ads ads

Gempa Bumi Di Myanmar


Selepas gempa bumi di Jepun dan bencana tsunami di sana, kini satu lagi bencana alam melanda negara Myanmar pula..Kali ini, gempa bumi itu melanda kawasan segi tiga Emas berhampiran sempadan Thailand dengan skala Richer 6.9. Satu skala yang agak tinggi juga. Kejadian itu telah mengakibatkan 70 orang terbunuh di Myanmar manakala seorang di Thailand dan beratus-ratus bangunan musnah akibat gegaran itu.

Dilaporkan bahawa gegaran itu dapat dirasai hingga ke kota Bangkok iaitu kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa bumi. akibat daripada kejadian gempa bumi kuat itu, beberapa jalan terpaksa ditutup kerana dihalang oleh runtuhan bangunan. Sementara itu, jabatan kajicuaca Thailand mencatatkan bahawa terdapat 6 gempa bumi susulan selepas gempa bumi kuat itu.


8 comments to "Gempa Bumi Di Myanmar"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters