Laser Punca Kemenangan

Adakah boleh dikatakan Laser adalah menjadi punca kemenangan Malaysia semalam??..bagi aku laser tu tak la sepenuhnya membantu kem Malaysia..Bagi aku the fisrt thing adalah semangat juang dan corak permainan pemain Malaysia yang memberansangkan..Laser tu hanya membantu mengganggu kosentrasi dan fokus player Indon je..


Aku sangat-sangat memuji barisan muda pemain negara semalam kerana bersungguh-sungguh mencari gol..terutamanya barisan serangan..Nor Shahrul Idlan Thalaha beraksi baik bagi mengumpan untuk Safee Sali untuk gol pertama dan Ashaari Shamsudin untuk gol kedua. Safee sekali lagi menanduk cantik untuk gol ketiga negara. Bekalan selesa sebelum berlepas ke Jakarta.


Korang boleh bayangkan lah harga laser akan naik dalam masa 2-3 hari ni di Jakarta dan permintaan mendadak tinggi sebelum bermulanya 2nd leg nanti..Pastinya semua penyokong Indon nak balas dendam..So, player2 Malaysia akan mempersiapkan diri dengan Spec Edgar Davis lepas ni terutamanya keeper, Khairul Fahmi Che Mat..hehehe..


Apepun tahniah buat Malaysia dan diharap Malaysia dapat melakar sejarah baru apabila menjadi negara ke-4 memenangi Piala AFF Suzuki ini selepas Thailand, Singapore dan Vietnam..dan semangat satu padu memberi sokongan macam ni lah yang kita mahukan dalam negara Malaysia yang aman damai ini..Wassalam





4 comments to "Laser Punca Kemenangan"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters