Malaysia Tewas 5-1 Kepada Indon

Malaysia memulakan kempen AFF Piala Suzuki dengan kekalahan teruk 5-1 ke atas Indonesia. Memang percaturan Rajagopal betul-betul tidak menjadi malam ini. Walaupun telah mendahului melalui volley menarik daripada Shahrul Idlan Thalaha pada minit ke-18.

Kisah malang Malaysia bermula apabila Asrarudin menjaringkan gol sendiri 4 minit kemudian. dan Muslim Ahmad pula dengan mudah dilepasi Gonzalez untuk gol kedua Indon.


Percaturan Rajagopal meletakkan Sharbinie Alawi sebagai penjaga nampak silap kerana dia gagal menangkap kemas percubaan-percubaan pemain indon dan sememangnya untuk perlawanan seterusnya menurunkan Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang ketika di Sukan Asia.

Gandingan Amri Yahya dgn Safiq Rahim di bahagian tengah juga tidak menjadi dan sepatutnya menggunakan seorang defensive midfield seperti Gurusamy atau Amar Rohidan untuk membantu pertahanan. Akibatnya, Indon menambah lagi 3 gol pada separuh masa kedua. Rajagopal juga mengeluarkan pertahanan kanan yang sepatutnya dikekalkan, dan yang patut keluar adalah Asrarudin. Manakala Amirul Hadi terpaksa didropped ke bahagian pertahanan kanan. Untuk game seterusnya,percaturan harus dikaji dan dilakukan dengan teliti bagi menutup segala kelemahan Malaysia yang jelas ketara pada malam ini.




1 comments to "Malaysia Tewas 5-1 Kepada Indon"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters