ads ads

Fantasy Premier League Pep Rotation


Pep Rotation
Selepas melihat kesebelasan utama game Premierleague dan UCL bagi Man City, kita mungkin boleh mengkaji sedikit perubahan yang sering dilakukan oleh Pep.
Pemain yang bermain 90 minit berturut-turut dalam 2 game mungkin direhatkan kerana Man City masih ada game EFL pada midweek minggu hadapan.
Saya jangkakan Sterling tidak akan start bagi game EPL vs Aston Villa hujung minggu ini, dan Pep akan menggunakan Bernardo dan juga Mahrez di bahagian wide.
Ageuro dijangka berada dalam kesebelasan utama Sabtu ini dan Jesus akan disimpan untuk menghadapi EFL Cup.
Bahagian tengah Rodri mengalami kecederaan dan tempatnya akan diganti oleh Fernandinho sebagai DM, manakala David Silva yang tidak bermain langsung semalam akan mengambil tempatnya semula sebagai AM bersama dengan KDB. KDB merupakan watak penting dalam Man City dan perlu ada dalam setiap perlawanan.
Pertahanan pula akan menyaksikan kembalinya Stones dan Otamendi dalam kesebelasan utama di bahagian tengah, manakala kanan mungkin Joao Cancelo akan start berbanding Walker dan kiri semestinya Mendy.
Manakala Keeper sudah pasti Ederson.
Predicted Line-Up Man City vs Aston Villa, Taktikal 4-3-3
Ederson, Cancelo, Stones, Otamendi, Mendy, Fernandinho, KDB, David Silva, Bernardo, Mahrez, Aguero.
Hanya pandangan peribadi. Jangan percaya Pep.


1 comments to "Fantasy Premier League Pep Rotation"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters