Apple Lancarkan iPhone 4S


Syarikat Gadjet terkemuka Apple baru sahaja melancarkan sebuah lagi model baru iaitu iPhone 4S. iPhone 4S ini adalah berkonsepkan model iPhone4 yang lama cuma terdapat beberapa penambahbaikan dari segi ciri-ciri dan perisiannya.

Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.

Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti ‘pembantu peribadi’, tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru  iPhone 5 seperti yang dinanti-nantikan.

iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini.

Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga mulai AS$199 untuk 16 gigabit manakalaAS$399 untuk model 64 gigabit.

Credit to Abgteror


2 comments to "Apple Lancarkan iPhone 4S"

Post a Comment

(C) All Rights Reserved. Angin Malam | Free blogger templates Designed by SkinPress.com. Sponsored by: Premium Templates | Premium Themes. Distributed by: blog template

Powered by Blogger.

Followers

Blog Archive

My Blog List

Web hosting for webmasters