ads ads

Barisan Kemungkinan Malaysia vs Japan | Bola Sepak Kelayakan Olimpik


Malaysia akan memulakan kempen bola sepak kelayakan sukan Olimpik zon Asia peringkat kumpulan pada petang ini jam 7.00 malam menentang Japan di Stadium Tosu, Japan. Siaran Langsung akan disiarkan di RTM TV2 dan juga Astro Arena.

Barisan kemungkinan yang akan beraksi pada petang ini adalah, di posisi penjaga gol sudah semestinya Khairul Fahmi Che Mat. Defend kanan Mahali Jasuli, defend kiri Zubir Azmi manakala pertahanan tengah dibarisi Muslim Ahmad dan Fadhli Shas.

Barisan tengah akan dikemudi oleh K.Gurusamy dan juga Abdul Syukor Jusoh kerana Irfan Fazail diberitakan cedera. Manakala sayap kanan Wan Zack Haikal dan di sebelah kiri Fandi Othman. Tugas penyerang pula bakal dipikul oleh Izzaq Faris Ramlan dan Thamil Arasu dan back up mereka di bahagian simpanan adalah Izwan Solahuddin.

Semoga Malaysia beroleh kemenangan

Selamat Menonton dan Selamat Menyokong!


2 comments to "Barisan Kemungkinan Malaysia vs Japan | Bola Sepak Kelayakan Olimpik"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

My Blog List

Web hosting for webmasters