ads ads

Pemain AFF Suzuki Cup Malaysia dari Terengganu Dapat Tanah

Kerajaan Negeri Terengganu akan memberi ganjaran dan habuan buat pemain Malaysia yang berasal dari Terengganu yang bermain untuk Piala AFF Suzuki bulan lalu. Ganjaran ini bagi memperingati dan menghargai jasa mereka membawa pulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali ke tanah air.

Mereka akan menerima tanah lot dan RM5000 seorang tetapi kawasan mana belum ditentukan lagi kerana perlu dikaji mengikut daerah penempatan mereka. Pemain-pemain yang berasal dari Terengganu adalah Mohamad Ashaari Shamsuddin, Sharbinee Allawee, Nor Shahrul Idlan Thalaha, Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Faizal Muhammad..6 orang kesemuanya.

Ashaari, sumbang satu gol di Final

Sharbinee dilaser

Norshahrul..penggerak utama serangan

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meyatakan rasa bangganya kerana terdapat seramai 6 orang anak Terengganu yang menyarung jersi kebangsaan bulan lalu. Kerajaan Negeri lain pulak macamane..wira-wira kita patut disanjung..




3 comments to "Pemain AFF Suzuki Cup Malaysia dari Terengganu Dapat Tanah"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters