nih..aku pun plan nak gi JPJ tengah hari skit..sebab masa tu polis dan JPJ kluar makan..kompem tak de road block punye..hehe

Dalam perjalanan ke JPJ tu memang berdebar r..sampai je pintu JPJ tu..fuhh!! Lega rasanya..
Bila dah siap lesen baru lagi lega..boleh pulang dengan hati yang tenang..So, korang yang duk baca ni..baik cek lesen korang sekarang kot2 dah expired ke..cepat2 lah pi buat baru..yang ade tempoh lagi seminggu ke..pi lah buat cepat2..takde la kalut cam aku tadi..
Ni Kisah lupa aku..Jom Layan kisah lupa dia ni lak..





Read more


Keputusan AJL 25 !!

Ini adalah keputusan penuh AJL tahun ni ye..hehe..

Juara : Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Naib Juara : Drama King - Meet Uncle Hussein & Black
Ketiga : Noktah Cinta - Hafiz
Vokal Terbaik : Noktah Cinta - Vokal Terbaik
Persembahan Terbaik : Hanyut - Faizal Tahir
 
 Jom layan lagu juara





Read more


Facebook Akan Dimansuhkan Bulan Mac Ni!!

Hello..Salam semua..Jangan terkejut..jangan terkilan..ni semua bukan reka cerita..ni pengakuan ikhlas dari Mark Zuckerberg sendiri..dan sumber pun ada kat bawah tu..semua ni ada kebaikan dan keburukan dia..meh layan..


PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”
Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”
Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion.

But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Read more

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters