Siapa Peserta Maharaja Lawak Paling Kreatif??

Dengan penyingkiran 2 peserta di awal episod minggu ketiga iaitu Wai dan XN3 ditambah pula 1 lagi di akhir episod iaitu R2, Maharaja Lawak kini tinggal 9 peserta je lagi..Persaingan memang sengit dengan prestasi beberapa peserta seperti Alex, Balas dan Man yang naik jika dibandingkan minggu-minggu sebelum..Feberet memang tetap diletakkan pada Jozan, Nabil dan juga Sepah. Namun yang aku nak bincang kat sini siapa peserta paling kreatif??hehehe


Bagi aku mamat dalam gambar di atas aka Nabil, Juara Raja Lawak 2..memang paling kreatif..sebab ape??1st sebab dia seorang..takde geng macam Sepah, Jambu or Jozan..Then idea2 dia memang membuatkan orang tertarik nak tengok..walaupun dia gunakan probe..Susah nak buat stand up comedy secara solo ni..semua benda kene pikir sendiri..walaupun dia banyak dikaitkan dengan kontroversi, tapi aku still respect dengan cara dia menghiburkan orang..memang ada cara dia tersendiri..hehehe..


OKlah, pada pendapat korang siapa pulak??mestilah pelawak kegemaran korang kan..Aku tak kata dia paling lawak, tapi dia paling kreatif je..hehe..Alex pun minggu ni nampak kreatif jugak..Bagi sape2 yang tak tengok lagi persembahan minggu muzikal komedi diorang..kat bawah ni aku tinggalkan link youtube untuk korang bagi setiap peserta..okeh..Layan..





42 comments to "Siapa Peserta Maharaja Lawak Paling Kreatif??"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters