ads ads

Buat Duit Dengan Blog

Assalamualaikum..Sebenarnya hari ni pucheh nak join satu contest yang dianjurkan oleh blog 2dayblogger..dan contest itu mengkehendaki pucheh atau para pesertanya membuat satu entri daripada beberapa keyword yang dipertandingkan..dan pucheh telah memilih keyword "Buat Duit Dengan Blog". Sambil-sambil join contest ni boleh la pucheh share dengan korang ye macam mana cara-cara Buat Duit Dengan Blog.Pucheh pun nak share pengalaman pucheh buat duit dengan blog ni..

1. First sekali basic nak buat duit dengan blog, kita haruslah memiliki blog..kalau takde blog camane nak buat duit kan..huhuhu..tak kisah la samaada blog free ke atau berbayar..yang free tu boleh daftar dengan blogspot manakala yang berbayar tu boleh la beli domain dan hosting sendiri ye..keluar duit sikit nak buat duit,ape salahnya,banyak pakej dah sekarang..bayar ikut tahunan..huhu..tapi pucheh cuba dulu dengan blogspot..

2. Kemudian, nak buat duit dengan blog ni kita kena daftar dengan syarikat pengiklanan..supaya ada iklan yang akan diletakkan dalam blog kita nanti atau dalam kata lain ditepekkan kat blog kita..hehe..Caranya??senang je..anda boleh pilih beberapa syarikat pengiklanan blog seperti Nuffnang, advertlets, Innity dan macam-macam lagi..Buat permulaan pucheh pilih Nuffnang sebabnya dia tak tengok trafik blog kita berape..so awal-awal berblogging mana la ada trafik sangat..So,pucheh daftar dengan Nuffnang.

Earning pucheh dengan Nuffnang setakat ini
3. Bila kita dah siap daftar dengan syarikat pengiklanan tu, step seterusnya nak buat duit dengan blog ini adalah kita letakkan kod iklan yang diberi. Cara-cara dan contohnya ada pucheh tunjukkan di SINI.

4. So, the next step adalah kita cari pengunjung ke blog kita. Lagi ramai pengunjung yang datang dan klik iklan di blog kita..lagi bertambahlah earning kita..bila bertambah earning bertambahlah duit..hehe..Dulu blog pucheh pun tak ramai pengunjung, tapi sekarang dah stabil sikit..macam-macam pucheh buat antaranya berblogwalking, buat entri-entri yang menarik, share link kat facebook,twiiter, ping blog, cari follower dan sebagainya..dan Hasilnya pucheh dah dapat CASH OUT earning Nuffnang pucheh..Buktinya ada di SINI

Trafik blog pucheh..tak banyak pun..
5. Selain daripada Nuffnang kita juga boleh mendapatkan duit dengan blog ini dengan cara meletakkan iklan Churpchurp atau says. Nak daftar churpchurp boleh la KLIK SINI..Manakala says pulak KLIK SINI. Nasihat pucheh janganlah bergantung pada satu blog sahaja..dan rajin-rajinlah berblogging..Selamat Mencuba semua..JOM BUAT DUIT DENGAN BLOG..

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger, upprofits, broframestone , MJ,MySuperKids Dan Muje“.


5 comments to "Buat Duit Dengan Blog"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters