Chong Wei Juara Lagi!!

Seperti yang dijangka, Lee Chong Wei sekali lagi menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia buat kali ke-7 selepas menewaskan pemain dari Indonesia, Taufik Hidayat petang tadi.


Chong Wei bermula garang di set pertama apabila menang mudah 21-8 dalam masa hanya 16 minit. Di set kedua Chong Wei mendahului sehingga angka 18-8..sebelum Taufik bangkit sehingga 17-18..Namun Chong Wei dapat menahan tekanan dan asakan daripada Taufik dan menamatkan perlawanan dengan 21-17..

Hubungan baik Datuk Lee Chong Wei dengan Taufik jelas kelihatan apabila mereka sempat bergurau semasa majlis penyampaian hadiah..Musuh hanya di dalam gelanggang..kat luar ok..Chong Wei menerima hadiah RM96,000 sebagai juara..dan selepas ini Chong Wei akan bergegas ke KLIA untuk terbang ke Korea plak bagi menyertai terbuka Korea.

"SATU PERMULAAN BAIK BAGI LEE CHONG WEI PADA TAHUN 2011 NI TAHNIAH DATUK"


10 comments to "Chong Wei Juara Lagi!!"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters