Download Ombak Rindu


Baru kuar pawagam beb, takkan dah boleh download?? Tunggu la kuar Astro First dulu..huhu..anyway kalian semua jangan risau nanti dah ada link downloadnya saya akan sharekan kepada anda semua ya..hehehe..untuk hari ni saya akan ceritakan serba sedikit sinopsis filem Ombak Rindu yang dikatakan hebat dan laris di pawagam sekarang.

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Saksikan promo dalam video di bawah

 


2 comments to "Download Ombak Rindu"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters