ads ads

Tradegi Tanah Runtuh Menimpa Rumah Anak Yatim Hulu Langat


Allahuakbar..apa lagi yang dapat dikatakan..semuanya takdir dari Tuhan..Sama-samalah kita meratapi satu tragedi tanah runtuh yang telah menimpa sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat semalam..Kejadian ini telah telah mengakibatkan beberapa kematian akibat penghuni-penghuni di situ tertimbus tanah sekelip mata..Tapi syukur ada juga yang terselamat dan ada juga yang tercedera.

Tragedi yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang semalam berlaku akibat cuaca, keadaan muka bumi dan geologi yang turut dikaitkan dengan sumber air atas bukit. Pergerakan air dari atas bukit membawa sekali pokok batu dan menyebabkan pergerakan tanah menjadi punca utama tragedi semalam.



Saksi yang mendengar buniy tanah runtuh, dan mangsa yang terselamat cuba menyelamatkan rakan mereka dengan menggali tanah runtuhan menggunakan tanah..Namun, apakan daya timbunan itu terlalu tinggi dan difahamkan setakat jam 7.00 malam semalam masih ada 14 orang yang terperangkap di bawah timbunan. Kerja-kerja mencari mangsa masih lagi dijalankan..

MasyaAllah..insaflah kawan-kawan..sekali Allah ingin menarik nyawa kita,sekelip mata je Dia boleh ambil..sesungguhnya Allah lebih menyayangi anak-anak yatim itu dan semoga mereka yang pergi ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..salam..


10 comments to "Tradegi Tanah Runtuh Menimpa Rumah Anak Yatim Hulu Langat"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters