ads ads

Keputusan Malaysia vs Singapore | Highlight Perlawanan | Di Mana Silapnya??


Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan kelayakan piala dunia 2014 menentang Singapura sekaligus tewas dengan agregat 4-6. Malaysia mendahului 1-0 hasil rembatan Safee Sali yang menerima hantaran S.Kunanlan pada minit ke 57. Namun kelekaan pertahanan membolehkan Singapura menyamakan kedudukan pada minit ke-71.

Jika dikaji dan dilihat dari persembahan aksi keseluruhan pemain, Khairul Fahmi Che Mat memang layak dipilih pemain terbaik kerana banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia. Kelekaan pemain pertahanan tengah yang dikemudi Fadhli Shas dan Muslim Ahmad punca gol penyamaan Singapura setelah Aidil terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Mungkin bahagian pertahanan tengah perlu dirombak selepas ini dan pertahanan berpengalaman harus diserap.

Aspek kedua adalah ketiadaan perancang utama iaitu Safiq Rahim, bahagian tengah nampak pincang tanpa hantaran-hantaran pendek dan Ismail Faruqi juga dilihat gagal mengemudi tengah bersama Amar. Mungkin tidak serasi dan jarang digandingkan bersama. Namun semangat dan usaha dua pemain sayap iaitu Kunanlan dan Amirul Hadi harus dipuji.

Di bahagian serangan Hadi nampaknya kurang berjaya jika digandingkan dengan Safee Sali. Jelas ketiadaan Nor Shahrul Idlan Thalaha amat dirasai. Kemasukan Fakhri Shaarani menggantikan Hadi Yahya pada pendapat aku memang no function setelah dia pula dilayangkan kad merah. Sepatutnya Rajagopal memasukkan kai shooting seperti Ashaari Shamsudin mahupun Badrol Bakhtiar di saat Malaysia memerlukan gol.

Apepun Skuad Harimau Malaya ini harus dipuji dan kita harus berbangga kerana tiada pemain import seperti singapore dan mereka hanya bermain dalam mode melengah-lengahkan perlawanan.Mungkin rombakan harus dilakukan selepas ini. Apepun jangan risau, kita cuba lagi lepas ini..Skuad Olimpik pun ada lagi..ada chance lagi nak pergi Bukit Jalil.

Saksikan gol Malaysia dan gol Singapore dalam Video di bawah.

Gol Malaysia by Safee Sali

Gol Singapore

Maxis Playbook!!


17 comments to "Keputusan Malaysia vs Singapore | Highlight Perlawanan | Di Mana Silapnya??"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters