Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 | Hairuddin Omar Tekad Cipta Sejarah


Penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar bertekad untuk menjaringkan gol di Final Piala Malaysia 2012 yang akan berlangsung 20 Oktober 2012 di Stadium Shah Alam. Hairuddin yang merupakan satu-satunya pemain yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir selama 4 tahun berturut-turut.

Pada tahun 2009, Hairuddin telah berjaya memenangi Piala Malaysia bersama Negeri Sembilan dan beliau telah menjaringkan satu gol pada perlawanan itu, diikuti pada tahun 2010, Hairuddin juga telah menumbat satu gol bagi membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada tahun tersebut.

Dan pada tahun lepas, 2011, beliau sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan buat Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011. Dan pada tahun ini, beliau sekali lagi berpeluang untuk menjaringkan gol di perlawanan akhir dan seterusnya membawa ATM menjadi juara. Adakah Hairuddin akan berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia buat tahun keempat berturut-turut? sama-sama kita nantikan.


0 comments to "Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 | Hairuddin Omar Tekad Cipta Sejarah"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters